INI YANG BERLAKU LEPAS SEBULAN GUNA BIO ESSENCE BIO GOLD WATER

11.5.15 Suria Lekatlekit 33 Comments

Setiap produk yang baru kita cuba pasti ada risiko. Risiko samada dia jadi baik atau sebaliknya. Tak kira produk tu selamat atau tak tapi penerimaan kulit kita tak sama. Ada baik & berkesan untuk kulit orang lain tapi tidak kita. Macam tu jugak produk bio essence yang aku guna ni.. Nak confident sangat cakap memang confirm baik untuk semua orang tak berani la tapi Insya Allah setakat ni belum dengar produk bio essence memberi kesan memudaratkan pada sesiapa. Ada la cakap.. cleanser ni macam tak effective.. tapi tak pernah lagi dengar kata ada mana2 siri produk bio essence yang menyebabkan kulit jadi semakin teruk.

Macam tu jugak Bio essence Bio Gold water yang aku dah guna sejak sebulan lepas. memula guna cuak.. aku rasa macam kulit jadi kering.. Arghh... sudah. Mahal kot RM77 tu. Tapi selepas dua tiga kali sapu dia mula serasi dengan kulit & memberi hasil yang memuaskan selepas sebulan. Katanya mampu buat kulit nampak flawless. Yer betul.. Tapi almaklum la muka bekas kawah bulan ni tapi tetap nampak la jugak flawless tu even tak la glowing macam sapu minyak rambut code 10 kat muka. Yelah aku tengok banyak sangat pengedar yang jual produk glowing2 ni share gambar dengan muka nampak berminyak macam sapu minyak rambur code 10 jer. Apapun selepas guna produk bio essence ni Kiranya tengok muka sendiri pun sekarang tak rasa nak histeria sangat la berbanding dulu. hahahaha.

 Bukti aku dah sebulan guna bio gold. tengok tarikh aku beli tu 5/4/2015 8.12PM

Selain menaikkan seri wajah, muka nampak bersih, kulit rasa tegang & ada la sikit2 shinning gitu.. tak menyebabkan jerawat atau apa2 keradangan kulit. Kesan2 penuaan pun mampu di basmi. Dengan penggunaan berterusan Insya Allah awet muda katanya. hahahaha

Nampak tak parut jerawat kat pipi tu dulu lagi terang tp dah banyak hilang & pudar.. tapi bukan tu yang aku nak tunjuk. Cuma nak tunjuk kulit nampak ada sedikit cahaya kat situ lepas sebulan guna bio gold water. Dulu kusam & sedih. Maaf la aku ambil Ju-on sebagai model kali ni. almaklum guna model hantu tak payah bayar hahahaha

Sebenarnya Bio gold water ni memang jimat. Sebulan aku pakai, satu hari 2 kali aku tenyeh. pagi & malam... Tapi yang luak. tak sampai separuh botol pun. Sebotol Bio Gold water ni, aku yakin tahan 4 bulan. RM77 bahagi 4 bulan.. sebulan cuma RM19++ je pun. Tak mahal sebenarnya sebab kuantiti dia banyak. So, nak beli produk yang harga macam ni mindset kita kena fikir kuantiti dia banyak & tahan lama. Baru la kita redha membelinya... hahhahaa

Sebulan guna baru abis takat yang dalam gambar ni. Jimat tak?

Ada yang google cara nak pakai bio essence bio gold water ni.. Dia confuse la tu. Nak tenyeh ke, nak sapu ke camna. Cara pemakaian dia adalah tuang bio gold water atas tapak tangan lepas tu gesel dengan kedua belah tangan & cepat2 tepuk2 ke seluruh muka. Sebab gel dia cepat kering & meresap dalam kulit. Jangan nak ber ulit mayang sangat la masa nak pakai bio gold water ni.  Untuk kesan yang lebih cepat sila guna 2 kali sehari pagi & malam. Cara aku guna lepas cuci muka, keringkan aku akan tempek dulu bio gold water sebelum tenyeh cream2 lain.

Moral of the story kalau korang terpengaruh dengan hasutan aku nak beli produk bio essence ni jangan ragu2.. Insya Allah sesuai dengan semua jenis kulit & tahan sehingga 3 bulan.

