HARI NI JADI WONDERPETS

18.2.11 Suria Lekatlekit 1 Comments

Talipon berbunyi... Ada haiwan dalam kesusahan.. ada haiwan dalam kesusahan.. disana!


Bangun pagi jer... En Hubby cakap 7 ekor kerdil aku hilang. Aduhai.. check penjara dorang. Satu pintu tak lock dengan penyepit baju. 7 ekor banduan ni dah nakal... Apa lagi operasi memburu banduan yang lari dari penjara pun bermula dengan en hubby. 1st tempat yang aku cari dalam toilet dulu sebab pernah terjadi hamster aku yang lari keluar dari case jatuh dalam lubang paip air. Kadang - kadang aku lupa tutup lepas cuci toilet. Selalunya aku memang lupa tutup.

Ternyata ada sekor mangsa sedang menyelamatkan diri dari lemas... Apa lagi jerit ala2 pontianak harum sundal malam kat en hubby minta selamatkan yang ni dulu.. 6 lagi kejab lagi kita buru. Selepas operasi menyelamat berjaya... cuci lebih kurang masukkan balik dalam case, operasi memburu 6 lagi penjenayah kecik. Tempat kedua tak payah nak skodeng bilik stor dorang tak main tempat tu. Seharusnya bilik aku & bawah katil. Sebab aku tau dorang memang akan buat port haram kat situ. Ternyata betul!. Operasi menangkap sekor demi sekor. Tak susah sangat sebab kanak - kanak ni baru belajar lari dari case.

Tak sampai sejam semuany berjaya di berkas kembali. Lepas di berkas & di penjara aku pun bebel la depan sangkar dorang. Kena bagi pengajaran jugak. Yang hampir lemas tu aku takut2 kan dia lagi biar lepas ni dia tak berani nakal lagi.

Begitu rutin kalau membela tikus comel ni. Case kena lock dengan penyepit baju. Takat lock asal tu dorang gelakkan tuannya balik jer.. Semua case kena lock camtu. Kalau tak confirm la jenuh nak mencari satu umah. Selalunya sekor dua jer terlepas. Tapi bila satu case besar berisi 7 ekor banduan ni terbuka pintu maka ketujuh2 dorang amik kesempatan. Nasib baik lari setempat jer.. Kalau bertempat2 maka 1 hari keja aku asyik buru dorang je.

Memula dulu ingat kalau banyak sangat nak jual jer.. Tapi bila dah bela jadi sayang. Lagipun aku sejak kecik memang tak suka jual apatah lagi nak bagi pets aku kat orang. Buruk ke, comel ke, nakal ke, baik ke, malas ke... tetap aku sayang. So, aku decide nak jaga jer kesemuanya 12 ekor hamster aku tu. Alah, bukan tinggi sangat kos nak bela dorang. Lagipun tak susah. Bagi makan, cuci case.. tu jer. Time bosan2 boleh gak main2 dengan dorang.

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!