KEJADIAN SERAM DI UITM JENGKA PAHANG

19.5.15 Suria Lekatlekit 12 Comments

Ni bukan review filem jengka yang ntah bila nak dapat dvd dia tu. Ni adalah kisah yang aku compile dalam satu entri tentang kejadian2 seram yang berlaku di UiTM jengka. Walau aku masih frust dengan 8Share yang bagi aku menganiaya aku tapi semangat berblog apatah lagi share kisah2 seram Insya Allah takkan pudar. So, petang kita bersiaran awal sikit segmen seram serik lekat lekit katanya. Hahahhahaha... siap dah ada nama segmen seram kat blog. Kau hado?


Banyak cerita seram yang aku baca pasal UiTM Jengka ni. Tak tau pusat pengumpulan hantu ke atau hantu pun menumpang belajar kat situ, aku sendiri tak sure. Dengan Bismilillah.. Meh kita mulakan segmen seram serik lekat lekit..

Alkisahnya yang pertama kisah jelmaan hantu senior mati lemas..
Pada satu hari seorang pelajar balik hostel. Tiba2 dia nampak seseorang yang macam senior dia yang lepas dalam keadaan basah lencun. Sebab dia dah jadi senior masa tu, maka dia sound la bekas senior dia yang masuk bilik dalam keadaan basah macam tu. Tapi mamat tu buat tak tau la jer.. melawan tidak, menjawab tidak. Lepas si senior tu dah keluar dia pun cerita dengan kawan2 sebilik dia yang lain. Kat situ terungai misteri bekas senior dia nampak dah meninggal dunia akibat lemas. Katanya ramai student kat situ selalu nampak kelibat dia dalam keadaan basah berjalan jalan dalam kawasan UiTM waktu maghrib.

Alkisah yang kedua, pontianak belakang block asrama ground floor
Kisah seorang student ni bergayut telefon dengan boipren dia belakang block bilik asrama dia. Asrama dia ground floor jadi belakang tu dorang buat ampaian. Borak punya borak sedar2 dah pukul 3 pagi kau dok berdating dalam telefon luar bilik. Tetiba boipren dia tanya, kenapa kawan dia dari tadi asyik gelak2 tak henti dari tadi. Dia jadi pelik sebab dia sorang2 jer kat situ. Si Boipren ni sungguh2 kata memang ada bunyi gelak jadi background depa bersembang. So dia minta diri off panggilan sekejab nak memastikan bunyi yang si boipren dia dengar. Memang ada bunyi orang gelak tapi dari jauh. Dia fikir maybe budak2 dari bilik tingkat atas. Asyik dok dengar bunyi gelak tu tetiba ada angin terjah ke muka dia. Habis kain2 kat ampaian beralun2 di tiup angin. Tapi angin tu datang sepintas lalu jer tak macam angin biasa. Tetiba.. terpacak depan dia, PONTIANAK katanya. Memang tak tunggu nak tanya nama ke hapa la.. berdesup dia lari sampai nak terjatuh

Cukup la dua kisah tu yang nampak jelmaan menakutkan. Yang lain2 kisah banyak rasa angin menampar muka, dengar bunyi bunyi seret kerusi meja tak berapa extreme sangat kisah. Bagi mereka yang masih belajar kat UiTM jengka jangan la takut sangat.. Insya Allah buat macam biasa hantu pun tak rasa dia luar biasa so dia takde la nak perform sangat depan korang. Jangan terlalu fikir takut hantu takde korang je yang menghantui diri sendiri.

Moral of the story.. Jin, Syaitan & Iblis ada je di mana mana. Kalau takut sangat maybe tak boleh hidup kat muka bumi ni.

