ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA

8/23/2020 02:59:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

ANAK MUA BELLA DI KECAM KERANA BERMATA HAZEL.. JOM KETAHUI PUNCA WARNA ANAK MATA JADI BERBEZA. Rasanya ramai yang kenal dengan makeup artist (MUA) Bella ni. Selalu buat live tutorial makeup dengan loghat utara dia yang pekat. Selain pandai bercoleteh & dapat bercakap berjam jam tanpa henti & kering idea.. Makeup makeup dari bella ni tak di nafikan semua cantik. Buat la look apapun menjadi saja. Di tambah dengan sifat dia yang peramah & low profile tu bertambah la populariti dia di media sosial.

Baru baru ni Bella berkongsi kebahagian selepas melahirkan anak yang berapa tak pasti. Tapi Kira newborn dari bella la. Alhamdulillah Bella dapat baby boy yang putih gebu & bermata hazel (mengikut dari pandangan mata den nampak macam hazel. Kalau salah mohon betulkan. Apapun warna mata dia memang nampak cantik, unik & berbeza dari ibu ayah & adik beradik dia la). Walaupun mungkin jadi satu keunikan sebab maybe bella dengan suami bukan la memiliki warna mata seperti tu. Dah putih & bermata hazel macam macam la orang komen. Macam anak turki la.. anak mat saleh dan sebagainya. Apapun Indah ciptaan Allah tak kira apapun warna mata atau warna kulit.

Bila page page & blog blog hiburan mula memviralkan baby boy Bella ni biasa la.. Akan ramai netizen yang berkomen. Yang tak sedapnya bila baca Bella meluahkan rasa sedikit terkilan & kecewa bila mana ada pengomen yang mengecam baby boy dia kerana berkulit putih & bermata hazel. Antara luahan bella boleh baca pada screenshoot kat bawah


Mungkin ini juga punca sesetengah selebriti atau public figure di media sosial tak mahu mendedahkan wajah anak anak mereka. Yelah.. serba salah. Comel salah.. Tak comel pun jadi salah. Serba tak kena pulak. Yang mungkin dari awal terfikir perkara tu & tidak tahan dengan kecaman maybe menjadikan wajah baby mereka privacy buat seketika waktu. Bagi yang macam kita ni excited nak share kegembiraan dapat baby.. Mungkin tak terfikir akan terima kecaman. Tapi bila di kecam mesti la sedih. baby kot hangpa nak kecam sangat pasaipa. Semua baby lahir comel, indah & cantik.

Tapi bagus juga bila jadi isu isu macam ni at least something kita boleh belajar. Kenapa boleh berlaku perubahan warna kulit atau anak mata kepada bayi walau tidak di warisi dari mana mana ibu bapanya. Kebetulan ada share status bella tu.. Bertuah kerana ada seorang kawan di facebook membangkitkan isu pasal mutasi gen. So tanpa berlengah.. den yang nak sangat tahu kenapa berlaku mutasi genetik ni pi la mengaji sat dengan google. fakta macam ni Insya Allah boleh lagi cari kat google.

Apa yang saya baca secara ringkas & senang faham bagi kita yang sekolah tak berapa tinggi. Paling tinggi pun bangunan 3 tingkat katanya.. Mutasi genetik ni berlaku mungkin kerana pengaruh bahan kimia beracun & sinaran radioaktif. Boleh rujuk di sini : Mutasi

Kerosakan genetik juga boleh menyebabkan warna anak mata tu jadi berbeza. Mutasi genetik ini di kenali sebagai Heterochromania iridum. Bukan setakat anak mata berbeza.. mungkin juga berlaku pada rambut & kulit. Mutasi genetik ni bergantung kepada pengeluaran, penghantaran & kepekatan melanin (pigmen).

Ataupun ocular albisnisma dimana memberi kesan terutama kepada anak mata. Mutasi gen ni mengurangkan warna (pigmentasi) kepada warna di bahagian anak iris, dimana ia adalah bahagian mata yang berwarna (anak mata) dan retina di mana tisu sensitif cahaya di belakang mata. Harus di ingat pigmentasi ni penting tau untuk menghasilkan penglihatan yang normal. Tapi bagi yang suka pakai contact lens ni mesti suka kalau mengalami mutasi genetik Ocular Albisnisma kan? Boleh dapat warna anak mata yang berwarna. Maksudnya selain dari hitam tanpa perlu genetik dari keluarga yang mempunyai warna mata macam tu. kekekekekeke

Untuk info lanjut korang boleh baca di sini : 6 Mutasi genetik Yang menjadikan manusia tersangat Unik

Dia lebih kurang macam orang ada lesung pipit la.. kecacatan yang comel katanya. Lesung pipit pun salah satu kecacatan genetik jugak ok. Lesung pipit terjadi disebabkan oleh otot wajah yang dinamakan Zygomaticus Major terbelah dua. Ia menyebabkan otot wajah lebih pendek daripada biasa. Kesannya, apabila bercakap, senyum atau membuka mulut, kulit wajah akan tertarik dan membentuk lekukan pada pipi.

Apapun.. cantik atau tak sesuatu kecacatan tu.. jaga kesihatan ketika mengandung. jauhi produk beracun atau produk produk yang mungkin memberi risiko kepada kandungan anda tak kira la risiko kecacatan atau kematian. Ikut arahan doktor yang merawat & memeriksa anda sepanjang kehamilan. Jangan skip pemeriksaan bulanan semasa hamil. Insya Allah.. kita berusaha menjaga kandungan kita, Allah mudahkan segalanya.. Yang penting dah jaga sepanjang kehamilan.. masa nak melahirkan pilihlah kelahiran yang selamat di temani petugas/bidan/doktor bertauliah untuk elakan sebarang kejadian yang tak di ingini. Pesan khdimat masyarakat ini di taja oleh lekatlekit.com. Peace!

P/S : tapi saya tak cakap anak bella mengalami kecacatan genetik ke apa yer.. Cuma berkongsi apa yang berkemungkinan menyebabkan anak mata jadi berbeza & berwarna. Boleh jadi bukan sebab mutasi gen.. Tapi semua kuasa Allah. Apapun setiap kejadian tu pasti ada punca & sebab. Allah takkan menjadikan sesuatu tanpa sebab & penjelasan. Sebab tu ilmu Allah ni maha luas. Cari gali dari sumber yang benar, Insya Allah kita dapat ilmu yang bermanafaat.

3 comments:

  1. Cantik mata dia, rezeki dapat mata cantik :)

    ReplyDelete
  2. comel2 no anak dia rupanya..
    Netizen ni memang semua benda depa perhati. Pelik..
    Macam tak dak kerja apa nak buat..

    Eh..awat blog ni dah tak dak adsense?
    Tak pakai ka? nampak ada nuffnang ja ,

    ReplyDelete
  3. baby pun netizen nak kecam..sabo je la..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com