PERKUBURAN MISTERI DI TEPI LEBUHARAYA ULU BEHRANG

22.5.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Even dah masuk malam sabtu hari ni tetap gigih meneruskan segmen seram serik lekat lekit. Malam ni kisah yang boleh tahan seram. Kisah tentang kawasan perkuburan yang sebenarnya tak pernah wujud di tepi lebuhraya tiba2 muncul di tengah malam yang sunyi... pak mat jual topi. Ops ternyanyi lagu kanak kanak pulak. Maka bermulalah sebuah kisah....



Seorang pemuda yang bekerja kat KL tetiba rasa nak balik kampung jenguk mak bapak dia. So, bersiap2 la dia ala kadar nak mulakan perjalanan balik kampung dengan motorsikal di malam Jumaat yang penuh misteri tu walau jam dah pukul 12 tengah malam. Dalam pukul 3 pagi dia sampai di ulu behrang. Dia berhenti kejab tepi jalan selepas exit ulu behrang tu untuk berehat di bawah lampu.

Jalan waktu tu sunyi& lenggang. Dia duduk di pembahagi jalan sambil hisap rokok sambil mengadap jalan raya. Jam 3.40 cuaca makin sejuk walau dia pakai jaket kulit tetap terasa kesejukkannya. Lepas habis sebatang rokok dia berpaling ke belakang. Macam nak luruh jantung bila tiba2 dia ternampak dengan jelas satu kawasan perkuburan lama memenuhi bukit. Banyak batu nisan di perbuatan daripada kayu yang dah usang tercacak di situ. Dia jadi pelik sepanjang dia melalui jalan disitu selama ni memang tak ada kawasan perkuburan lama kat situ, tiba2 pagi tu ada pulak. Dia cuma rasa pelik bukan rasa takut dengan apa yang di lihat. Keliru pun ada jugak  Ketika dia mula menolak motorsikal untuk beredar Tiba2 Meremang seluruh bulu yang ada katanya. Orang kata kalau rasa seram & meremang tu maknya ada la tu..

Sampai di kampung dia tak terus cerita pada mak bapak dia tapi keesokkanya tu baru dia cerita. Ayah dia terkejut sebab memang tak pernah ada sebarang kawasan perkuburan Islam kat situ. Apapun katanya dia bersyukur di beri peluang melihat sesuatu yang orang lain nampak. Cuma masih misteri.. Milik siapakah kubur kubur itu?

Moral of the story.. Pusara di lebuhraya sangat cerita ni kan? Dan akhirnya menjadi sebuah kubur cinta.. Peace!


yang menarik untuk di baca :
Yang bercadang untuk ke hong kong kena baca ni. Kenapa perlu ke hong kong sepanjang bulan Jun - Ogos bukan bulan lain?
Haven’t been to Hong Kong during the summer yet? You’re missing out big time!

3 comments:

  1. Hehehehhehehe...seram seyh...kubur siapa itu? Takpun lelaki ni ada sixth sense blh lihat benda yg org lain xnampak.

    ReplyDelete
  2. ape ni cite hantu ni...? scroll ke bawah terus tak nak baca hahaa

    ReplyDelete
  3. Ini dah bukan seram-seram lekit, ini dah jadi seram-seram kelakar! Baru nak upkan feeling seram tu meresap dalam badan, boleh pulak dia nak ajak nyanyi lagu budak-budak! Cis....

    Akak memang tak fahamlah. Dah tahu katanya hantu beriadah bermula pukul 12 malam, yang sibuk nak balik kampung pukul 12 malam buat apa? Bertolaklah pukul 1 pagi ke, 4 pagi ke...takdalah berselisih dengan hantu! Tapi kalau spesies tak takut hantu, kira okeylah. Nak berselisih ke, bersemuka ke apa kisahkan.... takdalah istilah seram dalam kamus dewan!

    Jaket kulit dia tak berapa mahal tu, itu sebab rasa sejuk. Bukan sebab ada hantu berkeliaran kat keliling. Hantu-hantu ni pun dia tengok brand juga. Kalau brand penakut (macam kita) memang tak payah beri salam perkenalan pun memang dah lari lintang pukang punya....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!