KISAH ROH BUDAK MATI DI BUNUH MEMBALAS DENDAM

13.5.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Asal mati kena bunuh je mesti la di kaitkan dengan hantu yang berdendam kan? Yelah.. teraniaya katanya. Tak puas hati la kot, kan? Tapi yang peliknya bukan orang yang bunuh dia jer dia balas dendam, orang yang takde kena mengena pun kena. Memang spesis hantu kalau berdendam dia tak kira la orang tu salah ke tidak kot. Asal boleh bunuh jer dia bunuh.


Begitulah yang berlaku kepada seorang budak yang mati di bunuh oleh bapanya sendiri bila tahu sebenarnya dia anak hasil mak dia yang curang dengan orang lain. Sebab terlalu kecewa & marah si Ayah ni bunuh bini dia dulu lepas tu bunuh si anak. Akibat dari pembunuhan tu maka berlakulah episod seram bila si ibu & anak menjadi hantu yang berdendam.

Setelah 19 tahun berlalu, rumah yang pernah berlaku trajedi ngeri tu mula di buat rumah sewa. Jangankan tinggal yang masuk dalam rumah tu pasti lepas tu akan mati dalam keadaan yang sangat ngeri. Semuanya menjadi mangsa hantu roh budak tu & mak dia yang tidak tenteram tu. Tiada siapapun yang pernah masuk atau tinggal kat rumah tu yang selamat. Begitulah sinopsis filem Ju-on 3 The begining of the end.

Filem ni starting standard filem jepun memang slow. Tapi perjalanan cerita dia agak menarik. Tapi macam biasa kita tengok filem Ju-On, cerita2 dia macam cerita pendek yang mengaitkan sorang demi sorang dengan rumah & hantu tu. Babak2 hantu keluar dari almari, laci, peti ais bagai memang bagi emosi seram juga bagi yang penakut. Tapi hantu budak tu dah tak berapa nampak seram seperti filem2 Ju-On sebelum ni. Cara hantu tu membunuh pun nampak simple babak tu tapi boleh nampak jugak sikit hasilnya agak menakutkan tapi tak banyak sangat la babak2 ngeri. Ada satu babak perempuan yang di bunuh dengan cara mulutnya di koyak hilang tercabut rahang. Tapi ending cerita Ju-on yang ke 3 ni macam biasa la misteri hantu tu tak berakhir. Maybe depa ada niat nak buat Ju-On ke 4 pulak kot. Entah bila hantu budak tu nak di musnahkan kita tunggu je la kot2 keluar lagi filem Ju-On lepas ni. Maybe ada tok bomoh jepun yang mengakhirkan dendam hantu Ju-On ni. Kalau jepun takde bomoh kat Malaysia Ada bomoh VVIP boleh tolong. Dia bukan saja terer halau hantu malah terer berlakon jugak. Hahahaha

Bagi peminat filem seram macam aku, Best jugak la filem Ju-on The begining of the end ni. Boleh la nak tengok ramai2 dengan family sebab takde babak2 ranjang atau keganasan yang melampau even klasifikasi 18 tahun keatas. Filem ni filem tahun lepas. Tak baru tapi takde la kilauan emas sangat umur dia. Masih senang nak cari dvd kat luar sana.

 Macam biasa bukan untuk di sewa jauh sekali di pinjam untuk buat hak sendiri.hahaha

Moral of the story... Tahap keseraman filem Ju-On 3 ni biasa biasa jer.. So yang penakut pun boleh layan. Insya Allah tak histeria. Yang penting jangan biarkan diri anda di selubungi Lavender mummy... op's misteri hahahaha.

7 comments:

  1. Hahaha! Sempat lagi tu! Kang tak pasal-pasal kena 'titik'!

    Hantu memanglah semua pun dia belasah balas dendam. Maklumlah dia tak kenal mana-mana manusia lepas jadi hantu. Kalau nampak mak dia pun dia balas dendam. Ada masalah rabun kot depa nih....

    Ju On 3 ni macam belum tengoklah tapi bab rumah tu memanglah ada sikit seri keseraman di situ! Cerita Jepun ni dia punya slow motion nak sampai ke motif, memang buat kita pi keluar masuk toilet pun tak habis-habis lagi slow motionnya!

    ReplyDelete
  2. lama gak tak layan ju-on, bila tengok gambar dvd kat atas tetiba rasa nak gi tengok balik pulak...

    ReplyDelete
  3. kite memang pentakut nak tengok ju-on ni..seremmmm gteww..
    tapi, honestly rasa emosi tengok cerita ju-on..!! ahahah geram sebab hantu dia suka hati je nak bunuh orang.. orang tak bersalah kot..haha

    ReplyDelete
  4. wahh menarik juga ... klu terjumpa nanti boleh le beli ...

    ReplyDelete
  5. Aduhai..part mengoyak mulut orang ni mmg seram.
    Hehehehhehe..

    ReplyDelete
  6. Aduhai..part mengoyak mulut orang ni mmg seram.
    Hehehehhehe..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!