KISAH SERAM HOTEL & HOMESTAY BERHANTU DI MALAYSIA

5/09/2015 08:08:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Hotel berhantu? Aku pernah lalui pengalaman tu dulu. Sebelum kejadian tu berlaku aku memang tak pernah rasa seram atau cuak nak tidur mana2 hotel, homestay atau chalet kalau pergi bercuti. Tapi sejak kejadian di Melaka tak lama dulu, memang aku fobia bukan pasal takut tapi aku risau effect anak aku yang kecik tu. Kalau hangpa rasa nak baca cerita seram pengalaman aku menginap salah sebuah hotel berdekorasi purbakala kat Melaka nanti cekidout lah entri ni PENGALAMAN SERAM DI SEBUAH HOTEL MELAKA


Sumber Google

Biasa la kan.. Hantu pun nak merasa tidur hotel jugak. Asyik rumah usang, rumah tinggal & rumah buruk jer depa pun nak merasa duduk dalam bilik mewah katanya. Ada aircon, bilik sentiasa ada orang kemas & bersih.. Apa hangpa hantu suka duduk tempat kotor je ke. Di sebabkan hantu pun dah demand.. Maka malam ni aku nak senaraikan hotel & homestay yang ada kisah seram berlaku.

Hotel Seri Malaysia Taiping
Cerita bekas seorang penginap kat hotel ni pernah ternampak satu lembaga kat tepi dinding sebelah katil dalam bilik yang dia check in. Dah la perempuan ni spesis penakut, lembaga tu pulak pi tunjuk kelibat kat dia. Mujur ada asben, kalau sorang2 aku rasa pompuan ni koma jugak sekejab.

Apartment UITM
Katanya apartment seram. dengan dekorasi, pilihan warna langsir semua nampak suram. Tapi apartment ni besar. Bilik2 yang ada pun besar. Katanya sekeluarga ni menginap kat situ, tengah dok sembang kat meja makan tetiba pintu dapur terbuka & tertutup dengan sendiri. Pada malam tu jugak anak buah si pencerita ni. Baby lagi. Menangis tak henti2 sambil pandang siling. Sebab dah bagi hint2 seram, depa stay 1 malam jer kat situ lepas tu semua blah cari tempat perlindungan baru.

Sumber : Cari

homestay di Jitra,Kedah
Dia tak bagitau homestay tu apa nama dia maybe taknak mengaibkan tempat tu kot. Homestay tu jenis rumah teres dua tingkat. Ada sekeluarga ni menginap kat situ melalu kejadian seram. Di jadikan kisah lepas balik makan malam, masuk je dalam rumah mereka dah terbau wangi tapi fikir bukan2. Anggap bau tu datang dari pewangi rumah. Tapi katanya masa tengah cuci pinggan kat dapur tetiba bau daun pandan yang kuat datang dari bilik air. Tak semena mena bulu roma dia meremang. Tetiba dia ternampak lembaga putih keluar dari lorong kecil yang terletak bersebelahan bilik mandi. Dia tak tunggu lama kat situ terus lari naik keatas. Malam tu dia dapat mimpi katanya lembaga tu marah suruh depa keluar dari rumah tu. Malah bukan dia je di ganggu malah ahli keluarga dia yang lain jugak di ganggu. Adiknya nampak lembaga putih berdiri di penjuru bilik sambil merenung kearah dia. Malah masa di turun kebawah nak minum, dia terserempak dengan lembaga putih kat tepi sinki terus tak jadi minum katanya. Lebih kronik lagi katanya masa dia memandu keluar dari kawasan rumah berkenaan, ada lembaga hitam pulak duduk kat seat belakang. Keesokkan harinya sebelum mereka semua pulang, jiran sebelah homestay tu tanya samada mereka di ganggu dengan gangguan mistik atau tak. menurut cerita jiran homestay tu, katanya tuan rumah pun duduk tak sampai setahun sebab tak tahan di ganggu, malah ramai yang menginap kat homestay tu turut di ganggu. Sayang, katanya homestay tu cantik, bersih & selesa tapi ada penghuni ghaib yang menumpang tinggal tak bayar sewa.

Sumber : Dunia seram

Hotel Palm Spring Resort PD
Apartment ni katanya views pun nampak seram,usang & macam rumah tinggal jer.  Condition pun tak berapa bagus sangat. Ada beberapa blok pecah2, berlalang, parking banyak lopak, kolam renang pun kering & takde orang check in sangat. Bilik pulak, langsir lusuh & koyak. Bilik tu pun rasa panas sangat even pasang aircon paling sejuk & kipas high speed. Petang dekat nak senja katanya si asben pencerita ni dah nampak something di sebalik tangga & ghaib ke dinding. Dalam pukul 7 petang macam tu si asben ni rasa tak sedap hati maka depa decide nak balik hari tu jugak. Yang si anak asyik pandang toilet masa depa dok berkemas. Sebab katanya 2 anak dia nampak sesuatu dalam toilet. Masa nak keluar dari bilik anak dia tak nak keluar. Katanya nak tinggal kat situ sebab ada kawan. Makin cuak la mak bapaknya, Di pujuk juga anak dia keluar dari situ. Masa tengah masukkan beg dalam kereta, anak dia sekali lagi pandang ke arah tangga tapi kali ni nampak ketakutan. Lepas check out dari situ, mereka bermalam di rumah mertua di pencerita. menurut cerita pakcik di pencerita tu, kat bilik hotel yang mereka tinggal pernah ada kejadian budak hilang dalam bilik tu, Ghaib macam tu depan family dia. Kolam renang kat situ pun banyak budak mati lemas. Hotel Tu pun dah bertahun takde orang menginap. Tapi aku musykil macam mana hotel yang takde orang duduk bertahun lamanya masih beroperasi & tetiba ada orang datang menginap. gamaknya macam mana depa survive kalau takde pelanggan ? entahlah.. cerita dari blog ke blog.. dari forum ke forum.. Tapi orang yang biasa menginap je tahu kebenaran di sebalik cerita ni kan?

