SIJIL HALAL SECRET RECIPE DI TARIK BALIK

26.5.15 Suria Lekatlekit 7 Comments

takde effect kat aku pun sebab aku bukan penggemar & pengunjung secret recipe. Dah la mahal & bukan taste aku sangat makanan2 kat situ. Rasanya dalam hidup pernah sekali jer aku makan kat situ. Tu pun orang belanja. Dah tu zaman bujangan dulu. Pun camtu makanan yang aku order tak luak pun aku makan.

Sumber Google

Tadi terbaca kat Sozcyili katanya sijil halal secret recipe kena tarik balik. Hahahahha... teringat cadbury dulu. Tak payah risau.. Kalau dah halal balik nanti depa boleh bayar blogger untuk sebarkan kehalalannya balik. Apa susah kau bayar jer blogger yang mula2 kemain boikot pun boleh jadi sokong. Janji bayar. hahahaha

Sumber Sozcyili

Apapun.. Aku ni jenis sekali kau ada kontroversi dengan status halal maka aku ambil langkah selamat.. Takpe la. Selagi tak darurat makan je kat tempat lain. Banyak lagi boleh makan kek bukan kat secret recipe jer. Kau nak gigih sangat makan kat situ dah kenapa.

Kena ajar pengusaha macam ni supaya mereka tak pandang isu halal bukan isu yang boleh main aucak.

Moral of the story.. tepuk dada tanya selera. Nak terus makan atau tak pilihan di tangan anda.

p/s : tak payah pertikai sangat sijil halal secret recipe di tarik balik bukan faktor guna bahan2 terlarang sebab halal atau haram bukan hanya menggunakan bahan, ramuan yang tidak halal malah banyak lagi faktor yang menyebabkan ia mungkin menjadi kemudaratan maka sijil halal di tarik balik. Asal takde babi je semua boleh ngap! bila dah sijil halal kena tarik tu bermakna something wrong somewhere la.



 Yang menarik di baca :
Yang bercadang untuk ke hong kong kena baca ni. Kenapa perlu ke hong kong sepanjang bulan Jun - Ogos bukan bulan lain?
Haven’t been to Hong Kong during the summer yet? You’re missing out big time!

7 comments:

  1. Eh, ya ke ni? Akak ni penggemar kek kat SR nilah! Habislah macam ni. Kena boikotlah jangan bagi kaki termasuk ke dalam kedai ni lagi. Nak kena pi ronda cari kedai kek lainlah nampaknya....

    ReplyDelete
  2. gamaknya lepas ni kena buat kek sendiri mcm menteri punya cadangan..hihihi

    ReplyDelete
  3. tak kisah pun aku tak makan kat kedai mahal2 ni ... tak mampu .. kah kah kah

    ReplyDelete
  4. tu la kan...hurmmmm mmg kene cari kek homemade lagi sedap...

    ReplyDelete
  5. Tak pernah merasa makanan dari SR even ada kat kota tinggi..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!