BAHAGIAKAH HIDUP DI BENCI??

2/08/2011 03:47:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

statement beliau dulu.. " Walau orang tak suka aku pun.. rezeki aku tetap bertambah. Apa aku kisah!" Rezeki duit melimpah ruah tapi hidup penuh sumpah seranah, caci maki dari orang lain. Bahagia ker kau?? Atau ko cuma memujuk hati dengan statement rezeki tu.

Alkisahnya.. Pagi2 lagi dapat call dari sorang akak.. Kawan opis lama aku dulu. Dia nak cari something.. tapi aku takde something tu katanya dia geram & nak balas dendam lebih kurang gitu la kat sorang minah ni. So terlanjur dia dah cakap macam tu.. Aku pun mainkan peranan la jadi mamaraziah kejab tanya apa kes??

Katanya pompuan ni (senior aku kat opis lama dulu).. Dok canang pasal dia walhal akak ni dah pun resign. Dok kutuk akak ni janda.. Perangai tak elok bagai. Skandal dengan laki orang.. lebih kurang camtu la.. (walau panjang lagi ceritanya). Tak terkejut pun aku dengar sebab pompuan tu masa aku resign dulu pun dia canang cerita aku jugak. Katanya aku kena terminate sebab ada masalah rumahtangga. Tak tau la dari mana dia dapat cerita tu.. Yang pasti aku tak pernah lak share kisah rumahtangga atau apa2 kisah peribadi aku kat sapa - sapa pun di opis. Aku resign bukan kena terminate sebab company tu tak jaga kebajikan aku sebagai pekerja. Setahun lebih kerja caruman kwsp pun takde.. Gaji ko jangan berangan la nak naik. Then takde untung aku setia pun. Aku amik keputusan berhenti pun selepas company tu berpindah.. Jauh dari rumah, pastu pagi2 nak hadap jam. Kalau dulu opis depan umah boleh jogging jer.. So takpe la aku nak bertahan. Macam - macam la.. dia canang pasal aku kat HQ.. katanya aku malas buat keja.. asyik online. Bab malas buat keja aku memang tak setuju sebab keja aku sentiasa siap.. Tapi selalu online sebab salah dia. Kedekut ilmu. Dia takkan ajar aku buat kerja dia. Sebabnya dia jenis jaga kepentingan dia.. Kalau ada orang boleh cover kerja dia,  dia akan rasa tergugat. So, dia lebih rela tak rehat dari bagi aku separuh kerja dia tu. Aku sedar just aku bukan jenis kaki gaduh. Aku lebih suka diam & lihat. Alang2 orang atasan call aku masa tu buat siasatan (walau aku dah resign) aku cerita la hal sebenar. Takkan nak mengangguk jer orang cuba jatuhkan kita. Tak kira la aku dah resign sekalipun. Tak tau la pastu apa jadi aku pun tak amik pot lagi

Berbalik kisah akak opismate lama aku ni.. Dia kata si pompuan tu dok hina sangat janda.. so dia nak bongkarkan la perangai pompuan ni kat laki pompuan ni. kata akak ni.. Biar dia rasa lak macam mana jadi janda. Pompuan ni pun bukan baik mana.. Ada laki tapi kat opis skandal dengan laki orang lagi tapi bab nak mengata orang macam dia tu suci murni. Lagi baik la janda skandal dengan laki orang. Koman2 dah tau dorang takde laki.. Dari bini orang dok mengatal dengan laki orang, kan??

Aku tak pelik kalau hampir 90% orang kat opis tu tak suka or menyumpah dia macam - macam. Perangai dia yang biadap, suka cakap tak senonoh tak kira dengan orang yang lagi tua sekalipun.. sombong.. ego.. & berlagak tu. Entah macam mana dia hidup.. dari hari 1st day aku kerja.. aku dah dengar orang mengumpat, maki hamun & menyumpah dia macam - macam. Bahagia ke dia?? Sampai saat ni pun aku percaya, dia still hidup dalam sumpah seranah orang hari2. Takde 1 hari pun aku rasa dia tak di sumpah seranah. Memang dari segi kewangan dia memang murah rezeki tak di nafikan tapi dari segi zuriat.. dia takde. Selalu orang akan sebut2 pasal anak kalau sakit hati dengan dia. Ayat biasa yang selalu aku dengar "Tu sebab dia takde anak.. Orang asyik sumpah jer tiap hari. Sampai mati la tak beranak!"

Bukan la aku nak membuka aib sesapa.. Tapi untuk kita renungkan bersama - sama. Kalau hidup ni di benci orang, bahagia ker?? Hari2 orang mendoakan kecelakaan buat kita.. Jangan tunding salah orang dulu. Kalau macam perangai dia.. takde orang pun akan suka even aku sendiri pun menyampah walau aku tak pernah bergaduh dengan dia sepanjang aku kerja dulu sebab aku lebih suka dengar & diam. Aku dengar dari semua pihak termasuk dia. Aku lihat semua benda & aku nilai. Takde ruang untuk buat orang sukakan dia. Perangai dia totaly cukup lengkap untuk di benci. Hope dia berubah la... Kalau tak sampai bila2 dia akan jadi kera sumbang yang takkan ada kawan.

6 comments:

  1. lidah manusia lebih tajam dari pisau..hehe..

    ReplyDelete
  2. macam2...kerana mulut badan binasa..

    www.jarijemariemas.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. dari dulu sampai sekarang tak berubah2 . org makin maju , ni ramai pulak yg makin mundur . asyik dok ngata org je . buat dosa free . huu

    ReplyDelete
  4. kenapa dia tu secure sgt ? mcm dia tu maksum sgt tahap nabi, cantik sgt ke dia? geram lak kat dia tu, cam nak lanyak jer, grrrr.... sabau ye puan

    ReplyDelete
  5. kenapa dia tu secure sgt ? mcm dia tu maksum sgt tahap nabi, cantik sgt ke dia? geram lak kat dia tu, cam nak lanyak jer, grrrr.... sabau ye puan

    ReplyDelete
  6. pjngye bebelan abby..hmm..
    bca kisah abby ni buat cma sedih~
    x baik ketupat & maruku org..baik org lain mahupun diri kita..
    ksian kak kwn abby tu..kalo dah sampai maruah pun dipijak2..better jumpa lah sipolan tu..face to face.."women bisnes katenye"

    "bahagiakah hidup dibenci?"
    no komeng~~:p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com