AKU DI SYAKI MENCURI

2/26/2011 03:10:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Muka pencuri ker?? Tapi kan pencuri ada muka - muka khas ker yang boleh di kesan?? Tak jugak kan?? Tapi mencurigakan sangat ke gerak geri Sang Lekit ni sampai di spy macam tu skali. Apa kes ni?? Ni nak cerita la ni.. Alkisahnya petang semalam..

Alang - alang kepalang taualang kan dah turun buang sampah.. Tetiba terasa la nak makan buah jambu. Tetiba jer.. Padahal sebelum ni aku bukan gemar sangat buah2 camtu. Maybe ni la di katakan mengidam. Turunkan la jugak. Pergi la menapak ke mini market di blok D. Setakat cashier2 kat situ memang dah cukup familiar dengan muka aku. Dah dekat 5 tahun dok tengok muka ni pergi membeli belah kat sana takkan la tak kenal.

Masuk jer mini market tu.. terus meluru kat tempat buah. Malangnya hanya tinggal buah limau jer tergolek2 tapi hati ni tak sikit pun tergoda. Dalam peti sejuk umah aku pun melambak aku tak sentuh. Tak puas hati.. aku terpacak lama jugak usya - usya kot2 salah pandang ada la terselit kat memana buah jambu tu sambil tangan ni seluk la dalam poket sweater (semalam hujan then pakai la sweater). Tetiba datang sorang minah ni muka ala2 myamar jer.. Konon2 susun air kotak yang memang sejak tadi aku tengok dah tersusun rapi sambil usya aku macam aku ni salah jer. Jeling - jeling hujung mata.

Dari pandangan dan raut muka mymar dia yang tak bapa aku gemar tu pun aku tau dia curiga dengan aku. Memang tak puas hati la.. Dok pandang - pandang macam aku nak mencuri. Paling - paling ko tanya la aku cari apa. Ni tak dok tercangak kat situ sambil pura - pura susun air kotak sambil pandang aku macam muka aku ni muka pencuri. Aku ambil air kotak dalam peti sejuk.. Then aku sound.. Kau fikir aku nak mencuri ker?? Dia tak membalas tapi membontot aku sampai ke kaunter cashier. Kat cashier tu ada anak tokei dia jaga.. dia dah familiar dengan aku. Takde la dia nak syak aku mencuri. Lagipun kat situ cctv bersepah.

Moral of the story... Kalaupun ko rasa customer tu macam something & ko memang tak kenal ko jangan simply2 nak pandang orang macam tu. Guna la kaedah mesra alam sikit. Pura - pura tanya barang yang dia cari kalaupun ko nampak dia lama tercongok kat satu tempat tu. Maybe customer tu perlukan bantuan. Jangan nak pandang dengan raut wajah syak wasangka. Boleh mengundang kemarahan orang tau! Apa kau fikir selama aku hidup ni aku makan hasil curi ker?? Takde pendidikan moral punya orang!

5 comments:

  1. trueee sangat! apa ko ingat rakyat malaysia ni jahat sangat ke? hmmm tpi mmenag ada yang sanagt jahat dan berperikemanusiaan kan...

    ReplyDelete
  2. betul2..nk curi bukn dpt ape pn kn..tmbah dose je..baik xyh..org cam2 skang ni.ish2

    ReplyDelete
  3. i kan cik lekit lagi sakit hati tau.cmni story die.i dgn mmbr pegi la kl sentral ntah die mengidam benao nk mkn mcd so i pun teman la lapas habis makan kitorg jln2 la cuci mata bosan gak kalau terperap je dlm bilik.lps tu i ajk die tgk cincin sliver just nk tgk je bkn nk beli pn masa tgh duk belek2 klr plk tauke die tanya dengan nada tak puas hati, kuat kot die cakap "nak cari apa??!" 2 kali tu die tnya. mmbr i just ckp nk tgk jap.lps tu die ulang soalan yg sama.gggrr..sakit hati betul.nasib baik tahap kesabaran ni kuat lagi kalau tak nak je sound direct kat situ.lps tu kitorang blah.aim je cina tu..

    ReplyDelete
  4. kan tk suka cashier mcm tu rimas lah..kalo akk terus blah hee

    ReplyDelete
  5. len kali cik lekit kene pakai vouge2 taw. baru kelessss. klu kene suspek gak, bagi kaki je kt org tu. hakhak ;D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com