ANTARA KARUT & ALASAN SEBENAR KEPERCAYAAN ORANG DULU - DULU

28.6.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Banyak kepercayaan orang - orang melayu ni. Dari sudut kesahihan & logik memang banyak yang menyimpang tapi orang melayu ni kan terkenal dengan suka berkias. Suka mencipta kepercayaan tapi dengan alasan yang menakutkan walhal kepercayaan yang cipta tu sebenarnya ada sebab lain. Macam guna psychology cara tradisional la jugak nak menakutkan golongan muda agar tak melakukan sesuatu tu. Kali ni jom kita kopek lagi beberapa kepercayaan karut orang melayu dulu - dulu

Duduk atas bantal

Masyarakat Melayu pantang duduk di atas bantal kerana dipercayai boleh naik bisul. Sebenarnya dilarang berbuat demikian adalah kerana hendak menjaga bantal daripada dipecah atau dikoyak. Tambahan lagi adalah tidak baik benda untuk melapek kepala diletakkan di bawah punggung.
Kata Lekit : Sedap je bontot kau nak duduk atas bantal. Atas bantal orang lak tu. Mana tau ko kentut ker.. tercirit ker tak ke naya orang yang guna bantal tu nanti.

Pengantin duduk atas bantal tak takut kena bisul ke?? kekeke. Sekadar hiasan. Hasil carian google

Bergendang dalam rumah

Mendengar anak cucu mereka bergendang dalam rumah, seperti memukul dinding, lantai atau sebagainya, maka dilarang oleh orang tua-tua, “dengan berkata "tidak baik bergendang dalam rumah, nanti harta habis dicuri oleh orang.”
Larangan ini sebenarnya untuk mengelakkan bunyi bising di rumah, tambahan lagi bergendang itu akan merosakkan barang, terutamanya barang-barang yang bergantung di dinding itu akan jatuh dan pecah.
Kata Lekit : Manalah tau rumah berdinding kayu.. berlantai papan yang dah reput. Nak repair duit takde lagi. Kau pula dok bergendang mengalah kompang kat rumah kenduri. Kang roboh rumah atau berlubang dinding & lantai sapa nak jawab.


Menjahit pada waktu senja

Apabila ibu melihat anaknya menjahit atau menyulam pada waktu senja dengan segeranya akan berkata, “Jangan menjahit pada waktu senja, nanti mata guru engkau akan buta.” Apabila si anak mendengar larangan itu, tentunya akan berhenti perbuatan tersebut. Ini kerana mereka tidak suka melihat gurunya buta atau cacat kerana segala pengetahuan yang didapatinya itu adalah daripada guru yang disayanginya.
Pengajaran disebalik larangan itu adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan.
Kata Lekit : Maghrib ni tak panjang.. kalau dok kusyuk sangat buat benda tu sah2 la terlepas yang wajib kan??
 
Makan dengan menggunakan bekas retak atau sumbing

Apabila si isu melihat anaknya makan dengan menggunakan bekas yang retak atau sumbing, maka si ibu itu akan melarang dengan berkata, “Siapa makan menggunakan bekas yang retak akan dapat isteri atau suami yang telah berkahwin dua atau tiga.”
Nasihat ini sebenarnya untuk mengelakkan supaya anaknya tidak terkena luka dari bekas yang digunakan itu.
Kata Lekit : Pada para isteri ambil pengajaran. Walau ia kepercayaan karut tapi manalah tau sang suami guna alasan ni nak buka cawangan baru. Kekekekeke
 
Bersiul atau bernyanyi di dapur

Seseorang anak gadis yang suka bersiul dan bernyanyi ketika memasak dikatakan akan mendapat suami tua. Apabila anak gadis mendengar nasihat itu tentunya akan berhenti berbuatan tersebut. Ini kerana anak gadis tentunya tidak mahu bersuami dengan seorang lelaki yang tua.
Larangan ini adalah mengelakkan berlakunya kecelakaan supaya sebarang kerja di dapur mesti dibuat dengan sempurna dan tambahan pula adalah tidak manis sekiranya anak gadis bersiul dan bernyanyi di dapur.
Kata Lekit : Mungkin sebab tu banyak artis kahwin dengan Datuk2 yang dah tua kot.. dorang selalu practive nyanyi kat dapur kot. Sekadar bergurau

Tikus tidak boleh di seranah


Mengikut kepercayaan tikus tidak boleh di seranah. Sekiranya disumpah kerana perbuatannya merosakkan barang-barang di dalam rumah, ia akan lebih mengganas lagi. Biasanya tikus-tikus tidak memusnahkan sesuatu benda, yang dilakukannya ialah merosakkan sedikit di sana sini yang menyebabkan benda-benda yang dirosakkan itu tidak boleh digunakan lagi.
Perbuatan tikus ini dapat memberi didikan kepada diri agar jangan mudah mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakitkan hati orang lain. Perbuatan ini amat tidak disukai oleh masyarakat. Unsur pengajarannya ialah manusia mestilah berfikir dahulu sebelum bercakap agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
Kata Lekit : Bukan je kat tikus tak boleh sumpah seranah kat apa - apa mahluk pun tak boleh. Blogger ambil perhatian. Menyumpah seranah orang tu bukan mendatangkan kebaikan kat mana2 pihak tapi boleh mencetuskan perbalahan. Kalau niat nak tegur.. Tegur la dengan bahasa berhemah sikit.

Kadang - kadang kepercayaan karut orang dulu - dulu ada baiknya cuma kita perlu terima dari sudut pandangan mengikut arus zaman & batasan agama. Jangan percaya bulat2 tanpa mengkaji kenapa kepercayaan itu di wujudkan. Sekadar berkongsi info.

Rujukan : Kepercayaan orang Melayu

6 comments:

  1. nenek sy pon ckp mcm tu jgn nyanyi kat dapur,huhuhu ikut je

    ReplyDelete
  2. tapi kan kak, tikus tu mcm betul je. ibu salu je kene. ibu sy tailor, ade 1 time tu, abis baju customer kene bwk lari atas siling dek cekT cekT tu. hihi^^ kebetulan mungkin.

    ReplyDelete
  3. wuhuhu~ cik Wardah ske ngat nyanyi kat dapur... tp, hasilnya terbalik...

    yg muda2 je muncul.. ekekekek...

    ReplyDelete
  4. semua pantang arang tu ade kebenaranya

    ReplyDelete
  5. agagagaga..
    "kata lekit"
    tu betul2...
    :P

    ReplyDelete
  6. ni seme mitos ni tp ade kebaiknnye jugak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!