GAJI DARI NUFFNANG & EXABYTES

21.6.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Nuffnang bulan lepas lagi sang lekit dah terima cheque. Tepat seperti yang di janjikan mengikut syarat - syarat yang di tetapkan. Alhamdulillah.. Takde la ribu riban.. Tapi ada la sikit. Ok la tu.. sambil - sambil dok membebel dalam blog, orang bagi duit kita ambil la. Takkan nak buang pula walau 10sen pun.


Hari ni Cheque dari Exabytes pun sang lekit dah terima walau kontrak dengan Exabytes ada 1 bulan lagi. Pun tak banyak mana tapi macam sang lekit kata tadi, orang bagi kita ambil. Lagipun bukan mencuri. Tak salah kan?? Memang kedua - duanya (Exabytes & nuffnang) memberi perkhidmatan yang baik. Takde delay2 nak bayar. Macam mana janji, macam tu la dorang buat. Syabas!


Entri ni bukan la nak menunjuk - nunjuk duit yang dapat hasil berblog. Nak tunjuk pun rasanya gaji korang lagi banyak. Sekadar memuji service dari dua pihak yang terlibat ni. Kedua - duanya pendapat pertama sang lekit hasil dari blog yang masih di tepian longkang. Semua tu rezeki kurniaan Allah juga. Kalau nak bagi tips macam mana nak dapat income tak berblog sang lekit tak reti, SEO ke apa ke tak payah tanya la memang tak tahu. Apa yang sang lekit tahu tulis blog. Iklan tu cuma pacak jer.. Dia nak menari ke, berjoget ker, menonggeng ke apa ke tu terpulang pada pihak pengiklan la.

Apa yang penting dalam berblog ni kalau tujuan kita memang nak cari pendapatan sampingan, kalau hajat tak sampai kita akan rasa kecewa tapi sang lekit berblog tidak meletakkan Duit tu sebagai matlamat. Sebab tu la walau nuffnang lama tak bagi BE pun masih blog ni di update dengan ghairahnya. Walau yang dapat tak seberapa pun tetap la blog ni di belai - belai hari - hari. Tapi dah alang kepalang ada blog & boleh menjana pendapatan, tak salah kita cuba. kan??

21 comments:

  1. yup setuju, yang penting kepuasan dalam berblog
    duit dan lain2 no dua
    sebagai bonus

    exabyte tu camne plak?

    ReplyDelete
  2. setuju! sy pun baru letak ads nuffnang ni. takdela mngharap sgt. blogging sbg hobi je. :)

    ReplyDelete
  3. bila masa dah besar-besar macam ni, nak dapat RM0.10 pun susah, tapi dengan ada blog ni nak dapat extra income tak jadi hal lah

    ReplyDelete
  4. betul..
    walaupun tak de be tapi entry tetap laju je keluar..
    heheh..
    sebab kepuasan sebenarnya bukan dari duit..

    ReplyDelete
  5. akk exabytes ni mcm mana ea??jejas status glitterati nuffnang x?

    ReplyDelete
  6. tahniah. betul tu, jangan jadikan duit matlamat utama dalam berblog. sebab kalau tak dapat, nanti kita juga yang rasa hampa ;)

    Stop Play Innocent, Angel.

    ReplyDelete
  7. Exabytes bukan iklan pesaing Nuffnang so dia tak ganggu status Glitterati

    ReplyDelete
  8. wahhhh,congrats2..

    btw,exabytes tu ape?
    x pena dgr ponnn-.-


    jemput dtg ke blog sy yg pernah kene HACK ngn anonymous

    ReplyDelete
  9. nak legging harimau bintang!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. betul tu .. akak pun main pasang jer... janji akak tulis ..

    ReplyDelete
  11. bagus juga, seronok kan dapat income

    ReplyDelete
  12. teringin nak pasan exabytes tuh..mcm mana ar lekit?

    ReplyDelete
  13. wahhh seklaigus dua...hambek ko...bole beli baju baby manyaks2x...
    lalalalalaala

    ReplyDelete
  14. tapi kan kak, nuffnang kate rules dorang blogger x boleh pasang iklan lain selain iklan nuffnang. cane nak taw sesuatu iklan tu adelah pesaing or pun bukan?

    ReplyDelete
  15. kak,.buat la tutorial exabytes ni,.aini try google pon xde yg wat tutorial exabytes,.

    ReplyDelete
  16. wit...wit...nak tuntut ais pop ni,...muehehehe..:P

    ReplyDelete
  17. Hmm entri macam ni beri semangat utk blogger lain, tapi kena pastikan ini bukan tujuan sebenar berblogging ... erkkk saya ada kupon exabytes baru menang adiah ... domain dan hosting ... :)

    ReplyDelete
  18. alhamdulillah...rezeki anak....bulihla wat beli barang baby kan sang lekit kan?.....

    ReplyDelete
  19. alhamdullilah akak,rezeki jgn ditolak,tp sy buat blog suke2 je,hehehehe mmg x ade internet banking utk daftar ke nuffnang :( tp x apa belum ade rezeki sy lagi,tp kalau bisnes yg sy tulis tu sume sy dah delete dah,dah ade org marah kat sy padahal bkn join pon bisnes dari fb tu,hehehehehehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!