BELAJAR JAGA HATI SENDIRI JANGAN HARAP SIMPATI

30.5.15 Suria Lekatlekit 2 Comments

Hidup kalau nak puas hati orang lain memang susah jadi kadang2 kita perlu jaga hati sendiri dulu & pilih hati yang mana perlu di jaga. Kadang2 bukan tak nak jaga hati orang lain cuma letih. Kita bagi pendapat dengan kasih sayang dia terima dengan rasa marah & tak puas hati. Sebabnya konsep sayangkan kawan zaman sekarang kau mesti menyokong dia jer.. Kalau kau cakap yang membantah even untuk kebaikkan pun orang susah nak terima.

Bila jadi perkara macam tu.. Aku pun malas la nak ada rasa sayang, rasa simpati & rasa ingin menegur & membantu sangat la. Sebab cara aku bukan jenis belai2 orang. Anak aku buat salah pun aku marah, inikan anak orang yang dah berbulu segala sudut. Yang dah faham banyak perkara baik & buruk. Serius aku tak reti sangat nak belai2 orang dengan kata kata sebab bagi aku kadang2 kata2 simpati ni buat orang lain semakin lemah, sentiasa rasa nak mengadu & sentiasa cepat terasa. Tak boleh nak berdikari bila ada masalah melibatkan hati & perasaan.


Aku tak suka nak merintih hiba.. ala2 melentok liuk macam lagu Anuar Zain. Aku hidup dengan hadap macam2 Ujian Allah yang tak semua orang tahu. Aku jadi kuat bila aku pilih hadap tanpa perlu menjadikan orang lain sebagai pemujuk. Orang nampak perjalanan hidup aku macam lancar jer.. umpama tar yang baru di turap masa dekat piliharaya. Jalan pun cantik jer.. takde lopak2. Padahal perjalanan hidup aku selama ni umpama jalan kat tanah merah. Tapi sebab aku pilih hadap dengan senyap.. berusaha untuk bahagia So, Allah bagi bahagia tapi kadang2 Allah uji jugak dengan dugaan rasa tanda aku manusia biasa dalam kehidupan yang normal.

Serius aku jadi letih bila baca rintihan orang yang macam tak berkesudahan. Sekali sekala tu ok la.. Sebab kadang2 kita manusia meletop jugak tapi kalau dah kerap kali gamaknya jenis bocor la kot sampai tak boleh simpan langsung rasa hati. Kadang2 aku cuba nak bagitau perkara yang dia buat tu bukan buat dia semakin kuat malah jadi semakin lemah. Bila aku cuba bagitau secara berdepan dah tak boleh terima. Bila aku tulis secara kiasan & sarcasm dah terasa. Bila aku pilih malas ambil peduli.. pun terasa jugak. Padahal kadang2 aku tulis jer tak merujuk siapa2. Ilham tu kadang2 datang dari pembacaan, tengok tv.

Moral of the story.. Kalau orang lain tak mampu jaga hati kita maka kita yang kena jaga hati sendiri sebab hati tu hati kita. Kita yang rasa. Pilihan di tangan kita sebenarnya. Kau nak terus di sakiti atau kau nak elak.. Kita boleh. Walau tak semua perkara tapi apa selagi ada pilihan kita untuk jaga hati kita maka jagalah. Orang boleh berkata apa saja tentang diri kita mungkin kita tak mampu hentikan tapi kita ada pilihan samada nak peduli atau buat tak tahu.

P/S : Aku bukan seorang yang kejam & takde perasaan nak jaga hati orang lain tapi aku tak suka jenis manusia yang suka tunjukkan kelemahan diri untuk dapat simpati. Cukuplah kita simpati pada diri kita & berusaha untuk rasa bahagia. Aku jugak bukan seorang manusia yang kebal dengan ujian kadang2 aku rasa tak daya jugak cuma aku tetap pilih terus menjadikan ia rahsia hati yang bukan untuk aku tulis & di baca semua orang.


yang menarik
Adakah korang tergolongan dalam golongan tipikal mak bapak zaman sekarang yang buat semua benda ni kat anak anak? Jom tengok
15 Typical Things That Kiasu Malaysian Parents Do

2 comments:

  1. setuju sangat dengan entri ni. terbaik..

    ReplyDelete
  2. Akak pun spesies yang sama. Jaga hati sendiri elok-elok dulu daripada sibuk nak jaga hati orang. Bukan orang boleh faham hati kita ni seperti mana kita memahami diri kita sendiri. Kalau dok mengharap simpati orang dengan bercerita bagai, akhirnya kita juga yang disakiti gitu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!