DARAH TAK NAK KELUAR PULA

10.2.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Akhirnya dalam takut - takut Sang Lekit pergi juga klinik. Nasib baik nurse tu sangat baik.. Lekit minta dia letak ubat kebas sebelum suntik. Dia pun buat sambil bagi kata - kata semangat. Tapi apsal lain macam je cara dia amik darah ni??

Aritu Lekit tengok dorang akan sedut darah guna jarum injection tu tapi Lekit dia suntuk pastu dia bagi botol untuk tadah darah yang keluar. Tapi malang setitik dua jer darah yang keluar dari lengan. Sabar tunggu juga botol tu penuh. Lepas tu darah dah tak nak keluar pula. Datang dorang nurse lagi suntik kat ibu jari suruh tadah lagi darah yang keluar. Tetap darah keluar setitik dua pastu tak nak keluar dah. Lekit sabar tunggu juga.

Tak sakit pula kena suntik... Kekekekekekekekekeke.. Lepas tu tiba - tiba ada warga afrika yang tiba - tiba datang bawak senjata, jadi kacau bilau. Abis semua orang lari. Polis datang nak tangkap. Jadi adengan tembak menembak lak.. Apa kes ni??

Rupanya mimpi lagi... Aduhai! Maybe terlalu fikirkan nak amik ujian darah tu kot sampai terbawak2 dalam mimpi walhal belum lagi pergi buat appointment baru. Kerisauan makin berganda dah ni. Nak pergi pun risau, tak pergi lagi la risau. Ingat hari ni nak call klinik buat appointment baru.. Kena juga kuatkan semangat. Kalau tak hidup aku asyik di selebungi kerisauan jer. Hadap jer... Orang lain ok jer. Tak mati pun. Yang aku takut sangat pehal!

So, hari ni dengan tekad.. Kejab lagi kena call klinik buat appointment baru. Lepas tu tak boleh lari - lari lagi. Kalau tak sampai bila pun tak settle. Kenapalah aku jadi sepenakut ni yer...

10 comments:

  1. ishhh hang ni lekit...saspen ja...

    ReplyDelete
  2. haha! patutlah pelik jek cara amek darah tu..mimpi upenye~ :D

    ReplyDelete
  3. amboi2 ... suke suspen kan org ye, yeeayyyyyy

    ReplyDelete
  4. lekit penakut? dari gaya penulisan mcm berani jek...

    ReplyDelete
  5. stp org ada kelemahan dia.. walau saya tak takut tggl sorang2 sblm kawen.. tp kelemahan sy jarum suntikan sejak kecik lagi. kekekekekekeke

    ReplyDelete
  6. cikgetah pon takut jarum...klu kna suntik jek mst demam....ngada2 kn

    ReplyDelete
  7. hai salam kenal lekit... penakut ker? hehhee.. i pun takut jarummm!

    ReplyDelete
  8. adehh...abby..abby...sampai mimpi2...
    kekekeke..samelah ngan kwn cma takut ngan jarum..

    ReplyDelete
  9. fobia sangat ni sampai termimpi2.. heheheh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!