LEMBAGA HITAM BERLIDAH PANJANG DI HOSPITAL SINGAPURA

7.5.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Malam jumaat malam memomokkan hangpa dengan cerita seram. Bukan apa Malam Jumaat tak boleh overnight depan tv,laptop,pc,handphone,tab & sebagainya. Tak elok tu... Malam jumaat banyak perkara sunat yang boleh buat untuk menambah pahala katanya. Hahaha.. Amboi Sebut malam Jumaat tak pikiaq benda lain dah.. Aku maksudkan baca yassin. Bila hangpa takut baca cerita seram ni, hangpa pi baca yassin tenang la sikit kan.

 Sumber Google

Kisah seram malam Jumaat minggu ni adalah berkisah 2 kejadian seram dalam 1 malam di sebuah hospital nun di singapore sana. Alkisahnya seorang pemuda yang hantar ibu dia yang sakit ke hospital. Sementara nak tunggu doktor periksa sakit mak dia.. dia dengan ayah dia tunggu la di bilik menunggu. Almaklum lelaki bukan boleh lama sangat dok tak buat apa, mula la rasa  nak menyedut asap tembakau. Masa tu dah dekat pukul 4 pagi. Sebab dalam hospital memang kawasan larangan merokok so dia terpaksa keluar dari perkarangan hospital mencari port nak melempiaskan nafsu serakah dia terhadap sebatang rokok katanya. Dia berjalan sampai ke tempat letak kereta. Masa tu tak banyak kereta, ada beberapa biji motor & kereta juga 4 buah ambulan. Dia perlu melepasi 4 buah ambulan tersebut sebelum keluar dari kawasan hospital.

Nak di jadikan cerita seram masa dia melintasi salah sebuah ambulan kat situ tetiba hidung dia terbau wangi yang sangat kuat & tetiba tukar jadi bau busuk yang teramat. Muncul lah tanda2 seram di tubuhnya.. iatu bulu roma meremang. Ni jenis yang kental sebab dia memberanikan diri cari dari mana datangnya bau tu. Tiba2 dia dengar bunyi sesuatu mencakar papan tulis. Bunyi macam kuku bergesel dengan papan. Memang nyilu sangat. Bila dia pandang ke arah ambulan ke empat yang dia lintas, Macam nak gugur jantung di buatnya bila apa yang dia nampak adalah satu lembaga hitam,rambut panjang,mata merah menyala & lidahnya terjelir panjang dalam ambulan tu sambil merenung kearah dia. Ciri2 yang di ceritakan macam sifat hantu raya je kan? maybe hantu raya la kot yang dia nampak. Dia jadi kaku sekejab. Tapi di kuatkan semangat angkat kaki beredar dari situ.

Kejadian kedua pulak berlaku kat mak dia. Pukul 8 pagi tu jugak mak dia di benarkan balik. Dalam perjalanan balik tu ibu dia mula cerita pasal bilik wad sebelah dia yang sekejab menangis & sekejab ketawa buat mak dia tak boleh tidur. Tapi alangkah terkejut bila adik dia yang jaga mak dia sepanjang malam cakap.. Bilik sebelah tu takde sesiapa. Bila dia pun turut share kejadian seram yang berlaku kat dia mereka semua jadi terkejut.

Pakej hantu hospital ni menyakat kan? Si adik dengan ayah terselamat tapi si abang dengan ibu menjadi pilihan untuk di sakat. Nasib baik si mak tu tak fikir bukan2 masa kejadian.. just fikir orang sakit bilik sebelah.. Kalau tetiba masa tu terfikir bukan2 maunya lari keluar wad.

Biasa la hospital macam port cerita seram je. Ada je la kejadian mistik berlaku. Dah nama pun hospital ye dak? Ada orang sakit, ada orang mati ada orang koma.. So port2 pilihan terbaik makhluk2 ghaib la. Cuma kita kena ingat, kita makhluk depa pun makhluk.. Tiada kuasa sehebat Allah maka mohonlah perlindungan dari Allah.

Moral of the story jangan merayap merata rata sebab nak hisap rokok sebab jin memang suka makan asap. Kalau terserempak tu.. maybe dia nak minta sikit asap yang hangpa sedut. hehehee

Sumber : Dunia Seram

5 comments:

  1. Alahai... Seram pulak kes dekat wad tu sis.. Lari tak ckp tanah di buatnya..

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH SEPANJANG KEJE HOSPITAL DULU SHIFT SIANG MALAM TAKDE LA GANGGUAN

    ReplyDelete
  3. Seram ni wooo tiba2 ade depan ni

    ReplyDelete
  4. Apa kelas minta asap jerk, dia nak nyonyot sebatang rokok jugalah tu. Sebab tak boleh, itu yang dia sakat sampai ketaq kepala lutut!

    Hospital biasalah memang port paling indah untuk sang hantu berkumpul dan membina komuniti bahagia. Suria, boleh tak cerita pasal hantu awal minggu? Akak ni kalau hari Isnin, macam malas jerk nak kerja. Bolehlah akak hiburkan hati dengan cerita hantu kat sini.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!