MUKA MERIAH DENGAN JERAWAT BOLEH CUBA HOOLA WATER CREAM

7/01/2020 03:01:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

MUKA MERIAH DENGAN JERAWAT BOLEH CUBA HOOLA WATER CREAM. Rasanya lama sangat tak tulis pasal skincare kan? Tak buat artikel pasal skincare tak bermakna tak guna apa apa skincare. gila apa tak guna skincare. mau berdaki la muka.. ye dak? nak nak jenis suka makeup memang skincare benda wajib kena guna. Selain memastikan kulit bersih.. Skincare ni bertujuan merawat masalah kulit atau mengekalkan kesihatan kulit.

Jadi.. di sebabkan dah lama tak cerita ceriti pasal skincare ni.. jadi meh la kita membawang sepatah dua kata pasal satu local skincare ni. Almaklum la saya kan ada sejarah hitam dengan local skincare. tapi kerana sejarah hitam tu saya rasa bagai di beri satu hidayah untuk terus menulis awareness pasal produk ni. tak ada satu pun perkara yang sia sia. Allah menguji kita semua dalam kadar kemampuan kita. kadang kadang hikmah tu datang bersama Ujian yang berat.

Even ada sejarah hitam dengan local skincare.. Saya tak berdendam atau bermusuh dengan local skincare yang bagus, selamat & berkualiti. Sebagai bukti saya masih guna local skincare yer.. Macam Hoola water cream. Ni local skincare je. Bukan drugstore punya. di pasarkan secara online juga. kalau ada follow aktivis produk yang lantang macam naga si Khairul Yoi mesti perasan yoi pernah review product ni antara local product yang selamat & ada positif feedback juga dari dia selepas menggunakannya.


Sebab ada positive reviews dari Khairul Yoi.. Den pun try juga la kan. Betul ke tidak bagus?

Sedikit pengenalan Hoola water cream ni.. Seperti namanya bertestur watery yang cepat meresap ke dalam kulit. Hoola water cream ni adalah mositurizer (pelelembab) untuk mereka yang hadapi masalah kulit berminyak & berjerawat so dapat membantu masalah yang di hadapi sambil mengekalkan kelembaban kulit.

So far seminggu pertama pakai tu tak la nampak kesan drastik sangat. sekurang kurangnya kena try 2 minggu untuk dapatkan kesan. Tu pun tak la terus gebu gebas, licin macam mar mar & putih macam snow white yer. Ni bukan produk pemutih yer. Hoola water cream ni apa yang saya tahu & dari pengalaman saya guna lebih sesuai di gunakan untuk mereka yang ada masalah jerawat & kulit berminyak. Normally sinonim orang yang ada masalah jerawat akan combo dengan kulit berminyak. Macam saya kalau kulit jadi berminyak.. hang tunggu sat. Satgi kawan dia Miss J (Jerawat) tu pun nak bertandang sama la kat kat muka cheq ni.

Ni hasil selepas 2 - 3 minggu guna hoola water cream. Dia tak drastik gebu gebas yer. Kena consistent 

Apa yang best produk ni testur cream dia yang sangat ringan & tak terasa seperti krim pun. Bila kita apply dia tak meninggalkan kesan. Sesetengah cream muka tu kalau kita pakai dia akan rasa macam creamy kat muka. Hoola water cream ni dia kita sapu terus meresap dalam kulit so tak meninggalkan kesan yang tak selesa, melekit & sebagainya. Di sebabkan sifat dia macam tu.. so takde masalah nak pakai waktu bila pun. Siang ke malam ke.. Suka hati kau la Melah. kau rajin nak menempek cream tu masa bila.. kau tempek je. Tapi paling terbaik guna pagi & malam la. Untuk dapatkan kesan yang positif. Kalau malas.. lambat sikit la nak nampak kesan tu.

saya try masa muka yang tengah kusam & sedikit berjerawat so far nampak la kesan positif tu. Lepas tu mula on off pakai sebab kesibukan urus hal rumahtangga nak nak lagi sekarang ada baby tengah nak membesar ni. Kadang kadang cuci muka time mandi je tau. Tapi jangan risau Hoola water cream ni kalau kita tinggalkan pun takkan bagi kesan breakout pada muka sebab ia bebas bahan terlarang seperti merkuri, hydroquinone & sebagainya. Kena bagitau juga sebab sesetengah orang dia paranoid sikit dengan local product ni. tak salahkan depa la.. Lambakan local brand yang beracun di pasaran memang la orang jadi takut nak cuba walaupun masih ada local produk yang bagus & selamat.

Kesan penggunaan mungkin berbeza setiap orang bergantung pada masalah & jenis kulit tapi macam saya yang mempunyai kulit sensitif.. kadang kadang berjerawat. Masalah kulit kombinasi.. Adakala kering adakala berminyak. kalau rajin berskincare tu kulit elok la sikit so bila guna hoola water cream ni dia mengatasi masalah kulit yang saya ada seperti kusam, berjerawat, berminyak & masalah pori besar.

Untuk pengetahuan hangpa semua produk ni di analisa di Bio Synergy Laboratiries di mana makmal tersebut memang mendapat kelulusan dari KKM. Insya Allah memenuhi piawaian dari National Pharmaceutical regulatory Agency (NPRA). So boleh gunakan tanpa was was. Tapi kena ingat produk yang selamat pun bergantung kepada penerimaan kulit juga. so hangpa kenalpasti masalah kulit, jenis kulit & keperluan kulit sebelum mencuba sesuatu produk. Tak semua produk sesuai dengan semua jenis kulit & manusia.


Antara kandungan bahan yang terdapat dalam produk Hoola Water Cream ni

➤ Lemon extract
➤ Calendula extract
➤ Fermented yeast
➤ aprikot kernel oil
➤ Hyaluronic acid


Sebab dia tidak di datangkan dalam bentuk set yang biasanya kalau set ada cleanser, toner, serum, cream & sebagainya mesti ramai nak tahu samada produk ni boleh tak mix guna dengan produk jenama lain. Pengamalan saya sendiri yang cleanser saya brand lain, untuk double cleansing pun saya guna micellair water yang brand tak sama dengan cleanser, toner, serum bagai semua brand berlainan campur dengan penggunaan hoola water cream ni so far takde masalah apa apa. Yang penting semua produk kita guna untuk memang bersesuaian dengan masalah & keperluan kulit kita.

yang penting produk ni berdaftar & mendapat notifikasi (NOT KKM) dari kementerian kesihatan Malaysia & dah melalui analisa makmal (Labtest). Selain tu Hoola water cream juga melalui RnD selama 1 tahun 7 bulan oleh microbiologist bertauliah bagi memastikan produk selamat di gunakan sebelum di pasarkan.


Untuk makluman produk Hoola water belum lagi masuk pasaran farmasi masih di jual secara online. kalau nak dapatkan produk ni boleh dapat melalui agent agent & seller Hoola water cream atau boleh hubungi :


No tel : 01116966357 


Facebook : norafidah salleh 

Instagram : watercreamhq 

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com