SUSHI KING TIADA DALAM DIREKTORI HALAL JAKIM

31.5.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

Aku ni antara penggemar sushi tapi aku bukan tiap2 minggu pun makan sushi apatah lagi makan kat sushi king. Tapi pernah la termakan 2 kali kat situ. Antara tempat mahal makan sushi jugak la. Selalu beli jer sushi kat tesco tu pun dah lama tak beli. Tup tup timbu isu Sushi king tak pernah apply sijil halal & hari ni terbaca kat satu blog katanya Sushi King di sahkan tidak halal oleh JAKIM.

Oh my Malaysia apsal la premis2 yang tiada kelulusan halal ni sering di kelirukan. Memang kebanyakkan pekerja sushi king terdiri daripada orang melayu beragama Islam. Cawangan Sushi King yang pernah aku makan pun semua tengok budak2 melayu yang kerja kita pun tak terfikir la benda tu tak pernah apply sijil halal JAKIM. Tak tau takde status halal tu sebab tak pernah apply sijil halal atau halal dari segi bahan/ramuan yang di gunakan. Hope sekadar tak pernah apply sijil halal bukan tidak halal dari ramuan/bahan di gunakan.


Aku check jugak sendiri kat directori halal JAKIM memang takde tersenarai Sushi King. So, bila kita dah tahu tak payah la makan. Kita tak tahu bahan/ramuan yang di gunakan samada halal atau tidak.. Standard halal adakah di patuhi. Tak mati kot tak makan sushi kat sushi king. Selama hidup dok makan nasi ok jer... hahahaha. Korang nak semak status halal apa2 restoran atau premis perniagaan boleh semak kat sini Directori Halal JAKIM



Moral of the story.. Gamaknya lepas ni sebelum cuba restoran berjenama besar macam ni kena search dulu kat directori Halal JAKIM la.. takut termakan kat tempat tak halal melopong je lepas dah kenyang. Ke perlu bawa bekal kalau nak keluar jenjalan, shopping bagai hahahaha


Yang menarik
Adakah anda seorang ibu? adakah anda tahu 10 resepi cinta ni? Nak tahu apa resepi cinta seorang ibu yang menjadi pengikat kasih sayang meh tengok kat sini
10 Resepi Cinta Yang Aku Dapat Daripada Ibu Tersayang

3 comments:

  1. Sushi memang favourite saya juga.. Tapi kebanyakan kedai sushi memang takde sijil halal. Sebab ada beberapa ish dia campur dengan alkohol. Pernah tu pegi kat mana tak ingat... Nak order satu dish ni.. Staff dia kata ada campur alkohol ..

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan sushi,tapi memang teringin. Dah tau macam ni,tak jadi teringin dah..

    ReplyDelete
  3. Kesian kat HD. Baru katanya nak cuba makan kat Sushi King sorang-sorang sebab bini tak mahu bagi sokongan moral untuk pergi makan sushi anak beranak tetiba takda sijil halal. Nasib baik belum cuba. Kenalah beritahu kat suami tercinta lupakan ajelah tentang Sushi King ni. Marilah kita buat sushi di rumah. Erk... tak, tak, tak... makanan Melayu pun malas nak masak inikan pulak nak buat makanan Jepun. Kita beli kat tempat lain jerklah senang cerita!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!