PENYOKONG POLITIK ATAS PAGAR

28.9.12 Suria Lekatlekit 8 Comments

Kalau cakap pasal politik memang la den tak pandai.. Sebab den ni bukan orang politik atau manusia yang fanatik pada politik. Tapi den ni suka ambil tahu sikit - sikit la tentang semua benda & isu. Walau bukan jenis suka khatam.

Terus terang sang lekit tak pernah mengundi & daftar pengundi pun arwah ayah yang daftarkan. Dari di kampung sampai la keluar kampung memang sejak dulu sang lekit tak pernah terlibat dengan mana2 aktiviti yang berkaitan dengan mana2 parti. Cuma memandang saja..

Politik sekarang bagi sang lekit memecah belahkan manusia.. Masing2 rasa diri betul. Sorang pun tak nak mengaku benda tu salah walau terang2 salah. Masing2 anggap perjuangan mereka tu baik untuk rakyat. Bila mula bersaing.. mula timbul macam2 fitnah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bila dah masuk bab politik semua jadi kucar kacir.. Agama di politikkan.. bangsa di politikkan.. semuanya jadi politik.. sampai ada pengikut yang fanatik ni nak sembahyang kat masjid pun tanya dulu.. masjid siapa?? UMNO ke PAS?? Masjid kan rumah Allah.. patut ke masjid pun ada label parti??

Pengikut bahawahan ni la paling teruk fanatiknya.. Dorang la yang mencipta macam2 gelaran, istilah, mengedit gambar2 pemimpin jadi tak senonoh dengan tujuan untuk menjatuhkan & menyakiti mereka2 yang berbeza fahaman politik. Kat FB sekarang ni dah jadi macam kempen pilihanraya sepanjang zaman... Semua nak cakap pasal politik. Semua nak cerita pasal keburukkan parti politik lain. Bila muncul rakyat yang di gelar mereka 'ATAS PAGAR' ni.. (golongan yang takde menyokong mana2 parti politik & melihat je pergolakkan politik) bagi pandangan satu2 isu yang berlaku dalam dunia politik mula la mengelabah. Bila kata parti A ni salah tang sini.. dia siap tampal label..'kau penyokong B memang la ko cakap A salah'. Bila golongan atas pagar cakap apa yang B buat tu salah, menyusahkan orang lain, si B lak cakap.. kau sokong A memang la ko rasa apa B buat salah padahal golongan ATAS PAGAR cuma menyatakan pendapat dia jer. tak kira pihak mana pun betul @ salah dia melihat & membuat penilaian bukan dengan hati yang dah tersemat sayangkan mana2 parti tapi dengan pandangan mata yang melihat betul & salah.

Salah ker golongan atas pagar memberi pendapat berkaitan isu politik walau dia tak sokong mana2 parti pun. Ada undang2 ke cakap nak komen pasal politik make sure kau kena terlibat dalam politik secara serius kalau tak ko di kira orang yang tak layak bercakap pasal politik. Selalunya golongan ATAS PAGAR ni cakap bukan berlandaskan politik cuma bertiangkan pandangan peribadi dari situasi yang dia tengok.

Kalau dia cakap dia kagum dengan Nik Aziz pemimpin yang sangat2 sederhana & low profile. Mudah di dekati.. Tak semestinya dia penyokong PAS tegar. Kalau dia cakap dia memang bantah perhimpunan BERSIH yang menyusahkan banyak pihak bukan bermakna dia sokong BN @ UMNO.Pendapat golongan yang di gelar ATAS PAGAR ni bukan atas dasar sokong siapa & bangkang siapa. Terus terang saya lebih suka mendengar golongan atas pagar ni memberi komen tentang pergolakkan politik zaman sekarang dari yang yang tabsub berparti. Pandangan mereka selalunya berat sebelah.. kalau geng depa buat salah, pejam mata.. puak orang buat silap pakat mengata. Realiti yang terjadi sekarang.

Apapun setiap orang berhak menyatakan pendapat & pandangan & apa yang salah takkan jadi betul dengan apa juga alasan & perjuangan pun. Kadang2 misi perjuangan tu dah betul tapi yang sesetengah pejuang tu yang suka buat benda salah. Jadi renung renungkanlah..

8 comments:

  1. saya pun atas pagar jugak..

    bab yg masjid tu, memang ade berlaku kat kawasan kubang semang ni mummy..haii..entahlah..nak komen pun rasa sedih je tengok umat Islam berpecah belah kerana politik..

    ReplyDelete
  2. selamat mengundi la ye..
    KUASA DI TANGAN ANDA.. hehe
    BAJET 2013: YEAY DAPAT rm250

    ReplyDelete
  3. kdg mengundi pon belum tentu dapat menyelamatkan umat Islam..umat Islam sendiri kena berubah..diri sendiri kena kembali kepada Islam...sebelum mengundi

    ReplyDelete
  4. check out this http://www.nufftag.com/?id=redlomo

    ReplyDelete
  5. haaa.ecah pestime nak ngundi neh.xtau lagi nak pangkah sape.huuu

    ReplyDelete
  6. Oppa Gangnam Style telah bersuara, "Kita lihat siapa memperkudakan siapa! Ahli politik memperkudakan rakyat atau rakyat memperkudakan ahli politik!"

    ReplyDelete
  7. Politik itu kotor, tak kotor bukan politik ler namanya :) Sy antara golongan atas pagar ni juga. Lebih gemar memerhati..di Malaysia ni kebebasan bersuara tu ada kategori..kategori diterima dan tidak diterima..hehehe

    ReplyDelete
  8. huhuh..
    p.o.l.i.t.i.k..
    cma mmg x amek port.. pandang dari jauhhhhhh je...
    no komeng :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!