HARAM TONTON CERITA SERAM?

18.9.12 Suria Lekatlekit 16 Comments

Sapa yang baca entri ni peminat cerita seram?? Tak kira cerita tu cerita tempatan ataupun luar. Sang lekit percaya masih ramai peminat filem seram sebab tu sampai sekarang produser filem  & drama masih lagi mengeluarkan produk2 berunsur seram & stesen TV pun tak jemu2 & tak serik2 nak tayang cerita2 seram ni. Mustahil ada pengeluaran tapi takde permintaan, kan??

Saya mengaku saya seorang pengemar cerita seram & selalu di ejek oleh asben saya sebab suka tengok cerita yang berunsur misteri, mistik.. hantu.. pontianak.. langsuir.. saka bagai ni. Tak tau la nak cakap sebab apa minat tapi yang pasti bila tengok tak jemu sangat.. Sebab cerita2 macam ni kurang dialog2 cinta.. ayat2 syahdu mahdu rahcun bagai tu.. cerita2 macam ni boleh di katakan tak mengantuk sangat. Kalau dulu zaman kanak2 ribena yang baru nak membesar bagai juara tu cerita2 seram ni tak di nafikan mampu menghantui diriku lebih2 lagi takhkala malam tiba.. Nak ke bilik air takut.. nak ke jamban takut.. nak kedapur takut.. apatah lagi nak tidur sorang2.. TAKUT! dah dah melangkah ke alam kebangkaan ni.. takde la nak menghantui sangat cuma kadang2 naik hantu je kalau tengok cerita berepisod sebab tengah suspen tetiba sambung minggu depan.. Mana tak naik hantu, kan?? kekekekekeke

Disebabkan pemilik blog melekit ni sangat suka cerita2 yang berunsurkan seram & hantu mantu ni maka sang lekit sesaja la mengaji dengan setaz & setazah google ni tentang hukum menonton cerita seram. Alangkah terkejutnya daku sambil mengigit sepuluh jari dengan wajah yang tergamam & ketakutan.. kengeriannya lebih ngeri dari tengok filem Ju On.. (Ketahuilah itu cuma sandiwara sahaja.. effectnya tak sampai la macam tu). Tak tahu mengaku tak tahu takpe.. janji dapat tahu juga dari tak tahu mengaku tahu last2 apa pun tak tahu, kan??

Bagi yang tak tahu hukum menonton cerita seram ni meh la sang lekit share secuit info mengenainya agar kita sama2 tahu & ambil tahu yer...

Satu persoalan dikemukakan kepada laman web JAKIM mengenai hukum menonton cerita / filem seram serta dalilnya ? Jawabnya, Hukum menonton filem seram adalah haram kerana boleh membawa kepada kepercayaan tahyul, khurafat, syirik, pemujaan syaitan dan lain-lain perkara yang bercanggah dengan hukum syarak. Dalilnya firman Allah SWT dalam surah An-Nisa' ayat 36 yang bermaksud "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu apa jua...". (Di rujuk dari blog Cerita Seram Cemari Aidil Fitri ?

 Kalau salah rujukan ni minta sesapa yang ada info berkenaan sila kongsi dengan sang lekit yer.. Yelah, ingat tengok je tak percaya @ mempengaruhi ni takpe. Sang lekit tengok cerita seram ni takde la sampai percaya orang mati akan jadi hantu, pontianak,toyol,langsuir bagai.. sebab sang lekit masih percaya bahawa setiap manusia yang meninggal dunia itu akan terpisahlah dia dari dunia. Dia tak mungkin la jadi hantu ke hapa nak balas dendam macam yang ada dalam cerita2/filem2 seram ni, kan?? Apapun.. sama2 la kita memperbaiki apa yang rosak, membetulkan apa yang silap & menghindarkan apa yang memudaratkan.

P/s : Kalau dah haram kenapa ia masih di luluskan untuk tayangan? hurmmmm...

16 comments:

  1. lepas ni tak boleh tgk dh la..daku penggemar jugak!huhuh

    ReplyDelete
  2. eh ye ke,,sy pun minat jugak cita hantu ni,,,tp kita masih percaya pd Allah,,klu tk taksub sgt dgn hantu boleh tonton lg tak?huhuhu

    ReplyDelete
  3. malam td tayang citer antu korea..adui...

    ReplyDelete
  4. Tu yg tak faham, sebab ada pengarah/penerbit siap kata dapat nasihat dari ustaz2. Bior betuii.

    ReplyDelete
  5. macam2kan... tapi saya tetap penggemar cerita seram.. hehe

    ReplyDelete
  6. owh, leeza x lah minat sgt pun tgk citer seram.
    sbb nnt leeza jadi takut memanjang.
    hoooooooooo
    so tak layan wlpn adakala keinginan itu tinggi bebenor nk tgk.

    ReplyDelete
  7. tak minat cerita antu.pernah tengok..berbulan2 fobia..

    ReplyDelete
  8. kalau sorang2 tak berani tengok. padahal tak seram mana pun.eheh bajet! tapi entah bila tgk sorang2 mcm seram je.. :P

    ReplyDelete
  9. Salam dear, terima kasih juga atas perkongsian ini. amat2 dihargai. Wassalam. kak jun

    ReplyDelete
  10. yeke haram.... xtahu plk... ske jgk tgk...

    ReplyDelete
  11. mmg pon patut jd haram.xsuka tgk cite hantu skrg ni.

    ReplyDelete
  12. memang suka sangat tengok citer seram ni..tapi tak tahu pula ianya haram..thank you share info..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!