HADIAH SERAM SEMPENA HARI IBU

11.5.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Setakat bunga.. tak rare sangat la. Apa ingat semua mak2 suka sangat ke bunga even mak aku memang suka bunga. Tapi sayangnya dia melahirkan seorang anak ke 3 (tapi sebenarnya aku anak ke empat tapi sebab kakak yang sulung meninggal dunia lepas lahir jadilah aku anak ke 3 ganti) yang tak suka bunga. Sesungguhnya tak menaikan nafsu serakah langsung aku nampak bunga. Bab2 tu aku bukan tipikal perempuan la. hahahaha

Sumber Google

Disebabkan aku tak minat bunga aku memang harap takde sapa2 bagi aku bunga termasuk asben aku sendiri sebab aku tak reti nak berlakon excited macam mana nanti hahahaha. Bersempena hari ibu jatuh pada hari ahad (semalam) maka hari tu memang hari aku tiap2 minggu berjimbaraya bersama keluarga. So, aku tak rasa sangat la keluar semalam tu sebagai untuk meraikan hari ibu even semalam.. Rasa macam special pulak.

Mula2.. bawak budak kecik mandi sungai kat sungai pisang, gombak. Lepas habis kecut segala bagai.. berdesup singgah The store Jalan Ipoh. Kat situ nampak pasaraya macam buruk tapi aku memang tak pilih kasih bab pasaraya ni. Asal boleh merembat isi dalamnya.. luar nampak seram pun aku sanggup masuk katanya hahaha... Yelah.. bersempena hari ibu & bersempena beg beli kat Avenue86.com tu zip kat depan dia dah musnah sama sekali aku rembat la beg. Aku tak tau the store buat clearance stok sambil mengaburi biji mata pembeli mengatakan ada sales. Beg jenama B.U.M aku beli kat tag harga RM289 tapi lepas diskaun RM86.90 jer. Aku suka brand ni sebab tahan lasak.. Yang lepas pun sampai buruk takde koyak takde zip rosak cuma kesian pulak nak bawak bila nampak uzur sangat. dah tiba masa masuk arkib. yelah.. aku spesis lenjan sampai nazak katanya. hahahaha

Sebelum terembat beg terlebih dahulu terembat 2 pasang baju.. Ok selesai hadiah hari ibu kat the store Jalan Ipoh tetiba kereta yang di pandu sang suami menuju ke mutiara damansara. Hati kembali berbunga umpama kali pertama jatuh cinta kat suami katanya bila nampak sign board tulis mutiara damansara. Bukan excited nak lepak tempat retis kat e@curve atau nak makan meatball kat Ikea.. Tapi excited kat situ ada kedai dvd classic world entertainment. Ni la hadiah paling aku tunggu2 tiap2 minggu. hahahahaha

Dalam banyak2 hadiah.. Hadiah ni la hadiah paling buat muka seram aku jadi berseri seri. Tapi sayang yang di cari masih tak muncul2. Filem Jengka tak jugak keluar2 lagi dvd original. Macam mana la ah lang nun senang buat duit.. filem dah bersepah kat astro first tapi dvd original tak keluar2 lagi. Nasib baik aku fobia nak beli dvd ah lang nun. So aku sabar je lah tunggu sampai keluar original dvd.

Pun begitu sebab sempena hari ibu, mesti reward jugak untuk diri sendiri. Sang Asben harus jugak memenuhi nafsu seram sang isteri. Rembat jugak la filem Ju-on : The begining of the end sebab dia letak kat rak new release even rasanya filem ni tayang tahun lepas kan? Takpe la.. konsep aku selagi aku belum tengok aku kategorikan filem baru. hahahaha.

Macam biasa tunggu aku telaah dulu baru aku review

Selepas dapat hadiah seram ni.. terus meluncur makan malam ke sungai buloh sebelum balik rumah menikmati hari2 seorang ibu yang suka filem seram.

Family kecik aku ni hidup sangat simple. Sambutan hari apapun cara kami meraikan sama jer.. keluar, jenjalan, shopping, makan. Takde celebrate dengan party bagai.

Moral of the story dari teruk2 sangat hangpa dok berdebat pasal sambutan hari ibu, baik la hangpa menikmati hidup macam biasa tak kira hari apapun. macam aku janji buat benda yang aku suka bagi aku satu celebration jugak tak tunggu tarikh tertentu hahaha.

4 comments:

  1. memang ada orang yang tidak sukakan bunga, itu tidak dinafikan...

    ReplyDelete
  2. Kathy suka bunga tapi tak nak di hadiahkan bunga. Sis,jgn lupa review filem seram ye? Klu jmpa filem Rahsia bgtau ye?

    ReplyDelete
  3. aku pun tak suka bunga .. heheh
    menbazir .....

    ReplyDelete
  4. Sep sikit! Akak pun tak suka bunga. Akak pelik bila tengok perempuan dapat bunga pastu dia cium-cium kata wangi. Akak pulak rasa semua bunga tu baunya memang tak wangi langsung. Ish, takda apa pun yang menarik kalau dapat bunga. Kalau dapat juga, memang lagi panjang muncungnya.

    Akak pun secara amnya tidak menyambut Hari Ibu kerana menurut kata-kata suamiku tercinta - You kena pilih nak sambut hari special sehari jerk setahun atau nak sepanjang tahun. Kalau nak sehari jerk, sehari jerklah kita sayang you as ibu, as wife, as birthday girl. Kalau tak sambut hari special, 365 hari setahun kita sayang you.

    Oh, haruslah kena pilih yang sepanjang tahun disayangikan.... Sob, sob, sob!

    Si Abang pulak takda duit nak beli hadiah hari ibu makanya dia pun sibuk nak print out kad yang dibuatnya tapi printer habis ink. Memanglah saja plan molek-molek suami akak ni tau supaya kita tak dapat sambut pun hari tu :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *