AWAS! ROTI BERINTI IKAN BILIS ADA ULAT

15.6.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Sang Lekit suka jugak makan roti inti ikan bilis ni. Selalunya jarang nak tengok inti dalam dah.. buka jer plastik terus la kunyah tanpa was - was. Tapi bila baca satu laporan akhbar tadi, rasa mual & nak muntah pula.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Seorang pengawal keselematan yang baru habiskan sebungkus roti berinti ikan bilis tergerak hati nak buka lagi sebungkus roti yang sama untuk lihat intinya. Penemuan yang mengejutkan sebaik sahaja dia lihat dalam inti roti tersebut ada ulat yang sedang bergerak - gerak sedangkan plastik bungkusan roti tu masih elok & tarikh luput pun masih panjang. Dia yang tak puas hati minta kawan dia pula tengok untuk mengesahkan bahawa mahkluk halus yang bergerak - gerak tu adalah ulat. Ternyata dia memang tak silap pandang.

produk roti tersebut yang dikilangkan di sebuah negeri di utara.dia yang nyata berasa kecewa bagaimanapun tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan tetapi berharap pihak berkuasa dapat terus memastikan kejadian seumpama berkenaan tidak berlaku lagi.

Aduhai.. roti yang sebelum tu yang dengan enaknya di jamah agaknya bebas ulat tak?? Seram tekak sang lekit nak jamah roti inti ikan bilis ni lagi. Harus la lepas ni sebelum makan apa2 benda pun yang berinti di beli dari luar di periksa dulu. Tak Rela Mak Nyah makan roti ulat macam tu.

Rujukan : Sinar Harian

11 comments:

  1. eeiii... takut laa nak makan roti berinti lepas ni...


    Ticer suka tengok...korang?

    ReplyDelete
  2. huihhhh takut jugak na...makan terus ja xpenah cek2...

    ReplyDelete
  3. eiii...
    kotor..
    kenapa dia tak bagi tau je
    syarikat apa..
    saja je tau depa ni nak bagi kita makan ulat sama..

    ReplyDelete
  4. Erk! Saya pun suka gak roti inti ikan bilis ni.. Agak2 yang dimakan dulu ada ulat ke? Huhuhu~

    ReplyDelete
  5. Lepas ni makan pau kopek dua. tengok isi dulu :P

    ReplyDelete
  6. nasib baik tak suka makan ~~

    ReplyDelete
  7. mana lak datang ulat tu? tah2 masa nak masuk filling, inti tu dah kena boh ngan lalat dulu...

    ReplyDelete
  8. nak makan roti ikan bilis hi5 pas ni konfem cek dulu =D

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!