PAKAIAN PELAJAR IPT SEMAKIN MELAMPAU

11.2.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

Bukan Sang lekit cakap.. dorang cakap yer.. Kita cuma nak kopek isu ni jer agar boleh share dengan korang. So,Blogger2 yang bernama student IPT tak kira sapapun jangan korang serang Lekit lak tau.

kini etika berpakaian di kalangan mahasiswa mula menjadi bualan masyarakat dan sering diperkatakan pelbagai pihak kerana dikatakan sudah semakin melampau.Bukan saja tidak mengikut tertib peraturan ditetapkan institusi, malah berani pula berpakaian seksi yang ternyata melanggar batas maruah individu dan menyakitkan mata masyarakat. Tidak kurang pula berpakaian pelik atas nama fesyen.setiap institusi mempunyai peraturan etika berpakaian wajib diikuti bagi membezakan mereka sebagai warga berpendidikan tinggi, selain mencerminkan budaya ilmu.Bagi lelaki, digalakkan memakai pakaian kasual dengan seluar panjang dan baju kemeja apabila ke kuliah atau berbaju kebangsaan.Perempuan pula lebih manis berbaju kurung, berpakaian longgar dan bersesuaian untuk ke kuliah mahu pun ketika melaksanakan tugasan luar. Dilarang memakai selipar, berbaju jarang dan ketat, seluar pendek, seluar ketat, jeans lusuh, skirt pendek dan kemeja-T berkolar bulat.Andaian peribadi tidak boleh diukur melalui cara berpakaian, namun interpretasi awal dibuat melaluinya. Dengan kata lain, pakaian melambangkan cermin diri seseorang. Mahasiswa perlu akur, institusi bukan tempat untuk melawa atau lawan bergaya tapi menuntut ilmu,iwa muda sentiasa ingin bersaing dan suka pada sesuatu yang cantik, malah ada menggunakan fesyen untuk meraih perhatian atau sokongan rakan lain. Mungkin juga ingin menutup kelemahan diri.

Tu hasil cedokan dari artikel di HM. Korang nak baca kupasan yang lebih terperinci boleh clik DISINI.

Setuju jugak dengan artikel ni. Tak merujuk kepada fesyen yang free hair jer.. Bertudung pun ada yang berpakaian melampaui batas sebagai seorang pelajar. Kang dok blame yang free hair je pun tak adil. Ye Tak?? Sedangkan yang bertudung pun still baju seluar ketat juga di pakainya. Yelah student sekarang selain menjana pendapatan sendiri melalui menulis blog, ada lagi PTPTN lepas tiap2 bulan family hulur lagi. Duit jenuh jugak la bagi sesetengah golongan student ni. Komitmen cuma pada study takde  anak bini laki lagi.. Then duit yang melimpah ruah tu maybe tak tau nak salur kemana dah.. Time ni la nak pasang badan kan?? Nak - nak lagi fesyen sekarang macam pelangi.. Colorful jer dari hujung kepala sampai hujung kaki. Nak Colorful camtu bukan free. Ditambah pula naluri remaja memang tak dapat lari dari gilakan fesyen.. Even sang lekit masa sekolah dulu pun kejar trend bagai tapi nak lebih - lebih sangat tu takde la.. Takat sikit - sikit tu ada la. Kalau tak ikut fesyen.. orang tak pandang lak kat campus. Bila stylo dengar bunyi tapak kasut pun orang dah pandang.. apa lagi terbau perfume. Nak - nak lagi tengok tengok yang sedang berjalan tu dah macam ice cream padelpop.. pakat semua telan air liur. Super duber yummy la katakan. Perhatian camtu la yang mengundang para pelajar khususnya golongan remaja jadi gila berfesyen. Tapi.. Etika berpakaian di campus kena hormati.. Baru berkat ilmu tu. Kat luar nak berfesyen.. ok la tu dah tak tertakluk pada etika & peraturan cuma berpada pada la.. Sekadar kupas kupis untuk renungan bersama tak berniat nak memburukkan mana - mana pihak atau individu yer.. Kalau ada hati terluka, terlebih dahulu Sang Lekit minta maaf yer

13 comments:

  1. sentap i.....sebab suka g klas pakai sliper yang tapak tebal tu

    ReplyDelete
  2. masa kita study dulu xada masa nak melawa..semua benda rushing..make up pon xpakai...

    ReplyDelete
  3. SALAM.

    sekarang ni masih menunggu result spm. belum masuk u lagi..
    tapi bila fikir2 balik bila nak masuk u nanti mcm2 barang nak kene beli ni. lagi2 baju kurung .. selalu baju kurung cuma ada sehelai je setahun.. untuk raya (mungkin kdg2 untuk ry haji pun ada buat jugak)
    semoga entry ni dapat jadi pedoman buat sy dan teman2 yang lain..

    btw, jgn katakan kat u tapi kat sekolah biasa (menengah) pun student ade yg nak melaram pegi sekolah.. susah nak ikut peraturan agaknye? hmmmm

    ReplyDelete
  4. biasa la tu diorng diorg hot pkai mcm tu. . huhu

    ReplyDelete
  5. biasa la tu diorng diorg hot pkai mcm tu. . huhu

    ReplyDelete
  6. sekarang ramai terlampau nak berfesyen sampai pergi kelas pun berapa kerat je pakai baju kurung.


    *HB effect Nuffnang ke ? yang miza tau ramai cakap tak beri effect pape pun. kalau gitu nak remove lah -.-

    ReplyDelete
  7. sy g klas ok je pakai kemeja ngan kasut.. x de pulak nak rimas2.. entah la kenapa remaja sekarang suka pakai macam tak pakai. pembetulan kat artikel tu, menyakitkan mata masyarakat apa, ikutkan yg sebenar, tu la yg org suka tengok..hahahaha

    ReplyDelete
  8. fesyen sekarang hot2 dan meletop gitu...kadang2 tak sanggup nak pandang, kadang2 tengok pelik sangat dan ada juga pandang dah jadi lawak macam badut...heheheeee...

    sebagai pelajar universiti tentunya pelajar terbaik sekolah perlulah menjadi contoh terbaik...

    ReplyDelete
  9. nak buat macam mana...fesyen punya pasal...tu yang wujud pemakaian yang melampau...kadang2 xsuka jugak...yelah nak belajar bukan nak g jenjalan...hohoho...

    ReplyDelete
  10. huhu.saya juge terasa.sobsob tapi ala kadar je tak la ikut fashion sgt

    ReplyDelete
  11. fesyen tu subjektif. ada orang suka ada orang tak suka. sebagai pelajar, kan ada garis panduan berpakaian yang telah ditetapkan oleh uni, kenapa tak ikut?

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!