HARI ENJIT2 SEMUT.. 28 MINGGU KINI

21.6.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Hari ni hari mari meng 'enjit'. Bulan lepas skip sebab malas nak pergi klinik. Sang Lekit memang tak serasi dengan klinik. So, dah skip bulan lepas, bulan ni harus merajinkan diri pergi check up. Alhamdulillah 28 Minggu berlalu dengan selamat. Cuma bulan ni macam 2 bulan lepas, kurang darah juga. Aduhai.. nak sedut darah sapa la nak cukupkan kuota darah dalam badan.

Hasil carian google. Sekadar hiasan

Macam biasa temujanji pukul 9 am tapi sang lekit sampai klinik lebih kurang 9.30am. Kuanter pertama masa buat ujian tekanan darah jumpa dengan nurse yang baik 2 bulan lepas yang buat pemeriksaan kandungan, Misi Mazlinda. Tapi masa nak ambil darah bertemu dengan Misi yang suka bebel Misi Azimah. Memandangkan takde apa yang dia nak bebel dalam bilik ambil darah jadi takde la dia membebel macam kali pertama sang lekit pergi check up dulu. Masa tu dia tugas kat bilik pemeriksaan. Kat bilik pemeriksaan kandungan tu nasib baik misi ni tak banyak songeh. Dia cuma buat pemeriksaan macam biasa (ultrasound untuk dengar denyutan jantung bayi) kemudian dia bagi tutorial untuk periksa pergerakkan bayi. Yelah.. kandungan dah masuk 7 bulan kan. Setiap hari sang lekit kena rekod sendiri gerakkan bayi dari 9.00 am - 9.00pm kat buku rawatan tu. Tak boleh kurang dari sepuluh gerakkan dalam masa 9.00am - 9.00pm. Kalau kurang kena pergi check up kat hospital/klinik. Tapi Sebelum ni rasanya baby dalam perut ni gerak lebih dari 10 kali tiap2 hari. Harap baby sentiasa gerak la. Mummy tak suka pergi klinik atau hospital jadi bantulah ibu mu yer nak. kekekekeke

Yang tak best  hari ni kena ambil suntikan kancing gigi. Masa kat bilik suntikkan tu ada la beberapa misi pelatih bersama seorang senior dok mengajar dorang. Nak masukkan ubat pun sang lekit tengok dia terketar - ketar lepas senior dia suruh suntik sang lekit. Apa lagi sang lekit terus la menyuarakan rayuan supaya senior dia buat. Dah la sang lekit fobia dengan jarum, tengok pula misi pelatih tu yang memang amatur tahap gaban, huhuhuhu.. tak keruan nak hulur bahu bagi dia suntik. Nasib baik la dorang tak kisah & senior dia yang buat. Kalau tak.. rasanya nak mengucap siap - siap. kekekekekekeke

Kesan dari suntikan tu memang rasa sakit lepas tu sengal2 & lenguh. Lepas ni apa lagi pun tak tau. Menunggu dengan penuh debaran untuk bulan depan punya check up. Dah masuk 7 bulan tarikh temunjanji pun nampaknya bukan sebulan sekali. 2 minggu lagi dah kena pergi check up lagi.

16 comments:

  1. wahhh pejam celik pejam celik dah 28 minggu kan... tak lama lg akan menimang cahayamata.. wahhh best3..

    ReplyDelete
  2. blm terlambat kak izan nak ucap tahniah ye! kejap je dah 7 bulan....

    samlah ngan kak izan...paling tak suka pi checkup kat klinik/hospital. lagi2 masa kembar dulu... boleh kata tiap2 minggu pegi lepas 7 bulan tu~

    ReplyDelete
  3. huhu...kalo anak first kena cucuk 2 kali tu..kalo akak nora dulu lenguh smgu sakitnya...

    ReplyDelete
  4. wahhhh tahniah tak lama bertambah umat nabi muhamad amennnnnn

    ReplyDelete
  5. kurang darah....hmmm makan hati ayam, takkan misi tak bagi minyak masak yang spesial tu...lupa dah minyak apa...

    ReplyDelete
  6. aaaiisshhh.. tak sabr nak jd uncle ni.. hehehhe :P

    ReplyDelete
  7. masa mengandung kena pi klinik la yang tak best..
    nurse pun bukan nya garang pun..
    cuma malas nak bersiap dan tunggu giliran..
    hehehe

    ReplyDelete
  8. hehe..pasni dah sebulan sekali kne g check up~..tanda pergerakan bby tu btl2 tau..jgn miss..

    ReplyDelete
  9. sama la kita masa ngandung itu ari malas benor nk p check up..siap skip2 sampai nurse call..heheheehe selamat mengalami detik2 indah mengandung....heheeh akak dah nak abis pantang dah...pas ni leh panjang langkah yabedabeduuu

    ReplyDelete
  10. bestnya bakal bergelar ibu..

    baby ok la tu bergerak2..tgh main bola kot..=)

    ReplyDelete
  11. lekti ingt kau jururawat ke hape tadi..rupe nye yg cek kandungan tu lekit lakkk grrrr...
    waaaaaa...
    n bergelar seorang ibu...
    nnti dah dua bulan nnti..
    bagi tahu eh..
    waaa..nak jugakk..haha =)
    x pyh nk takut jrum sgt lah..haha

    ReplyDelete
  12. semoga urusan akak dpermudahkan sampai bersalin dgn selamat. insyaallah amin =)

    ReplyDelete
  13. mujurla kayrul check up kat private..kalau tak mesti menangis nak lalui prosedur macam2 tue...tinggal lagi 2 bulan jer ye

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com