33 comments:

  1. Saya baru je pakai produk ni. Pencuci muka guna bio gold 24k cleanser, then siang hari saya sapu sapu guna bird's nest collegen. Baru seminggu pakai tapi bird's nest collegen tu rasa best sgt soft je muka. Tapi takdelah nmpak kesan lagi, maklumlah muka pun berkawah. hahaa Harap berbaloi la beli benda ni. Saya beli time watson buat sales, memang murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab kulit mudah berjerawat saya guna pencuci bio essence miracle bio water yang anti acne & free soap.. Alhamdulillah jerawat pun tak naik lagi. Siang sy guna bird nest cream jugak.. kalau jerawat banyak better guna siri yang snail dulu untuk redakan jerawat

      Delete
  2. Alhamdulillah, serasilah tu maknanya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah farah bio essence serasi. senang nak beli kat luar banyak jual

      Delete
  3. Bio essence ni mmg sesuai kalau kulit jenis kering camtu...mmg rasa macam hydrated bila pakai :)

    ReplyDelete
  4. Wah.. Dah ada review semakin semangat nak beli..

    ReplyDelete
  5. wahhh mmg murah la gitu kan rm20 je sebulan ....

    ReplyDelete
  6. Akaklah tu salah seorang yang mudah terpedaya. Yang ni belum pernah beli lagi sebab first time terpedaya dengan review free Suria, akak beli Bird Nest satu set. Lamalah tahan. Belinya bulan Februari tak silap, pakainya entah bila ya tarikh (ni pun kalau buat review kena offer kat langsuir juga, tarikh pun tak ingat!) tapi masih banyak lagi sampai la ni (ada juga malam terbongkang dulu baru teringat belum pakai sleeping mask tu...hehehe....)

    Okeylah bagi akak produk ni. Memang tak menyesal beli. Kulit pun takdalah berkarat macam lepas kena lava gunung berapi.

    ReplyDelete
  7. saya pun ade beli terikut cakap akk promoter tu ..erm kulit before ni mmg de jerawat pastu ok pastu gatal beli bio gold ni tetiba naik lak jerawat bsr2 gak la area dagu dan seangkatan dgn nya..siap de mcm nanah tu..tp sy teruskan pkai la smpi arini sb beli mhl tak kn nk buang kn beli 1 set lak tu de crem siang mlm tu..skg sy tk pkai bedak or foundation walaupun time pegi keje sb lau pkai muka jadi gatal lak..ermm lau cmni nak teruskan ke pkai bio ni atau stop dlu ek ???tp naik tkde la truk sgt sy tnya akk promoter die suh teruskan sb die ckp tu tindak bls utk mula lme2 akn ok katanya..btl ke ek ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bagi kesan macam tu jangan teruskan. saya tak pakai set.. saya pakai bio gold. kulit saya pun jenis berjerawat sebelum saya pakai bio gold water saya rawat dulu dengan siri snail bio essence. lepas jerawat dah reda baru sapa pakai bio gold & cream siang saya pakai birdnest.

      Delete
  8. Sekarang tgh offer..rm50++ je..nk beli masa tu was2 sbb baru lepak tsalah guna produk..naik jrwt..tp produk local..

    ReplyDelete
  9. Kalau muka ada bekas jerawat sesuai tak pakai bio gold ni eak ?or pakai snail dulu ?

    ReplyDelete
  10. Kalau muka bekas jerawat sesuai tak bio gold ni eak ? ke pakai snails dulu ?

    ReplyDelete
  11. Untuk sy bio essence mmg terbaik..masa umur 20 muka agak kelam..sy try bio essence tanaka white..terus flawless pink2 gitu..lepas tu bila umur 23 terpengaruh dgn bird nest dia..anjal kulit..hehe..la ni dh umur 28 try 24k gold dia..mmg berseri2..bg sy bio essence punya produk xpernah rosakkan kulit sy..dia nya bb cream dgn sunscreen pun best..tak berminyak..miracle water pakai kalau waktu malam panas sgt spray kat kaki beberapa minit pastu bole tido..miracle sunguh..haha..ni la produk yg sy puji sgt2..walaupun kesan dia bukan 3 atau 7 hari..tp terbaik..

