FAKTA YANG PERLU ANDA KETAHUI TENTANG PENEMUAN MAYAT KANAK KANAK LELAKI DI BAWAH LANTAI SIMEN DAPUR

31.5.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Malam ni segmen seram serik di gantikan cerita/fakta yang agak seram,ngeri,menyayat hati jugak kejam. Tak tau macam mana orang yang buat ni tergamak buat lebih2 lagi yang di syaki adalah mak bapak budak tu sendiri.

Semua orang tahu Pada hari Jumaat, 29 Mei, rangka kanak-kanak dibalut dengan kain ditemui ditanam dalam lubang di bawah lapisan baru simen di lantai dapur sebuah rumah di Taman Usaha Jaya, Kepong. Bayangkan kalau misteri pembunuhan tu tak di ketahui & ada orang lain pulak menyewa kat situ tanpa tahu di bawah simen lantai dapur rumah dia tinggal tertanam mayat seorang budak yang berkemungkinan menjadi mangsa dera & bunuh. Mula la nak jadi cerita mistik.. Macam filem Rahsia dulu. Sapa tak tau filem Rahsia tu sila google yer.. Antara filem seram yang menyeramkan di zaman aku kecik kecik.


Mayat kanak kanak tu di temui oleh pekerja2 yang membuat pengubahsuai terhadap rumah tersebut selepas terhidu bau busuk di lantai yang baru di gali ketika membuat kerja pengubahsuaian. Selepas di maklumkan penemuan mayat tersebut pada tuan rumah, baru tuan rumah buat laporan polis.
Mula2 polis ingat mayat seorang gadis sebab mayat yang di temui berambut panjang.

Rumah itu telah di sewa oleh sepasang suami isteri bersama 3 orang anak, 2 perempuan & seorang lelaki sejak 2014 sehingga 2015. Penyewa rumah tu pernah minta izin pada tuan rumah nak repair salah satu bilik mandi tapi bila tuan rumah datang nak tengok pada bulan April sekeluarga tu dah berpindah tanpa memaklumkan kepada tuan rumah


Lelaki berusia 33 tahun yang di percayai bapa kepada mayat kanak kanak2 tu di kenali sebagai Loo Chon wen. Menurut jiran, penyewa rumah tu memang agak pelik & tidak bercampur dengan orang lain. Mereka seolah2 menyembunyikan sesuatu

 
Bapa kepada mayat kanak kanak tersebut dah di tahan polis pada sabtu, 30 mei 2015 yang menjadi suspek. Dia di tangkap di keningau sabah jam 6.30 pm. Selepas bapak kepada kanak kanak tu di tahan, polis menahan ibu bersama dua orang anak perempuan mereka yang sedang menumpang di rumah saudara mereka di penampang. Mereka semua akan di terbangkan ke Gombak pada Isnin ini. Pasangan ni memberitahu polis bahawa anak lelaki mereka hilang. Semuanya akan terbukti selepas ujian DNA di jalankan.


Katanya anak hilang tapi tak pernah buat laporan polis. Nampak sangat something wrong somewhere. Lagipun kalau tak salah takkan tetiba lari dari rumah sewa selepas meninggalkan kesan mencurigakan macam.

Dunia sekarang... Kalau dapat mak bapak tak bertimbangrasa macam ni tak tau la mana tempat lebih selamat untuk anak anak. 

Moral of the story.. Bila nafsu di kuasi iblis kasih sayang tu dah takde nilai.

Sumber Says




Yang menarik
8 perkara yang bagai mimpi ngeri selalu berlaku bila kita pergi bercuti. Nak2 lagi bila buat tempahan bilik tak kira hotel atau chalet atau homestay yang indah khabar dari rupa. Jom tengok 8 perkara buruk yang boleh berlaku semasa kita pergi bercuti & cara mengatasinya >> Things To Do In The Event These 8 Travel Nightmares Come True <<

7 comments:

  1. Apalah kejam sgt makpak budak tu,??? Sedih jer baca!

    ReplyDelete
  2. kejam dan zalim , adakah kita tinggal dizaman batu ?

    ReplyDelete
  3. sebijik macam filem kan..tanam mayat lepas bunuh..kejam sungguh..mujur belum ada adegan balas dendam

    ReplyDelete
  4. Suka filem Rahsia tu. Nak cari kalau ada dvd nyer... Hmmm,kesian budak tu kan? Tertanya² apakah cerita di sebaliknyer..

    ReplyDelete
  5. Kesiannya. Harapkan pagar, pagar makan padi. Memang tak boleh harap! Anak-anak rasa emakbapalah tempat paling selamat untuk mengadu nasib tapi kalau dapat spesies makbapa kerja macam ni, memang kesian!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!