RAHSIA NASI GORENG SARDIN TAK MELEKAT LEKIT

27.5.15 Suria Lekatlekit 8 Comments

Nasi goreng sardin tak berapa popular lagi. Ada yang tak pernah cuba pun. Aku pun baru je cuba2 buat lepas tengok ntah mana blogger upload gambar nasi goreng sardin tak lama dulu. Takde la sampai google resepi nak masak nasi goreng sardin. Nama pun nasi goreng konsep dia sama jer macam nasi goreng lain cuma tambah sardin je.

Tapi cara aku, nasi goreng mesti tak berminyak sangat & nasi tak melekat lekit & berketul2. Jadi cara aku buat nasi goreng sardin ni memula macam biasa panaskan minyak tumiskan bawang, kalau ada daging/ayam & sayur yang nak ambil masa untuk masak aku akan masukkan sayur tu dulu, macam semalam aku guna 2 jenis sayur. Kubis & sawi. Jadi aku masakkan dulu kubis & batang sawi.. daun sawi aku hold sekejab. Sekejab jer baru aku masukkan sardin. Tapi mesti hancurkan dulu sardin. Sardin pun tak banyak sebab aku tak suka kalau terlebih sardin nanti dia bergumpal dengan nasi bukan je rasa sardin tu terlebih malah rasa tak sedap kalau terlalu tebal rasa ikan sardin & menenggelamkan rasa bahan2 lain. Jadi aku guna dalam 2 ketul sardin size besar tu. Erkk.. tak sampai 2 ketul seketul lebih sikit jer. Nak makan pun 2 orang jer.  Semua rasa mesti seimbang baru sedap. Bukan je sedap view pun cantik. Kita pun kalau tengok nasi goreng basah berketul2, berminyak takde selera jugak kan. hanya ikan sardin aku tak guna sos sardin yer. Nanti nasi goreng jadi basah, memang bukan taste aku.

Lepas dah goreng sekejab sardin tu baru aku masuk telur hancurkan tapi jangan sampai masak telur tu kemudian masukkan nasi. Gaulkan sehingga semua bahan jadi sebati masukkan daun sawi & garam secukup rasa. Goreng sekejab sampai rasa puas hati lepas tu boleh la hidangkan sesuka hati. Nak pedas korang pepandai la tambah cili ke hapa yang patut. Asben aku pantang makan pedas so nasi goreng sardin aku memang bebas sebarang cili 100%.

Jemput tengok

Lepas dah hidang dengan sesuka hati takkan tengok je makan la sekenyang hati. Ops.. kita di ajar berhenti sebelum kenyang & makan sebelum lapar. So jangan ikut nafsu syaiton sangat yer. hehehehehe

Jadi inilah cara lekat lekit masak nasi goreng sardin yang tak melekat lekit. Sebab ada yang tanya resepi jadi aku bagi resepi berkonsepkan sembang2 bawah pokok jer. Tak formal sangat macam cik mat gebu tulis resepi katanya. Selamat mencuba semua. hahahaha

Moral of the story.. rahsia nasik goreng sardin tak melekat lekit & berketul2.. nasi kena sejuk, jangan terlebih ikan sardin & kalau boleh jangan guna sos sardin. Kalau nak guna letak sikit jer. hehehehe


Yang menarik untuk di baca :
Biarpun nakal.. benda2 yang mereka buat kadang2 mampu buat kita hilang stress. Yang ada anak atau di kelilingi kanak kanak kecil tak kira anak buah, anak orang atau anak sendiri mesti pernah berdepan dengan salah satu atau semua 10 benda yang kita rasa alahai comelnya tapi kenapa lah nakal sangat.. Kalau anak sendiri confirm la snap pic atau record video kemudian upload walau perbuatan tu kategori perbuatan nakal. Nak tahu apa 10 perkara nakal yang selalu kanak kanak buat tapi menggelikan hati meh tengok kat sini

8 comments:

  1. Belum pernah cuba..kompem rasa dia sedap nij

    ReplyDelete
  2. Boleh cuba ni.. serius tak pernah dengar dan tak pernah rasa. first time dengar nasi goreng sardin. macam menarik je

    ReplyDelete
  3. OO..lain sikit dengan cara akak..nanti akak share jugak cara nasik goreng tak melekat lekit kat blog akak..

    ReplyDelete
  4. menarik aku mmg suka makan sardin ....

    ReplyDelete
  5. Sedap pula kathy tengok ni sis..

    ReplyDelete
  6. sardin memang kegemaran aida sekeluarga.
    but x pernah lagi buat nasi goreng sardin.
    wajib cuba ni :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!