Sumber :  Kisah seram di Palm Spring Resort PD

Puteri Resort Air Keroh Melaka
Hotel ni hotel 3 bintang yang banyak para pendidik tak kira level tapi yang berkhidmat dengan kementerian pendidikan Malaysia bila menghadiri kursus, perjumpaan, kuliah & apa2 aktiviti lah. Selain tu jadi penginapan pelancong luar & dalam negara jugak. Sebab dia kategori kos rendah jugak so menjadi pilihan ramai orang la. Alkisah seram ni berlaku kepada sekumpulan guru yang menginap kat situ selama 4 hari 3 malam. Tapi kisah seram berlaku di malam terakhir mereka kat situ. Depa balik bilik malam tu dah dekat pukul 11 malam. Masuk je bilik depa nampak seperti ada bayangan putih bergerak dari skrin tv yang rosak dalam bilik tu. Bila depa pergi dekat, takde apa apa pun. Lepas mandi semua dah siap sedia nak tidur sekali lagi kejadian mistik berlaku. Salah sorang dari mereka nampak satu bayangan berbentuk macam manusia duduk di kerusi betul2 bersebelahan katil mereka. Yang sorang lagi pulak rasa tilam macam beralun macam ada orang berbuai kat atas tilam tu. Sebab masing2 takut semua pakat menyorok dalam selimut. Segala doa & ayat2 alquran dia baca walau jadi tunggang langgang sebab takut. Salah seorang dari mereka bukan islam yang ada tali tangkal pendinding kat di ikat kat tangan tapi tali tu tiba2 terputus. Dalam tengah takut tu tetiba loceng bilik berbunyi tapi takde sapa berani bangun & buka pintu. Cuma ada seorang yang memang dari awal dah nyenyak tidur bangun buka pintu tapi takde sapa yang datang. Sebab dia tidur tak melalui detik2 seram yang kawan2 dia kena tu, dia takde rasa apa2 la dengan kejadian tu. Tengok jam dah pukul 6pagi so dia pun bersiap2 nak solat subuh. Dia pun capai tuala pergi bilik air. Sedang dok bercermin tetiba dia ternampak ada bayangan di belakang dia bila dia paling belakang takde apa apa. Time tu baru dia kenal erti takut. Tak tunggu lama dia lari keluar dari bilik air.

Sumber : kisahharis.blogspot.com

Cukup la tu kisah2 hotel & homestay berhantu. Bukan meremang dah ni tapi tahap tertanggal bulu roma dah ni dok tulis cerita hantu bersumberkan google. Nak pilih bukan senang katanya. Tu yang sampai tertanggal bulu roma punya stress bukan takut hahahahaha.

Moral of the story.. Esok hari Ahad jangan tengok melodi sebab ia lagi seram dari cerita hantu. hahahahaa

13 comments:

  1. Tu laa... Kita kalau pergi homestay mesti takut sikit... Takut ada hantu.. Hihi.

    ReplyDelete
  2. Seram la jugak ni..memang rugi kalau dpt bilik atau homestay mcm tu..

    ReplyDelete
  3. Awat kita punya naluri macam serupa. Eh, berapa lama akak tak datang baca kat sini yerk? Baru jerk minggu lepas khatam semua cerita hantu yang ada kat google. Makanya mostly akak dah baca. Takdalah tertanggal bulu roma bila baca kali kedua. Setakat rambut gugur jerk... Itu pun bukan sebab seram bangat!

    ReplyDelete
  4. baru balik dr hotel puteri resort ayer keroh.bilik panas walaupun aircond dipasangkan.rasa gelisah tak dpt tidur lena. alhamdulillah xde gangguan walaupun hotel ni nmpk cam scary.

    ReplyDelete
  5. baru balik dr hotel puteri resort ayer keroh.bilik panas walaupun aircond dipasangkan.rasa gelisah tak dpt tidur lena. alhamdulillah xde gangguan walaupun hotel ni nmpk cam scary.

    ReplyDelete
  6. Alaa.... klau betui pun aku nak pi tgk

    ReplyDelete
  7. Homestay yg kt jitra kedah tu mcm sama je mcm org dari terengganu tu sewa,aku baca dlm fb tadi,seram betul ni,pengalaman dia seakan akan mcm tu lah.

    ReplyDelete
  8. Gileerrr aku ni, tengah malam baca cerita hantu. Last-last sendiri tak dapat tidur. Tak berani nak tutup lampu. Haha!!

    ReplyDelete
  9. Kami sekeluarga pernah stay di apartment uitm..luaran ok je..bls mauk bangunan dia memang rasa sunyi..5-6 kali naik lift pn tak pernah saing dgn org lain..aku tak feel apa2..esoknya masa odway balik baru adik ipar cerita mlm tu dia dgr bunyi org ketuk paku,bunyi org seret kerusi dr tingkat atas..hihi..

    ReplyDelete
  10. wah banyak gak ek. okay cuba avoid dari stay kat hotel2 tu

    ReplyDelete
  11. pengalaman di palm spring hotel port dickson & nipah bay villa pangkor masih terpahat di ingatan...mmg xmo jejak kaki dah kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat nipah bay villa pangkor tu ada apa yg jadi kak? Citer la sikit..nak tau jugak..

      Delete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com