EYELINER PENSIL LEBIH SELAMAT BERBANDING JENIS CECAIR

16.5.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Aku antara pengemar eyeliner pensil sebab aku memang tak reti nak lukis guna eyeliner jenis cecair atau jenis pensil yang pulas2 tu. Aku guna yang jenis pensil kayu jenama maybeline. Yang kena asah dengan sharpener. Punya la tak up to date kan?  Tapi yang tak up to date ni la paling selamat & paling jimat. Nak tahu sebab apa?

 Ni la yang guna tapi ni gambar aku pinjam Google jer

Eyeliner jenis pensil kita kena selalu asah bila hujung dia dah tumpul. Bila kita asah, permukaan yang lama tu secara tak langsung kita buang. Dan sebab tu eyeliner jenis pensil ni lebih terselamat dari bakteria. Dengan syarat pengasah eyeliner korang kena bersih jugak la supaya bakteria tak transfer ke eyelines masa korang masa asah tu. Kedua.. Jangka hayat eyeliner jenis pensil adalah lebih panjang. Maksudnya kalau orang jenis jarang2 makeup atau surirumah macam aku pakai masa keluar jer jenis pensil lebih sesuai sebab jarang pakai & lambat nak habis. Kalau yang jenis cecair tu jangka hayat dia tak lama. boleh pakai 3 - 4 bulan lepas tu di nasihatkan tukar baru.

Sebab pakai dekat dengan mata, maka risiko dia jugak pada mata so kalau mata kena jangkitan kuman ke hapa maybe boleh ganggu penglihatan. Jadi eyeliner pensil even tak berapa up to date sebab ramai dah beralih ke jenis eyeliner cecair tapi masih relevan di gunakan atas faktor kesihatan. Meh ramai2 kita beli eyeliner pensil baru aku tak rasa ketinggalan zaman sangat. hahahaha

3 comments:

  1. Jangan bimbang, Suria. You have me! Hahaha....

    Akak pun prefer pencil eyeliner daripada jenis cecair tu. Alasan kita mungkin tak sama. Akak ni kena guna pencil eyeliner kerana maklumlah...tangan dah ketar. Dah tua katanya.... Kalau pakai yang cecair tu, asyiklah terbabas. Habis sebotol eye make up remover nanti. Lagilah rugi, banyak kos penjagaan diri meningkat!

    ReplyDelete
  2. Kathy pakai avon yg pusing² tp mmg cepat habis.

    ReplyDelete
  3. dulu2 pakai Jenis pensil ni jugak..Sekarang kemut nak mekap.hahaha...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!