HILANG TEMPAT MENGADU TANPA FACEBOOK

14.5.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Hari ni kita cakap topik berunsur soal hati sikit la kan.. Asyik dok cerita seram dengan isu2 berpuaka jer. Sebab aku tengok ramai sangat merintih kat FB setiap hari. Kesian pulak. Ada yang bagi teguran kat orang jangan merungut dengan dugaan, masalah bagai tapi pada masa yang sama aku asyik dok baca rintihan kelambu dia jer hari hari. Sampai dari simpati rasa takde hati dah.

 sumber Google

Terfikir jugak aku yang hari2 merintih kat FB ni memang setiap saat hidup depa ni takde hormon2 ceria ke camna? Aku pun manusia mustahil la aku tak ada masalah langsung & 24 jam aku dok cari masalah orang jer nak fikir. Tapi jenis aku.. Aku fikir bila terlampau cerita kebahagian nanti orang menyampah & kalau setiap minit dok merintih sedih jer pun orang rasa semak. Dan yang orang terlupa.. kadang2 bila kita asyik meluahkan perasaan kat laman sosial ni orang2 yang nak menjatuhkan kita memang suka. Mustahil la musuh suka tengok musuhnya bahagia kan. Kat situ kita dah tunjuk kita lemah & mudah di lukai. Dan bagi point pada musuh untuk terus menerus menyakitkan hati kita. Bukan tak boleh langsung tapi berpada pada.

Aku memang banyak cakap isu2 laman sosial di laman sosial selain cerita hantu aku la. Isu2 peribadi ni aku rasa bukan isu di luahkan secara terbuka. Masalah di luar laman sosial ni tapis2 la sikit nak share pun. Seolah2 FB sekarang tempat mengadu domba selain port mengumpat secara berjemaah (hehehe yang tu aku pun terbuat jugak). Kalau takde FB gamaknya ramai orang hilang tempat mengadu la kot. Aku pun jenis yang aktif kat FB.. tapi Insya Allah.. Masalah dengan adik beradik ke, masalah dengan sedara mara ke, masalah dengan laki ke.. FB bukan tempat aku nak mengadu.

Moral of the story.. Rintihan kelambu tu ada baiknya merintih dalam kelambu sudah. Tak payah tunggu dewasa untuk belajar jadi seorang yang pandai menyimpan rahsia sendiri. Jika rahsia diri pun tak mampu simpan & tak rasa aib di sebarkan, apatah lagi rahsia orang. Orang2 yang rajin merintih kat FB ni bagi aku berisiko untuk kita share masalah dengan dia sebab takut masalah kita pun dia share kat FB sebab bagi dia kat situ cara mencari penyelesaian & meluahkan perasaan. hahahaha

6 comments:

  1. aku pun semak tgk orang duk mengadu 24jam kat FB.. share yg baik2 sudah la..

    ReplyDelete
  2. betui2 ...semak aku .... siap sumpah2 org seketurunan pun ade ...adoi la

    ReplyDelete
  3. Hmmm.. nnt ada plak jwb... fb aku ikut aku la kn... sy sng je,, hide je dr timeline.. habis citer.tggl yg positif suda.

    ReplyDelete
  4. Kathy pun tak amalkan merintih kat wall ni. Bahaya oo..kathy Pegang satu prinsip,di alam maya ni tak semua org mndoakn kebahagiaan kita dan tak semua bersedih atas musibah yg mlnda kita. Berpada² lebih baik.

    ReplyDelete
  5. setuju tu...kdg2 gaduh dgn suami pun nak update..huhuh

    ReplyDelete
  6. Yalah pelik kalau asyik merintih in public ni. Tak fahamlah apa motifnya nak minta simpati ke atau nak minta kena hempuk dek rakan-rakan. Cerita dalam kelambu remains dalam kelambu aje. Kalau keluar dari kelambu habislah kena 'gigit' nyamuk nanti ~_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!