Sumber cerita Google

**Yang menarik untuk di baca:
Nak tengok kereta yang di ubahsuai macam seekor arnab, kura kura & seperti membawa seekor lobster gergasi clik link di bawah

21 Coolest Beetle Modifications Out There. You Might Want To Own One Now.

Berhajat melakukan Qurban & Akikah sertai E-Qurban

12 comments:

  1. saya study di uitm jengka ni 1 sem..ingat-ingat lupa pasal kisah seramnya..hehe

    ReplyDelete
  2. kisah no 2 tu seram..mujur baca siang..kalau malam memang akak tinggal je laptop ni macam ni akak cabut lari masuk tidur dalam bilik..hahaha

    ReplyDelete
  3. Aduhai... Memang menakutkan jugak kisah seram di uitm ni..suka cara sis menulis kisah seram dlm entri,ada sense of humour.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik ada hasben... hahahha dulu berangan gak nak dok asrama ke hostel ke... tapi sebab aku ni penakut especially bila fikir bab toilet.. so abaikan je laa...

    Meremang gak bila bayangkan kisah no.2 tu.. eh eh tetiba rasa best baca kisah seram ni..

    ReplyDelete
  5. Yalah, yalah...kita takda segmen seram dalam blog. Kalau ada pun, kena buat sembunyi-sembunyi jangan sampai ketua geng hantu tau kita nak take over jawatan dia :)

    Ni kira seramlah. Kalau akak salah seorang pelajar kat situ rasa macam nak minta cuti setahun jerk tangguh pengajian!

    ReplyDelete
  6. Serammm tu.terjah siang blog kak.suria hihiji

    ReplyDelete
  7. Hakak belajo kt situ 3 thn setengah dik.. Alhamdulilah takde hape pun.
    Tu 15 thn dulu, tak tau le skrg ni makin berhantu pulak jengka tu

    ReplyDelete
  8. Nasib je masa kt sana sminggu xde pa2 blaku...cuma takut ckit ar sbb blok j tun fatimah dkt sgt ngn hutan. Hehr

    ReplyDelete
  9. akak study kat situ 3 thun .. batch july 2006... mase duk blok K dlu bnyk ckit gangguan

    ReplyDelete
  10. ni bukan nk cerita pasal uitm ke atau mna" U .. tpi kisah ni terjadi msa kawan saya di politeknik .. katanya asrama dia bertingkat laa .. so nak bergayut dia dok kat tangga blakang asrama .. blakang tu pulak ngam" ladang klapa sawit .. ade laa berbukit sikit .. nk diceritakan, tgh dok gayut ttbe dia ade nampak satu lembaga ni usha" dia dri bukit blakang tu.. perhati pnya prhati .. dia rsa bnde tu makin dekat .. dia kata bnde tu berbulu" tp x pndang kat dia laa .. takut punya psl .. terus masuk bilik & tidoq .. bila selidik mmg org kata blakang tu 'keras' .. poli pulak poli baru .. bnde tu x sebati lagi dgn kita .. hehe .. ok itu je nk kongsi

    ReplyDelete
  11. Assalamuaalaikum & salam sejahtera .sy penuntut di uitm jengka alhamdulillah dah final sem ...tapi stakat ni takde lagi la kisah2 seram melanda diri ..mohon dijauhkan .hehe .terima kasih share cerita
    11/6/16

    ReplyDelete
  12. Korang jgn takot atau mnjerit bila hantu muncul depan koghang.. sebb hntu tu paling takot klau korang berani..lebih2 lg klau korang ada niat nk ketuk atau blasah hntu tu... sbbnye.. hantu/jin klau muncul depan korang secara live.. dia ketika itu mmg sgt lemah dan xkuat pun..klau korg ketuk diorg mmg diorg akan cedera parah.. sbbnya.. jin bila dah masuk alam kita dia umpama ikan naik ke darat .. jd kemah.. tu la sbbnya jin/hntu ni cuma berani muncul skjab2..dia pun takot dan xlarat.. lbih malang klu korang tebas dia ngan parang mmg bole cedera parah hntu tu dibuatnye ..jd jgn la takot.. ingat allah byk2.. tanamkn dlm pikiran yg sebenarnya kita di alam ini adalah ..khalifah dimuka bumi.. manusia sebaik2 kjadian..alam kita..manusia lah yg berkuasa ..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!