KISAH SEORANG BAKAL IBU YANG TAKUT JARUM SUNTIKAN

2/02/2011 04:27:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Malu pun ada nak share.. Tapi mesti bagi orang lain agak kelakar tapi bagi aku satu fobia yang susah untuk aku hilangkan. Kisahnya pasal 1st appointment aku hari ni untuk check up. Memula ok jer.. Pegi amik nombor, buka buku rawatan tu then nurse panggil ambil tekanan darah, tinggi berat semua tetiba dia cakap pergi bilik nombor 6 ambil darah. Disitulah bermula segala - galanya.

Alkisahnya.. Hati dah berdebar.. Ambil darah mesti ada jarum. Tanya hubby ambil darah macam mana?? Memula dia cakap alah cuma ambil darah hujung jari. Lega la sikit. Tetiba masa menunggu turn bilik rawatan tu memang tak bertutup.. Maka aku intai la orang - orang tengah di ambil darah tu. Terus muka tukar kaler. Pucat jadinya. Duduk dah tak senang. Bukan macam HIV test masa nak kawen dulu.. Tapi ambil darah kena inject pastu press jarum injection tu untuk sedut darah. Orang lak ramai. Turn aku lak lambat lagi. Darah dah rasa semua turun kekaki. Badan sejuk terus. Hati berbelah bagi. Semangat memang tak kuat dah. Dok merengek la dekat hubby nak balik.. Yang si hubby memang kuat menyakat. Dia lagi takutkan aku.

Teringat masa hubby kena demam panas masa mula - mula kawen. Aku temankan dia ke hospital. Tengok practical nurse suntik lengan hubby sampai 3 kali.. Asyik salah. Last senior dia datang buat cuma sekali jer.. Pastu dah boleh masukkan air. Kat situ pun aku tengok dah seram. Tengok orang keluar masuk bawak botol darah yang di ambil. Kuku ni tak yah cakap rasa minggu ni tak potong la kot. Gigit sampai kontot dah. Belum sampai turn aku muka dah macam mayat. Hubby maybe kesian kot.. Dia ajak balik dulu. Apa lagi.. Takde nak fikir dah.. terus balik.

Nurse ada call.. aku cakap ada emergency nak tukar tarikh appointment.. Hubby cakap takpe nanti buat check up kat klinik swasta jer. Dah bangka pun fobia kat jarum suntik tu masih tak hilang. Dari sekolah rendah lagi.. Aku tak pernah dengan rela hati di suntik. Tiap kali kena ambil suntikkan kat sekolah sampai turn aku tak pernah lagi la aku tak kena kejar dengan nurse sampai bilik darjah. Aku mesti lari. Tu kisah dari darjah 1 hingga darjah 5. Darjah enam.. Aku malu nak lari tapi dekat nak pengsan juga la punya takut nak ambil suntikan BCG tu. Tingkatan 3 aku berjaya lari...  Tak dapat di kesan oleh nurse2 tu.

Entahlah.. risau sangat. Tetap kena kuatkan semangat juga berdepan dengan semua ni. Tapi At Least aku bersedia bukan macam tadi tak budget langsung nak kena ambil darah. Takpe.. Next time dah tahu.. Maybe tak lari kot.

Susah nak atasi fobia aku yang satu ni. Bukan dari sekarang je tapi dari kecik lagi. Memang aku seram tengok jarum suntikan tu. Takpe nanti buat check up untuk next appointment kena halau en hubby jauh2. Dia penyakat paling seram. Nak buat camna.. Aku pun suka sakat dia kalau ada peluang. Time balas dendam akan tiba juga... Tunggu yer en hubby!

6 comments:

  1. hahahhaa....cool la cik lekit oi..... rasanya paling sakit kalau kene tahan kat hospital lama-lama and tangan kene cucuk utk masukkan air. tu lagi naya. bnyk kali cucuk sampai lebam tangan dibuatnya. aduhai...... serius tak nak masuk hospital!

    ReplyDelete
  2. hehe~
    tak bole ngelat laa sis...
    penting nih....
    untuk baby kan...
    so...kene wat2 tak takut oky....
    tak pun meh myra cucuk kn...
    dah lame tak cucuk org nih...hehe~
    =p

    ReplyDelete
  3. hehehe... sakit wo... habis la ko ..

    ReplyDelete
  4. cuba tutup mata masa kena cucuk nnt..mungkin boleh ilang rasa takut..

    tp kan, amik darah sbrny x sakit..

    nnt bila kena cucuk untuk kancing gigi, itu baru sakit!! tgn pon rasa lenguh2 je dlm 2-3hari..

    Jom Lawat Blog Bardboo

    ReplyDelete
  5. same la kite. rina paling takut cek darah yg die tembak ujung jari kite tu. bikin tekejut + sakit ouw!

    ReplyDelete
  6. hehehehehehem,,,,,

    lek la yang,,,

    ckit jer tu,,,jgnnnnnn la tkot yang,,,

    tp bc n3 u yang lawak r,,,heheheh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com