JANGAN PERKECILKAN PERANAN BLOGGER

5.6.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

Sentap juga sang lekit baca entri dari Blog Ben Ashaari tentang isu blogger tak di perlukan dalam pembangunan dunia hiburan. Siapa cakap macam tu,ha?? Bagitau artis mana keluarkan statement macam tu atau penggiat seni hiburan mana yang memperlekehkan sumbangan blogger pada dunia hiburan ni??

Kuasa blog sekarang ni dah makin setanding dengan kuasa media. Apa saja maklumat atau isu banyak dah sebarkan melalui blog tak kira la berunsur negatif atau positif. Kuasa blog sekarang ni amat kuat. Ramai yang tak baca majalah tapi mendapat informasi tentang dunia hiburan melalui blog. Bukan saja cepat, mudah & senang tapi memandang dunia sekarang di hujung jari hanya dengan satu clik jer pelbagai info & isu kita mampu terokai.

Contoh hanya seorang membeli majalah lepas menyalurkan maklumat tentang dunia hiburan.. Dengan hanya satu pembelian majalah maklumat di salurkan kepada beribu orang yang membaca blog. Kan penyumbang juga tu walau tak menyumbang pada jualan majalah. Tapi sekurang - kurangnya artis dapat publisiti percuma, kan?? Lagipun bukan semua orang suka beli majalah walau suka baca pun.. Sorang beli ramai yang pinjam baca. Sama la jugak tu.

Bila filem baru keluar.. Yang pergi tengok akan buat review pasal filem tu, kalau bagus pasti menyumbang juga dari segi penjualan tiket wayang. Mesti orang teruja nak tengok kan?? Macam sang lekit sendiri pun kalau nak tengok movie akan search dulu. Review dari blog juga salah satu survey yang sang lekit buat sebelum menonton filem tu. Kan blog dah jadi penyumbang tu.

Cerita - cerita pasal artis, drama/ telefilem/single/album & banyak lagi la tentang dunia hiburan yang di review blogger juga menyumbang pada populariti artis ni. Jadi kenapa harus memperlekehkan sumbangan percuma yang di beri blogger pada dunia hiburan. Kalau wartawan & pihak media tulis pasal dunia hiburan dorang di bayar gaji, elaun & sebagainya tapi blogger buat kerja tu semua secara percuma jer. Kalau ada pun cuma side income tapi iklan di blog tu pun nak meraih pendapatan di blog bukan senang. Tapi secara basicnya blogger buat semua tu tanpa di janjikan apa - apa bayaran pun.

Jadi pada penggiat seni & dunia hiburan ni jangan la pandang blogger ni macam takde harga. Ingat dunia sekarang di hujung jari.. Kadang - kadang blog lebih pantas menyalur cerita & berita. Semua pihak tak kira media atau blogger tetap penyumbang pada dunia hiburan. Masing - masing ada peranannya. Dengan gabungan antara media & blog mampu menjadi kombinasi yang menguntungkan pada penggiat seni & dunia hiburan ni.

Ini cuma pendapat peribadi melekit jer.. Kalau ada tersalah silap kat mana - mana harap di ampun yer ibuk2 & bapak2.

Masa search image nak cari gambar sesuai untuk attach dalam entri terjumpa pulak gambar ni. Macam kenal jer.. kekekekekeke. iras2 Sapa ekk?? cuba teka?

13 comments:

  1. tu la.. Satu masa nanti, bloger yg akan jd penyumbg terbesar dlm dunia hiburan..

    ReplyDelete
  2. blogger suka perbesarkan isu kecik , that's why orang butthurt dengan blogger .
    blogger patut kene rasional sebelum menulis .
    bukan tulis ikut suka hati .
    kalau tulis personal life , takpelahh ;D

    ReplyDelete
  3. gbr Ben Ashaari yer? nice entry anyway..

    ReplyDelete
  4. Aku sekarang suka baca blog dari paper skrg...

    terbaik...

    ReplyDelete
  5. sokong seratuslimapuluhenam % !

    ReplyDelete
  6. itu pic abg ben lor...hehehe..semat cam pahlawan hang tuah..

    x setuju ngan en ben..
    pendapat cma,blogger juga penyumbang .walau x besar,kecik pun ade..

    ReplyDelete
  7. tu bukan abg ben ke. haha.

    ala kak, kalo die dah slah sebok nak cr slh blogger

    ReplyDelete
  8. *PEMBETULAN..bukan x setuju ngan abg ben.x setuju dgn kenyataan yg dibuat oleh artis

    ReplyDelete
  9. betul tu kak.blog adalah sumebr yg baru skrg ni.dgn blog ramai yg dpt tau apa2 info dgn lebih awal.mcm rara sehari tak masuk blog mmg ketinggalan habes.mcm isu2 semasa.mmg blogger tau dulu.

    mcm isu gambit samakan anjing dgn blogger.huh mmg tak patut.kami bagi pendapat.tapi dye yg emo.eeeiii sakit hati.

    tu piccy abe beng kan.hhehhee

    ReplyDelete
  10. bila google...semua kluar entri dr blog2 kita ni.so...apa yg kita taip tu mmg meninggalkan kesan kan cik lekit?

    ReplyDelete
  11. sapa cakap tu???
    blog pun media jugak..kan???

    ReplyDelete
  12. alar..dia makan cili ler tuh..terasa hal sndiri diperdebatkan! :D

    ReplyDelete
  13. peranan blogger sgt penting. klu tak takde la malaysia kalut dengan kes raja petra. hihihi ;P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!