PONTIANAK PETRONAS SUBANG AIRPORT

4.5.15 Suria Lekatlekit 5 Comments

Jalan subang Airport ni pernah jadi laluan aku hari2 dulu sebab tempat aku kerja dulu kena lalu jalan kat situ. Memula opis aku depan rumah jer... Bukan la buka pintu terus nampak pintu opis.. maksudnya opis aku jalan kaki jer la pergi keja hari2. Cuma seberang jalan. tapi akibat berpindah ke Ara damansara maka aku tak mampu lagi berjoging ke opis. So, kos pun meningkat even duit minyak aku tak pernah bayar pun sebab menumpang gi kerja dengan asben. yelah.. kami se opis katanya. Sempat la merasa menumpang boipren & menumpang suami gi kerja. Yelah.. opis aku berpindah sebelum aku kawen, tak berapa bulan lepas tu baru aku kawen.

Erkk.. tercerita kisah sweet2 kencing manis pulak.. Berbalik kisah seram2 menegak bulu roma katanya. Kisah ni kisah seorang lelaki yang di sakat seekor hantu perempuan yang aku rasa kategori pontianak kot sebab jenis menumpang kereta orang kan? kebanyakkan cerita pontianak ni memang suka tumpang kereta, motorsikal atau basikal orang. Almaklum la tak berkaki katanya hahaha... Ops terbebel pulak.

 Sumber Google

Ok ok.. kita mulakan kisah dari sekarang. Kisahnya seorang lelaki ni balik lewat malam. Dalam perjalanan nak balik rumah tu dia singgah isi minyak kat petronas Subang Airport. Masa tu dah dekat pukul 2 pagi.  Disitulah bermulanya kisah seram yang mungkin sampai mati dia takkan lupa. lepas isi minyak dia pun gerak la nak balik. Keluar je dari stesen minyak tu tetiba jer kereta dia rasa berat lain macam pakej sekali dengan bulu roma meremang. Dia pun cuba tengok melalui cermin kat seat belakang. Macam kering darah di buatnya bila apa yang dia nampak tu. Satu lembaga berupa seorang wanita berambut lurus, baju lusuh warna kelabu atau hitam dia tak sure sebab nampak samar samar jer, tapi muka tak nampak sangat. Ok la tu tak nampak muka buatnya dia tunjuk muka macam hantu kum kum, mau keras kejung kat situ katanya. Dia cuba beranikan diri berdialog dengan makhluk tu, katanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" dalam nada terketar ketar. Even kau makhluk aku pun makhluk tang takut tu memang tak boleh hilang. ye dak??

so dia drive terus sampai la ke Ara Damansara dia buat U-turn untuk pergi semula ke stesen petronas Airport subang tu. Punya seksa dia drive sementara nak sampai ke petronas tu sebab berat hantu tu, katanya berat sangat.  macam pandu 30/kmj dengan bawa beban 50tan. sambil drive sambil dia usya kat belakang dengan mulut terkumat kamit membaca ayat Qursi. Tapi hantu kat belakang tu rilex takde kesan sampingan pun dari bacaan ayat2 suci al Quran. maybe sebab baca sambil gigil so bacaan pun jadi tunggang langgang la kot. Hantu dengar pun macam dengar lagu pop katanya. Sampai je ke petronas Airport subang dia pun turunkan cermin belakang & berdialog " Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil dok pantau seat belakang melalui cermin. Lepas tu dia toleh belakang awek hantu tu pun dah takde. Lepas tu memang tak toleh kiri kanan dia terus je pecut kereta.

Kisah ni rasanya ramai dah pernah baca tapi demi memartabatkan hantu2 tempatan aku up la kat blog aku. Spesis2 hantu menumpang kenderaan orang ni memang jenis berat2 belaka kan? Majoriti kita dengar atau baca kisah hantu menumpang kenderaan orang mesti ada rasa berat. Makan batu gamaknya spesis hantu macam ni. hahahaha

Moral of the story.. Jangan percaya dengan effect langsing yang kita nampak dari jelmaan hantu2 ni sebenarnya depa umpama guna teknik photoshop jugak nak bagi nampak langsing hakikat besar macam gajah. Berat tak mampu menipu. hahahaha

Sumber : himpunan kisah seram

5 comments:

  1. aku paling lawak moral of the story kat bawah tu.. hahaha..

    aku keja kat ara damansara jalan subang airport tu la.. opis tepi citta mall..tak sampai ke petronas tu..

    ReplyDelete
  2. Wah.. Berani betul lelaki tu buat u-turn.. Terbaik.. Hehehhe..

    ReplyDelete
  3. hehhe..lucu tapi seram la...kalau akak memang tak u-turn la..silap2 lari tinggak keta..hahahah

    ReplyDelete
  4. Hahaha klu pengsan trs tak pu lari blk naik teksi je

    ReplyDelete
  5. Kira tabik springlah kat lelaki tu. Kalau akak, tak hantu keluar, akak keluar kereta. Kau drivelah sendiri hantu pi balik rumah.

    Depa ni semua memang overweight tahap tak boleh dilarang! Ini mesti kes terbalik macam manusia dengan cermin kat fitting room tukan, Suria!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!