12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI?

11/26/2012 01:36:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Semua orang rasanya dah tahu pasal kes pengantin budak2 yang hingus pun tak berapa kering lagi. Amboi.. takkan la 12 tahun pun tak reti nak lap hingus sendiri?? Ok.. ok.. tak baik tau mengambarkan budak tu macam kanak2 rebina yang masih pakai lampin. Ok.. 12 tahun dah pandai cintan cintun. Dah ada perasaan nak menggatal bila tengok budak laki ensem apatah lagi kalau ada budak laki yang nak tackle dia.. mesti kegedikkan tu terserlah sebab budak2 sebaya tu bukan pandai sangat cover excited dia, kan??

Gambar ni pinjam dari FB orang kampung je.
Bila dah wujud perasaan gedik2.. perasaan nak loving2 dengan budak laki lepas tu ada respond dari budak laki maka terjadi lah cinta monyet. Bila dah cintan cintun.. yang si gadis sunti 12 tahun ni memang la tahap kematangan dia bawah paras yang sangat2 bahaya atau erti kata lain sangat2 la tak matang tapi tahap keberanian dia melawan cakap mak bapak juga di paras bahaya. Yelah.. bak kata bapak dia, terpaksa bagi kawen sebab dia taknak balik rumah & nak duduk rumah boipren dia. Betul tindakkan bapak tu.. sang lekit pun tak salahkan si bapak. Memang sang lekit percaya si bapak pun fikir kawenkan anak dia dalam usia 12 tahun tu bukanlah yang terbaik tapi itulah jalan yang paling baik yang ada dengan perangai anak dia tu. Dari anak dia jadi mak orang sebelum nikah dalam usia semuda tu ada lagi bagus anak dia jadi bini orang dulu sebelum terjadinya mak orang kan.

Tengok muka sengsorang.. yang pompuan 12 tahun & yang laki 19 tahun tu memang agak jelas depa dua2 orang pun bukan reti sangat tanggungjawab laki bini ni. Yang bangka pun kadang2 tak paham lagi yang mana tanggungjawab & yang mana ko tak perlu tanggung & jawab inikah yang kategori baru nak masuk remaja. Depa cuma fikir.. dengan kawen tu je depa boleh jumpa selalu, loving2 selalu & kemana saja berdua orang tak ganggu. Tapi bila kita cakap pasal jodoh.. terpaksa kita redha sebab semua tu rahsia Allah. Allah dah tulis untuk kita bila kita lahir.. bila kita kawen & bila kita mati. Cuma perkahwinan dalam usia mentah tu perlu banyak perhatian & bimbingan orang tua. Budak2 la katakan.. macam depa buat perangai sebelum kawen.. ikut hati lepas kawen pun still kebudakkan tu takkan hilang atau berubah sekelip mata.

Nasib baik budak laki tu dari keluarga yang ada bisnes sendiri, kira dia boleh la menumpang cari makan dengan bapak & teruskan bisnes family kalau tak goyah jugak kalau ekonomi tak kukuh tapi nak kena bela bini dalam usia yang muda macam tu. Apapun sang lekit doa kan adik2 tu berbahagia hingga ke akhir hayat. Kes hangpa tu buat kampung akak pemes dik. sebab budak laki tu sekampung dengan sang lekit tapi sang lekit tak kenai la. budak sangat.. kita ni dah balusia la katakan.. (Baby lanjut usia = Balusia). Tapi dari penerangan kawan sekampung tu agak kenai2 gitu la mak bapak dia.

P/S : Kalau dulu daku 12 tahun tu still dapat duit raya lagi.. adik ni lepas ni agaknya dapat duit raya lagi tak?? kekekekeke

13 comments:

  1. terpaksa.. demi mengelakkan perkara buruk yg lain terjadi

    smoga belajar dr kesilapan

    ReplyDelete
  2. hurmm...lum rasa pahit manis berumahtangga...ingat semuanya indah ke....huhuhu....

    nota: cik lala dah laju berjalan ye???

