MAIN SOROK - SOROK

10.2.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Kalau kat kampung Lekit dulu kitorang panggil main aci nyorok. Tak tau la dari mana datang perkataan aci tu, kan?? Atau lebih di kenali main sorok - sorok. Permainan ni dah tak popular sekarang.. Budak - budak skang suka mainan tak kuar peluh.

Yang membuatkan topik ni tetiba keluar adalah perangai hubby kita yang suka sangat main sorok - sorok. dari sebelum kawen lagi. Dulu kat opis... Suka sangat dia menyorok celah meja.. belakang orang.. Sampai member opis pun selalu tanya Lekit apsal la dengan Laki kau tu sue.. Takde jawapan nak bagi. Even dah kawen skang pun still sama perangai dia suka sangat menyembunyikan diri dalam umah. Pantang paling belakang sikit.. Mula la dia nak menyorok. Masa dia nak pegi keja tadi.. Sempat lagi menyorok tu sementara aku nak ambilkan dia stokin. Dah tau.. Belakang pintu bilik kosong. Wakakakakakaka... Kantoi. Takpun bawah meja solek atau dalam toilet. Penyakit laki aku yang suka menyorok ni tak dapat nak di sembuhkan lagi.

Bila dia menyorok tetiba la keluar kisah silam masa kanak - kanak bila main sorok - sorok ni. Aku cerita la kalau masa aku kecik main sorok - sorok dengan kawan - kawan, lebih - lebih lagi dalam kuantiti yang ramai jenuh juga la nak mencari. Bukan dekat - dekat dorang menyorok. Kiranya merata - rata la. Kat kampung kan?? Paling tak best bila ada main tipu menyorok dalam rumah sendiri. Mana nak jumpa. Yang si hubby pula buka cerita dia kalau main sorok - sorok or polis sentri siap balik umah makan dulu. Lagi taktik kotor tu. Aku takde la camtu lain masa main sorok2 or polis sentri. Main secara jujur gitu.

Tu la permainan yang dah semakin pupus kecuali laki den jer.. Yang sentiasa main sorok - sorok dalam rumah. Takpe bukan umah banglo 3 tingkat pun. Tak susah sangat nak cari rumah 3 bilik ni. Bukan besar sangat. Lagipun aku dah familiar sangat dengan tempat - tempat persembunyian dia dalam rumah. Belakang pintu, bawah meja, dalam almari tu biasa la. Korang ada lagi main sorok - sorok kat umah macam kitorang?? Takde kan?? tu la keistimewaan & kepelikkan perangai hubby sang Lekit yang kadang - kadang mencuit hati. kekekekekeke

6 comments:

  1. kalau kat kg ai.. sorok- sorok dipanggul 'main nusuk'. hehe.. kelantese!

    ReplyDelete
  2. klu kg sya sorok² dipanggil main tapuk tapuk

    ReplyDelete
  3. baik-baik main . nanti kena sorok dengan hantu tetek . mak aku cakap la .

    ReplyDelete
  4. sorok2 ngan hubby ye...awwwwsss..
    tecik2 dulu pun cma men nyorok2..

    ReplyDelete
  5. hehe..comel je perangai..^_^

    dulu kecik2 main nyorok2 mesti nyorok jauh2..macam abby cakap tuh..sian kat pencari smpai dah putus asa..kui3..

    ReplyDelete
  6. tak takut ke dia kena sorok dgn .....????

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *