PENGALAMAN SEDIH & SERAM SEORANG JURUSOLEK MAYAT

21.5.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

Dalam masyarakat cina bila meninggal dunia mereka akan di solek sebelum di lakukan upacara pengebumian. Maka ada di kalangan mereka yang bekerjaya sebagai jurusolek mayat. Yang peliknya mereka memerlukan jurusolek mayat untuk melengkapkan upacara kematian tapi persepsi sesetengah dari kaum mereka memandang kerjaya ni sebagai satu kerjaya yang hina, kotor & membawa malang.


Tertengok satu video seorang jurusolek mayat yang cerita pengalaman dia makeup mayat yang adakala datang dalam keadaan tak sempurna & mengerikan. Paling sedih.. Bila kawan, kaum keluarga & saudara mara meminggirkan dia kerana bekerja sebagai jurusolek mayat. Ada yang menjauhkan diri, tak nak bergaul dengan dia & yang paling sedih ada yang taknak dia datang untuk sebarang majlis keraian seperti perkahwinan takut dia membawa malang. Pernah berlaku satu kejadian di mana dia pergi melawat saudara dia.. selepas kedatangan dia tu salah seorang ahli keluarga saudara dia terlibat dalam kemalangan & meninggal dunia. Mereka menyalahkan dia & menghalau dia ketika dia datang untuk memberi penghormatan terakhir.

Sedih jugak aku tengok video pengalaman seorang jurusolek mayat ni.. dalam sedih2 tu ada jugak ngeri & seram yang dia ceritakan. Yelah berdepan dengan mayat hampir setiap hari pelbagai keadaan.. Setakat tengok cerita seram ok la kita tau semua babak cuma lakonan. Cuba berdepan secara live dengan mayat yang mati dalam keadaan ngeri. kau mampu. kalau korang nak tengok video pengalaman seoarang jurusolek mayat korang boleh tengok kat sini >> [VIDEO] A dead body with half it’s head missing was sent to her doorstep and she had to…

Moral of the story.. Apapun kerjaya selagi bertujuan baik janganlah di pandang hina. Jurusolek mayat bagi mereka yang bukan islam mungkin satu keperluan.. Kalau semua orang rasa jijik, takut & hina pekerjaan tu sapa yang nak makeup mayat?? Jadi berhenti menghukum sedangkan kamu memerlukan golongan macam ni. Sepatutnya kamu berterima kasih kerana dia sanggup melakukan pekerjaan tu walau di pandang hina oleh masyarakat.


yang menarik untuk di baca :
Ada beberapa perkara yang kita menyampah bila join whatsapp. Antara di added masuk ke group yang kita tak berminat. Di spam dengan mesej2 berunsur iklan. Mesej berunsur khabar angin & sebagainya.. Ni cara korang menggunakan emoji dalam menyatakan perasaan korang melalui aplikasi whatsapp.. Meh tengok

8 Snarky Emoji Comebacks For Your Biggest, Most Annoying WhatsApp Problems

7 comments:

  1. Nak buka pintu bilik mayat pun takut, inikan pulak nak solekkan mayat. Lagilah tidak. Oh, tak tahu pun yang orang Cina rasa kerjaya menyolek mayat ni hina sampai boleh terpinggir kerana dianggap membawa malang. Kalau gitu, tak payahlah susah-susah suruh orang solek! Hantar je 'balik' dalam keadaan asal. Suruh solek, suruh hantar kereta, smartphone, gajet, duit bagai watpa!

    Eh, silap komen dah....

    ReplyDelete
  2. mesti gaji mhal ni... sapa je yg berani buat kan...

    ReplyDelete
  3. aish...pkejaan yg agak seram....sian pulak dia dpinggirkan smata2 sbb keje dia. tp siapa yg wujudkn adat solek mayat? bkn agama dorg? jd klu xde tkg solek, cmne nk smpurnakan adat dorg..pelik btol

    miraadzlia.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. kalau diikutkan orang cina ni lagi la banyak percaya benda karut dan mengarut.mereka juga lebih pentingkan perasaan sendiri berbanding orang lain...bukan orang melayu seperti yang ramai perkatakan..

    ReplyDelete
  5. kesian jugak kan? dia cari makan jer. tapi teraksa menghadapi insan yg prejudis pada kerja dia.

    ReplyDelete
  6. Dorang mmg solek mayat kan? Nk bg chantek muka x menakutkan bila org dtg melawat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!