    ReplyDelete
  3. indah tak indah tu belakang cerita..yang penting ini je cara nak elak kan dari berlaku perkara tak diingini..

    bebudak sekarang ni bukan pikir pasal dosa pahala..yang depa fikir kawen awal takut jadi janda..tak pikir pulak kalau tak kawen terdedah dengan dosa zina dan mengandung luar nikah..

    yang mana satu lebih baik??jadi janda atau mengandung anak tak bertauliah di tambah dengan dosa..

    pilih la..

    ReplyDelete
  4. tu la yg bapak dia cuba buat & elakkan kak diana. kalau x di kawenkan pun bebudak ni pn dh nampak mcm berisiko jd bukan2. Sebelum terjadi elok la jgn di biarkan smpai berlaku

    ReplyDelete
  5. balusia eh mummy? hehehe..comel pulak terms tu..:P

    hmm..tu la..dari jadi yg bukan2, elok kawenkan je sebab dah sampai taknak balik rumah nak duduk rumah boifren..memang tahap kronik dah tu..dah kawen molek la sket duduk kat rumah boifren yg dah jadi suami tu..huhu..

    apa-apa pun semoga adik2 ni mak bapak depa tak lepas tangan untuk didik jadi suami isteri yg baik..tengok muka tu kanyaq sangat lagi mcm tak tau apa2..semoga rumahtangga depa dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  6. sy yng dh berumur 24thun ni pun nk kwin kena postpone..ni kan pula adik ni..yela, ayh dia terpaksa ambik keputusan drastik camtu untuk elakkan perkara tak elok kan..
    bab t/jwp pun, sy pun xtahu nak kata..harap2 dorang boleh la hndle..sebab kawin ni bukan nak perkara yng 1 tu je..

    ReplyDelete
  7. Dah jodoh. Dari terjadi perkara yg tak di ingini, baik kawin saja.

    ReplyDelete
  8. pikir yang baik jelah kan, walaupun dah kawin tu tak semuanya manis..tapi kalau saya ruginya kawin seawal 12 tahun tu..huhu

    ReplyDelete
  9. dari sudut positif elakkan maksiat tu bagus... :)

    semoga pasangan ni dapat memikul t/jwb masing2 :)
    amin.... :)

    ReplyDelete
  10. adoyai,,ai 30 pun blum kawin2 lg ni,,hehe,,tp muka budk pompuan tu memg nmpk matured dr laki tu lah,,tk mcm umo 12 thn,,hermm,,maybe ayah dia ada cara lain lg kut sblm kawin kan ank dia,,maybe hantar gi asrama ke,,tp no point jugk kan klu dh tk minat blaja,,hermmm

    ReplyDelete
  11. Bapak dia sendiri pun ckp anak dia ajak blk xmo blj umh... Serius aku cakap bdk pompuan ni gedik tahap gaban... Menempek kat umah org... Klu aku jd bapak dia pun aku bg kawin... Biar padan si laki jaga bdk pompuan ni... Org lain terhegeh2 angkat buku dia angkat anak...

    ReplyDelete
  12. Byk cara sebenarnya nk elak maksiat..ni mesti ada yg x kena ni.. Nk layari rumahtangga seumur hidup mcm2 perkara kena tempuhi.. Tak terbilang dek jari.. Nk elak 1 mslh tp beribu mslh yg datang.. Alahai.. Jd suami jd ayah perlukn ilmu yg tinggi nk bwk famili ke jln yg lurus.. Tp mentaliti msyrkt kita lebih tertumpu pd isteri pd ibu..

    ReplyDelete
  13. Bongok! Lebih baik angkat ank halal drpd maruah tercampak,, ko ckp pasal buku apa kejadah.. Benda ni tak kena at ko.. Klau kna,,apa prasaan ko org ckp mcm too..pk la wey.. Kn ada otak @ akal..klau org ckp bdoh marah.. Ttp mmg terserlah pown.. Huh! Setiap berlaku mesti ada sebab..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com