KAMBING YANG ADA ILMU SIHIR

22.5.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

Ingatkan manusia jer suka amalkan ilmu2 sihir rupanya kambing pun ada. Nak seram ke nak gelak pun tak tahu la. gamaknya macam mana kambing tu gunakan ilmu sihir dia yer? Adakah dia guna untuk menyihir manusia ataupun kambing? hahahaha... terkeluar kewarasan sekejab nak fikir.


Ok ok.. dari memasing semua jadi macam kena sihir meh la aku cerita pasal kambing penyihir ni. Jangan risau takde kat Malaysia sebab rasanya orang Malaysia ketaksuban mereka terhadap kepercayaan karut ni masih boleh di bendung tapi ni kat Nigeria sana. Seekor kambing telah di tangkap & di percayai ia adalah seorang manusia yang menyerupai kambing untuk membuat rompakkan bersiri. Bukan jer penduduk setempat percaya perkara tu malah polis jugak. Kambing tu di tangkap & di tempatkan di penjara.

Ok boleh gelak ramai - ramai sambil tepuk kepala lutut. Aduhai.. manusia punya angkara kambing di kambing hitamkan. tak tau la sapa create story manusia menjelma sebagai kambing untuk merompak. Kesian kambing tak pepasal kena penjara. Masa dalam penjara gamaknya apa dia buat? hahahaha

Moral of the story.. orang yang taksub tak mustahil boleh jadi bodoh sebodohnya jadi belajar guna akal untuk berfikir sebelum percaya sesuatu yang khabar tu.

Sumber : Kisah Haiwan Yang Pernah Ditahan Dan Dipenjara

 yang menarik untuk di baca :
Benda yang paling buat kita rasa Annoying kat whatsapp adalah bila orang add kita masuk ke group2 tanpa keizinan, lepas tu spam mesej iklan produk jualan mereka & suka sangat dok copypaste khabar angin & mesej berantai.. Ni cara macam mana kita nak bagitau semua tu kita rasa annoying dengan guna emoji kat whatsapp.. meh tengok

8 Snarky Emoji Comebacks For Your Biggest, Most Annoying WhatsApp Problems

4 comments:

  1. LAA KESIAN KAMBING TU ... TP APE NK HERAN KLU DIE DOK KAT LUAR PUN DOK DLM KANDANG JUGA ..SAMA JA ..... TP YG TATAHAN TU ORG BONGOK PERCAYA TU KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  2. Sian kambing, dari kambing putih terus jd kambeng hitam. Ekeke

    Apalah.. Untung la merompak kambeng yg masuk penjara

    ReplyDelete
  3. alahai si kambing hitam..malangnya nasibmu di kambing hitamkan?hhehehehehehehehe..

    ReplyDelete
  4. Kahkahkah! Rasa macam nak kuak lentang jerk guling-guling atas karpet! Kesian kambing tu tak pasal-pasal kena penjara. Tentu tersisih bila dok dalam penjara. Mereka check tak nak masukkan kambing tu ke penjara lelaki ke wanita? Huhuhu....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!