DALAM TUDUNG PUN DIA NAMPAK

12.2.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Apa yang nampak tu?? Dalam tudung tu ada apa?? ni bukan kes dalam tudung saji or tudung botol bagai.. Ni tudung kepala. Nak cerita pasal sorang makcik ni kena ragut..

Menurut makcik ni kira - kira jam 9.30 pagi dia sibuk la dok bersih halaman rumah dia sambil alih2 pasu bunga then datang sorang mamat dalam lingkungan 30an.. menerpa kepada dia kemudian mengcengkam leher dia then meragut dengan ganasnya rantai leher dia yang berharga lebih kurang RM20K tu.. Bukan RM20.00 yer... RM20k tau!

Bagi mempertahankan harta dia.. Makcik ni sempat gigit tangan peragut tu tapi malangnya peragut tu berjaya juga meragut rantai leher dia. Makcik ni pakai tudung ke skart jer ni. Macam mana pulak si peragut tu boleh nampak rantai leher dia tu. Maybe rantai dia panjang & besar kot melepasi tudung yang di pakai.

Risau pulak.. Kejadian ni bukan jer berlaku kat bandar - bandar malah sekarang ni kat kampung pun berlaku juga kes ragut even dalam kawasan rumah sendiri. Kat kampung aku pun dah 2 3 kes. Demi keselamatan better la makcik2 & mak - mak kat sana tu jangan la dedahkan sangat barang kemas ala - ala mami jarum. Bukan apa.. Barang kemas mungkin harta yang boleh di cari ganti tapi nyawa & keselamatan tu mana ada sparepart. Nak - nak lagi kudrat makcik2 ni bukan la seberapa sangat nak lawan peragut camtu. kan??

Rujukan (Harian Metro) : Gigit peragut

4 comments:

  1. http://natasha1987.blogspot.com/2011/02/contest-5-5-5-oleh-deqdeq_12.html

    ReplyDelete
  2. mesti rantai macik nih ala2 datin yg labuh2 tue...
    hmm...
    dok rumah je..
    xyah kot pkai rantai 2ok tue...
    hmm~

    ReplyDelete
  3. macam musim pulak ragut meragut ni kan?

    ReplyDelete
  4. mak ai. . cian nyer. . manusia manusia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!