DOSA KUBUR DI HIAS DENGAN MARMAR

17.2.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

 Kalau kita menziarah kubur tak pelik lagi kalau ada kubur yang di pagar, di simen & di cantikkan dengan marmar. Tak tau la apa tujuan keluarga si mati berbuat demikian. Tapi Lekit percaya tak ramai yang tahu apa hukum berbuat demikian?? Kalau tahu takkan masih ada yang buat.. Hasil rujukan Harian Metro dalam ruangan Anda Musykil Dr Mashitah Jawab harap dapat memberi pengetahuan & pengajaran kepada kita semua agar tidak melakukan perkara tersebut.

Menghias kubur dengan membina binaan daripada marmar adalah bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW. Mereka yang berbuat demikian sedikit pun tidak dapat membantu mayat di dalamnya, bahkan mendatangkan dosa dengan membuat perkara bidaah seperti ini. 

Biar la ia bernisan sahaja sebagai tanda bersemadinya insan tersayang di situ. Menghiasi kubur dengan marmar bukan bukti yang kasih sayang kita kepada mereka yang telah pulang kepangkuan Ilahi.. Ada perkara yang lebih afdal untuk kita tunjukkan kasih sayang kita kepada mereka yang telah tiada.

Rujukan (Harian Metro) : Kubur dihias marmar

13 comments:

  1. akak selalu dgr gitu..tp ramai org buat kan..tingat pusara ayah akak..bina tembok simen je bg elak hakisan pasir tunisan pun pki btu sungai je tak de tempah2 letak nama..yang penting sedekahkan fatihah dn doa kita pd mereka

    ReplyDelete
  2. benda ni dr kecik lagi ayah aku bgtau . tp orang skang ramai yg tak tau .

    ReplyDelete
  3. o.. x tau pon sebelum ni.. thanx for da info

    Jom Hayati
    Dari Jamban Bermula Segala

    ReplyDelete
  4. hmm.. ak x setuju benda nih dianggap bid'ah sebab jika di letak batu nisan sahaja, macam2 boleh berlaku pada batu nisan tersebut sehingga ada satu ketika batu nisan tuh dibawa lari ketika banjir dsb.. Jadi ak rasa orang2 yg "hias" nih bg memudahkan diorang mengingati dan membezakan kubur tersebut dengan deretan kubur yg lain..

    malah batu nisan pon ada pelbagai jenis, kalo yg kecik nyer sampai ada yg x perasan lalu terpijak.. ada juga kes sebegitu.. tu yang ada yg bubuh pagar kot~

    sekadar pendapat peribadi

    ReplyDelete
  5. betul!! setuju, dah lama dakwah ngan debat pasal hal ni... tapi ramai org yg tak paham... melenting2... dosa bina binaan kat kubur!

    ReplyDelete
  6. ada jugak akak dgr tapi itu perlu diperincikan sbb marmar tuu ada banyak jenis .... yg selalu akak lihat bila melawat pusara , kebanyakannya bukan meletakkan marmar yang mewah @ berkilat tapi batu @ simen yg biasa2 supaya kubur tidak terhakis @ tidak hilang kesan .. kerana ada diantara tanah perkuburan mudah terhakis dan terbenam tanahnya ..
    wallahualam .. :)

    ReplyDelete
  7. yup btol tu..arwah nenek sy pn ada pesan b4 dia meninggal jgn hias kubur dia..cukup la sekadar tanam pokok..tp kitorang letak la jugak batu² sg nk cover tanah atas tu..then letak kayu je keliling kubur..xnk bg tanah bersepah..=)

    ReplyDelete
  8. ohhhw tq for sharing. itulah kan kalau pergi kubur macam2 ada hiasan. sepatutnya majlis agama tetapkan jenis nesan yang boleh digunakan bg tidak menimbulkan rasa riak kan.. hmmm

    ReplyDelete
  9. lainlah kalau orang cina...
    kita orag Islam..sedekahkan Al-fatihah sangat memadai..tak baik menghiasi berlebihan...

    ReplyDelete
  10. uh hu..dah buat pop up window..he3,,baru besh nk komen..:p
    psl ni betul tu..haram hias kubur bersimen bagai..

    ReplyDelete
  11. em. memang dosa kan . Arwah kakak saye kuburnya tak dihias marmar. Moge Arwah bersemadi aman di sana :) Tq Sebab kongsi info :)

    ReplyDelete
  12. hurm..... mungkin takut nanti nak cari susah kot.

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum,
    bukan sahaja haram hukumnya menghiasi kubur,mendedahkan aurat juga hukumnya adalah haram..sedarkah kita? marilah kita sama2 membuat perubahan pada diri kerana pasti maut datang tanpa diundang, wasalam

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!