    ReplyDelete
  12. salam, selama ni kulit saya tak bermasalah.. saya pengguna tegar cleanser Garnier for years. krim malam saya pakai etude house collagen for one year. now saya pakai cleanser 24k gold and bio gold kulit saya start berjerawat di mana mana. saya tak pernah ada jerawat, adakah ini tindak balas awal? saya risau dengan kulit muka saya sekarang. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti sebab semenjak saya pakai bio gold even kulit saya sebelum ni memang ada masalah jerawat tapi bio gold tak menyebabkan jerawat. Dia juga bukan berfungsi untuk merawat jerawat.. Alhamdulillah setakat ni kulit saya makin sihat & bebas jerawat lepas penggunaan produk lain jugak. Bio gold berfungsi untuk menegangkan,memberi kesan flawless, kulit jadi lembut & licin. sekarang saya maintain bio gold, bio essence hydra tri-action moisturizing gel selebihnya saya guna scrub dari clinelle yang memang membantu mencegah jerawat & memudarkan parut jerawat. untuk cleanser sekarang saya pakai sabun susuk emas.

      Delete
  13. Alhamdulillah saya pengguna baru gol water ni dah 2 bulan..kulit flawless value for money dn tahan lama sebotol besar tu.. should try!! day & night cream dia tak try lagi, since gold water sesuai untuk sya nanti nak try cream dia pula..ada sapa2 nak comment cream dia plss..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy ade menjual bio gold water blh contact sy 0148398651

      Delete
  14. Serius terpengaruh dah ni. Semalam beli dh trial pack hahahaaaa

    ReplyDelete
  15. sy ade menjual bio essence 24k gold water yg trial pack (20ml)..berminat blh pm sy..(0148398651)

    ReplyDelete
  16. Saya dah pakai... Osem sangat.. Muka pun mula geglowing giteww... Mulus je kulit.. Alhmdlh mmg puas ati.. Guna sikit kesan banyak.. Love it

    ReplyDelete
  17. Nak minta advice. Saya baru guna seminggu. Tapi kulit saya terkupas & kering sangat. Itu perkara normal ker utk 1st time guna atau saya patut berhenti sbb tak sesuai bg saya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. stop pakai sebab keperluan produk untuk setiap kulit tak sama. Produk yang selamat & bagus pun kalau tak menepati keperluan kulit kita jadi tak sesuai jugak. Saya pun ada siri produk bio essence yang tak sesuai dengan kulit saya macam Bio essence Tanaka white cleanser. Jadi saya stop guna bila saya rasa dia bagi kesan negatif pada kulit

      Delete
  18. ok. thanks yer.

    ReplyDelete
  19. Syukur. Selepas sekian lama gunakan local skincare, saya beralih kpd bio essence tanaka white. Lebih selamat dan terbukti berkesan, kulit muka lebih sihat tanpa jerawat. Cleanser foam terasa begitu lembut pada kulit even pd kulit sensitif.

    ReplyDelete
  20. hai sy baru cuba bio essence bio miracle water. hanya pakai pencuci muka, baru guna dlm seminggu.. kesannya, muka jadi kering dan ad menggelupas sikit. bila bcakap tu, mmg rasa kulit mukaa kering huhuhu.. sebelum cuba yang ni, sy dlm breakout phase and baru lepas stop pkai dnars. what shud i do? risau sbb kulit kering n menggelupas je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk cleanser bio miracle water memang dia akan jadi kering sikit kulit sebab dia untuk kulit berminyak & berjerawat. So seeloknya apply dengan pelembab. boleh try Bio essence hydra tri-action aqua moisturizer.

      Delete
  21. saya baru pakai smlm pun da nampak glowingnya hee.puas hati

    ReplyDelete
  22. Sy pn pakai gold water ni sbg penganti serum.. mmg best muke jd lembut dan kurang oily. Slps tu .Sy pakai snail cream utk moist dan pulihkan kulit jerawat dan sensitif.. cepat serap dan muke jd selesa sgt..

    ReplyDelete
  23. dulu muka berminyak sekarang dah ok ...i luv bio essence..produk terhangat di watson..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!