JENGKA MASIH MISTERI

18.5.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

Memang terus menjadi misteri yang belum terbongkar. Sampai hari ni. Entah bila la misteri ni nak berakhir aku sendiri pun tak sure. Eklusif sangat ke Jengka ni sampai susah sangat nak merungkai misteri yang tersimpan. Si pemburu terus memburu tapi hasilnya takde jugak.

Sumber Google

Alkisahnya minggu ke empat memburu dvd filem Jengka.. Masih takde kat pasaran atau memang takde kat kedai dvd classic world entertaiment tak sure la pulak. Tapi aku suka beli dvd kat situ, murah. yelah sekarang dah include GST, kat situ pun harga dah up kalau kat tempat lain confirm la lagi mahal. Kalau Ah Lang Nun punya murah jer RM5 tapi aku demand tak mau Ah Lang Nun takut menangis tengok cerita seram bukan sebab takut tapi sedih nampak entiti2 yang tak di ingini muncul dalam filem tu. hahahaha


Dah dekat 2 bulan keluar panggung pun masih tak dvd version original lagi ke? Lambat sungguh kan? Jangan suggest download ker, tengok online ke hapa.. Aku memang nak beli dvd sebab aku suka buat koleksi.

Sebab Semalam dah jengah kedai dvd kat e@curve.. pantang berundur kalau tak rembat apa2 cerita seram katanya. Maka kutiplah cerita2 lama yang boleh ada dalam simpanan buat koleksi sambil2 buat supper tengah malam yang boring. Dah rasa lama sangat tak tengok filem seram melayu, pejam mata capai jugak dvd selfie suara kubur yang letak kat rak new release. Tak tau bila bulan berapa punya tapi kalau new release tu kategori tak berapa lama sangat kot. hahahahaha

Kalau balik tangan kosong boleh menangis sepanjang jalan jadi kena jugak menabung kat sini hahaha

Semua pun tak telaah lagi sebab baru jer bertukar tangan hakmilik semalam. Tunggu la malam ni ke esok ker. Review pun kalau rasa filem best untuk di review. Tak kira la best untuk di puji atau di kutuk. hahahaha... Kira epsiod memburu hantu kali ni 3 spesis hantu dari 3 negara berbeza. Jepun, Thailand & Malaysia. Jepun & Thailand klasifikasi 18 & Malaysia P13 jer.

Apapun aku masih tabah menunggu dvd Jengka untuk membongkar segala misteri yang ada. Samada betul2 seram atau standard cerita seram MiG, Tunggu jer. Kot2 minggu depan ada rezeki kan?

Moral of the story... Filem yang habis tayangan tu cepat2 la keluar dalam bentuk dvd baru boleh bersaing dengan cetak rompak. Ni astro first dah bersepah tayang kami pemburu dvd ni tak dapat pun stok baru. hahahhaha

6 comments:

  1. Untuk semenatara beli la yang lanun punya tu...nanti dah keluar DVD nya baru beli untuk koleksi..heheh...Itu je cara nak hentikan misteri yang tak terungkap..eceh !!ayat kemain seram bunyi..hahahah

    ReplyDelete
  2. laaa lmbtnya aku tak sabar nk bc review ko dah ni

    ReplyDelete
  3. Lama tak amik tahu filem tempatan.., online ada kot..

    ReplyDelete
  4. Dahsyat film ni. Best².. Jengka tu sngaaja main nyorok² dgn sis.. Hehehehe.

    ReplyDelete
  5. hai suria..kita datang dr blog MD..

    mmg peminat DVD file seram ye..harap jengka ni best la kan..standard filem seram melayu biasanya mampu gelakkan aje hantunya..tak seram langsung!

    ReplyDelete
  6. Baru nak kata suruh tengok kat Astro First jerk dah kena warning. Pengumpul DVD hantu tegar katanya....

    Akak tak tahu pun Jengka ni pasal apa? Akak tak mainlah kategori PG13 cam ni. Akak dah over umur nak tengok cerita seram berkumpulan ke, berseorangan ke, berguide ke....

    Okeylah kita tunggu hasil memburu Jengka ni hujung minggu ni. Mana tahu dapat pulak DVDnya kali nih! Tokey tunggu cuti sekolah baru nak keluar DVD baru katanya... apa motif tak pastilah. Hahaha!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!