HANIS ZALIKHA & HAIRUL BUAT PERADUAN MENANG JEMPUTAN KAHWIN

20.5.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Teringat pulak kes Che ta (Rozita Che Wan) yang dulu kena kecam pasal dia buat annoucement sapa banyak beli kuih raya dekat dia akan dapat jemputan ke majlis kahwin dia. Ni hanis Zalikha & Hairul pulak nak buat peraduan menang jemputan kahwin. Sediakan tisu ler lepas ni yer...


kau dah bersedia ke nak kena kritik? Almaklum la, Kenduri kawin. Jemput orang datang untuk meraikan majlis. Peraduan peraduan bagai nak pilih jemputan ni rasa tak berapa sesuai dengan budaya orang melayu kot. Lain la peraduan menang bercuti ke hapa.. Ni menang dapat jemputan ke majlis kahwin. hahahaha.. lawak dalam tangisan jugak la.

Sumber Rotikaya

Aduhai.. Tahu retis publick figure. ramai peminat kalau di jemput nak datang majlis mereka tapi kalau tak mampu jemput peminat depa tengok dari jauh pun dah ok. Takde peminat nak marah2 retis tak jemput depa pi majlis kahwin kot. Dah tu suruh beli produk untuk sertai peraduan ni. Ni la namanya ambil kesempatan atas kesempitan. Tak mustahil peminat fanatik sanggup beli produk semata mata nak menang pergi majlis kawen depa nanti. Bayangkan yang tak menang, alahai kesiannya. Nak makan kenduri retis tak kesampaian la gamaknya. Aduhai nak makan kenduri retis terus sampai macam tu sekali ka? Ayoyoyo.. retis tanpa peminat hangpa pun tak jadi retis.


So, pengajaran buat retis2 kat luar sana.. kalau mampu nak jemput peminat makan kenduri jemput la. Tak mampu buat macam biasa. Jemputan di kalangan orang2 yang mereka kenal sudah. Tak payah merepek sangat peraduan bagai semata mata nak jual produk. kahwin tu umpama membina masjid, kau nak bina masjid tak payah la ambil kesempatan atas kefanatikkan orang lain terhadap kau. Kang ada yang tak menang doa kehancuran rumahtangga kau pulak. yelah.. orang frust la katakan...

Tak payah budget diva sangat la nak berperaduan bagai ni.. Serius merepek! Dah macam nak makan kenduri pun kena bayar pulak rasanya. Lagi bagus jual je kad kawen macam jual tiket konsert. hahahhaa


Yang menarik untuk di baca :

Bila menjadi ibu secara automatik kita akan jadi hebat untuk buat 10 perkara ni. Bila jadi ibu Kitalah chef,kitalah guru,kitalah boleh buat segala profesion even tidak berpelajaran tinggi sekalipun. Nak tahu apa 10 perkara yang menjadi resepi cinta pengikat kasih sayang yang mampu seorang ibu buat meh tengok kat bawah ni

10 Resepi Cinta Yang Aku Dapat Daripada Ibu Tersayang

8 comments:

  1. publisiti ni...ke nak cari sponser...heheh

    ReplyDelete
  2. mungkin jemputan tu utk peminat.. ialah, sebagai retis dia tak kenal peminat tetapi peminat kenal dia.. tapi kalu buat peraduan di kalangan sedara mara.. tu memang cari nahas namanya, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia nak jual produk sebenarnya tu kak ooi.. sebab syarat kena beli produk

      Delete
  3. alahai..mmg minat ngn dorg ni..tp xgamak ler nk join peraduan klu hadiahnye jemputan kwen..mcm tpakse jemput pulak kn..pelik2 dorg ni..

    ReplyDelete
  4. tengok kat tv jelah kalau ada siaran ulangan.. heheheh

    ReplyDelete
  5. Oh, ya ke? Tak tahu pulak. Dah lama tak pergi jenguk blog si Hanis ni. Aktif lagi ke tidak si dia ni? Ini kalau dibiarkan mungkin jadi trend tapi entahlah zaman sekarang ni. Entah apa-apa kadang-kadang yang mereka buat! Nanti kalau dah pegnan nak buat peraduan teka jantina baby pulak....

    ReplyDelete
  6. Ye ke... alahai macam2retis tu...

    ReplyDelete
  7. adeh..ada-ada je dunia artis. nasib baik tak buat peraduan gores dan menang..hehehehehe..gurau jer..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!