ISTERI HAMBA SUAMI

15.2.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Ni kisah blogwalking semalam.. Banyak betul blogger yang dok hitung hari nak jadi bini/laki orang. Moga apa di rancang termakbul & berjalan dengan baik & sempurna.

Macam - macam tips dorang share. Bagus untuk manafaat semua juga. Ni bukan entri menghentam tau just nak share pandangan & pendapat Sang Lekit jer. Memang la tajuk entri berdasarkan pembacaan aku kat salah satu entri blogger yang sedang mengira hari nak naik pelamin. So, dia share la macam mana nak jadi isteri yang menjadi syurga buat suami. Bagus sangat tapi part last statement dia lekit kurang la setuju bila dia kata ISTERI HAMBA SUAMI.

Aduhai.. sedihnya dengar. Takkan la para isteri di lahirkan untuk jadi hamba. Tak syok la camtu. Perkataan hamba tu macam terlalu di bawah tarafnya sedangkan isteri di sisi suami umpama anugerah yang harus di hargai. Sebagai seorang isteri lekit tak mahu letakkan diri lekit sebagai hamba namun lebih suka kalau di jadikan pendamping. Betul kita yang jaga makan minum & keperluan lain yang korang sedia maklum la.. Di samping suami pula mengambil tanggungjawab mencari rezeki. Tapi Isteri bukan untuk menjadi HAMBA.

Jika HAMBA maybe kehadiran kita boleh di tukar ganti bila - bila masa namun Anugerah adalah pemberian yang sangat istimewa untuk di sayangi dan di hargai. Anugerah bukan senang - senang boleh amik & buang, kan?? So, jika Para suami meletakkan isteri sebagai anugerah yang tak ternilai ddalam hidupnya maka dia takkan mensia - siakan anuegrah yang di perolehi.

Wahai para isteri & Bakal isteri... Jangan la anggap kita sebagai HAMBA. Kita juga ada kedudukkan istimewa sebagai isteri juga perempuan. Tidak serendah itu taraf kita di sisi suami. Kita mengabdikan hidup buat suami bukan kerana kita HAMBA setelah bergelar isteri tapi kita memikul amanah & tanggungjawab, kan??

Lagi sekali aku nak jelaskan.. Ini bukan entri menghentam just menyuarakan pandangan & pendapat peribadi jer. Kalau ada yang salah tanggapan pada entri ni terlebih dahulu sang Lekit mohon maaf yer.

11 comments:

  1. haah la. prkataan hamba tu mcm rendah sgt taraf je isteri di sisi suami. prktaan hamba tu jugak mcm menampkkan yang suami ni ley je buat ssuke ati pd isteri.

    ReplyDelete
  2. ishh.. ade ke cam tu... sape lah yang menjatuhkan martabat kaum wanita dengan statement tuh.. suami isteri saling berbagi.. a[e lak hamba.. ishhkk!

    ReplyDelete
  3. tak elok la cenggitu . kita para isteri bukan untuk di jadikan hamba tapi untuk di sayangi .

    ReplyDelete
  4. Sy berpegang pd kata2 ni..."behind a successful man is a great women"

    Lbh baik anggap diri kita sebg wanita yg hebat instead of hamba... ^_^

    ReplyDelete
  5. isteri itu adalah pendamping suami.. pelengkap hidup seorang lelaki.. bukan utk dijadikan hamba. tp kadang2 ada jugak lelaki tak guna yang jadikan isteri mereka hamba, sampai ada yg sanggup jual isteri.

    ReplyDelete
  6. kalau suami mempunyai ciri² mcm saidina Ali atau Rasul junjungan kita betty sanggup jadi hamba..tp mana ada lelaki sekarang mcm tu kan sbb diaorang insan biasa jer..banyak kelemahan..kalau kita lebey² buat diri cam hamba btul² kau jd hamba nanti..

    ReplyDelete
  7. Perkataan hamba tu tak sesuai lah..

    pmpm dijadikan daripada sebahagian tubuh lelaki.

    bukan daripada tulang kepala untuk menjadi pemerintah bagi sang suami.

    bukan daripada tulang kaki untuk menjadi hamba abdi sang suami.

    tetapi daripada tulang rusuk sebagai pendamping sang suami di kala susah dan senang..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!