BOIKOT IKUT BONTOT ORANG JE BUAT APA

11/18/2012 02:42:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Kecoh la pasal boikot Mc donald yang di dakwa menjadi penyumbang pada Israel. Sampai Mc donald bagi free egg McMuffin pun dorang kata ada kaitan dengan penyumbangan tersebut. Sejauh mana benar atau salah sang lekit tak berani nak cakap. 

Tapi yang sang lekit nak kopek ni pasal segelintir manusia yang jenis kalau orang tengah kecoh memboikot something ni dia pun riuh rendah berkempen boikot tapi hangat2 taik ayam. Boikot maybe time isu tu tengah hot je la.. lepas isu tu dah jadi ais.. dingin & sejuk.. dia punya boikot pun tetiba dah tak boikot. Sedap je dia menikmati produk yang di boikot tu tanpa ada rasa berdosa atau bersalah pun.

Tu 1 spesis.. 1 jenis spesis lagi yang mudah ikut bontot orang.. orang boikot dia pun boikot tapi dia sendiri sebenarnya tak pernah siasat, kaji & selidik dulu tentang khabar angin yang dia dengar tu. Spesis yang jenis angguk2 geleng2 ni memang jenis hidup hujung telunjuk orang. Kalau majoriti time tu cakap taik je boleh makan sebab yang lain2 semua supporter Yahudi, gamaknya dia pun makan taik jugak la kot.

Spesis seterusnya yang konon nak memboikot Israel & Yahudi.. Macam la puak2 tu ada 1 produk je kat dunia ni. Sekarang kononnya Mc Donald tu penyumbang pada puak2 tu, nak boikot. Takkan depa hidup dengan keuntungan Mc Donald je kot. Product2 lain tak pulak ko Boikot. Tetap berkepul2 asap rokok kau sedut hembus sambil dok berkempen nak boikot Israel tanpa ko search rokok yang ko hisap tu menyumbang pada ekonomi israel ke tidak. Tetap ko pergi supermarket ko beli barang takde setiap barang ko search keuntungan tu di salurkan kemana? Takde lak ko buat sampai macam tu. Kenapa Mc Donald je ko nak boikot sangat. Setakat Boikot Mc Donald je rasanya tak goyang ekonomi dorang tu.Kalau kata kerajaan tak sekat sebab tu kau guna jugak.. alah mc donald pun kerajaan tak sekat tapi kau boleh boikot napa produk lain ko nak bagi alasan tu pulak. Ye tak??

Betul.. kalau kita tak mampu pergi berperang.. kita boleh berjuang disini dengan cara kita sendiri. Tak salah memboikot. Tapi nak boikot pun jangan main hentam je. Khabar angin yang datang tu kena selidik betul2 jangan main share je. Kang jadi Fitnah pulak. Kalau kita tak yakin & tak tahu sejauh mana kebenaran.. Jangan kita sebarkan. Kalau kita dah ada bukti kukuh.. baru la kita sebarkan.Dan jangan jadi pak turut sangat.. orang boikot kita boikot.

di dakwa produk2 ni penyumbang pada Israel. Cuba check selain korang tak makan Mc Donald, korang ada tak guna produk ni.  Moral Of The strory.. Siasat sebelum percaya jangan ikut sangat apa orang kata & jangan pandai cakap tapi sebenarnya tak buat pun sangat.
" ketika tiadanya arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja serta mendapat pahala sudah tentu bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang betul. Iaitu mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Yahudi. Bagaimanapun, dari sudut hukum adalah tidak haram makan di McDonald, KFC dan membeli barangan harian dari mana-mana kedai dan pasaraya milik bukan Islam selagi mana barangan itu mempunyai tanda 'Halal' JAKIM dan yang diiktiraf serta belum tamat tempohya." (Rujukan di SINI di cadangkan semua membaca)

P/S : Isu Boikot Mc Donald ni rasanya bukan sekali.. pernah hot jugak dulu lepas tu senyap. Yang boikot tu masa isu tengah sejuk tak mustahil time tu dia tak boikot sebab still ada yang dok boikot sekarang sebelum ni upload pic bermakan makanan di Mc Donald. Kalau kata boikot selamanya jangan support bukan pada masa tertentu je.

P/S : Sang Lekit pun tak menyokong kekejaman Israel. Kalau betul ada produk2 yang di pasarkan kat Malaysia ni menyumbang dana pada Israel, ada kenyataan rasmi & berbukti sahih Insyaallah sang lekit pun akan Boikot tapi biarlah ada fakta2 & bukti2 yang boleh di percayai.

** Melihat anak2 kecik yang kecundang & terkorban di gaza.. sungguh hati seorang ibu ni cukup2 tersentuh. Moga Allah memberi kekuatan yang luar biasa kepada para pejuang di Gaza untuk melumpuhkan puak2 Israel. Semoga yang terkorban di tempatkan di syurga.. Amin.

15 comments:

  1. akak lekit.

    semua orang boleh belajar bisnes. yang tak semua kitaran duit akan sampai ke sana.

    entah. aku sendiri pun jadi keliru dengan isu ini :(

    ReplyDelete
  2. Pasal mcdonalds tu dah selalu sgt diboikoi.... Nak boikot ikut pendirian sendiri jgn ikut bontot org

    ReplyDelete
  3. Haha..
    Betul la..
    Dulu akak pun pernah buat entry ni..
    Tercetusnya entry tu bilamana akak singgah kat satu blog yg populr ni..kat sidebar suruh boikot..tapi post blog tayang gambar tengah bersantap riang kat mcd.hehe...kelakarrr...

    ReplyDelete
  4. boikot means bukan buang apa yang kita dah guna tp stop dari menggunakan barang mereka...yang dah terbeli, guna je mcm biasa...

    ReplyDelete
  5. tikah setuju dgn akk lekit..

    time isu tgh pns niyh jew msng2 nk boikot..
    t ble da xdgr isu niyh mle la msng2 nk p mam mcd uh..
    poning2

    ReplyDelete
  6. Lebih baik dari yg tak buat apa2...

    ReplyDelete
  7. tanpa bukti dan hujah, kita akan sentiasa bersangka baik dengan org.

    kalau ada bukti kukuh, kita akan support kempen boikot dorang. simple kan nyah

    ReplyDelete
  8. bkn kemampuan gua untuk selidik dan mengkaji kesahihan itu... gua jenis folo orang jer... diorang boikot, gua boikot... as long as benda tu tak menjejaskan gua dan tak merugikan gua... kalau boikot mekdi buat gua kebulor, gua tak kan buat... kalau boikot intel sampai gua takleh nak buat kejer, gua tak buat... sejauh mana gua boleh, gua buat... itu jer yg gua mampu...

    ReplyDelete
  9. boikot jgn x boikot.. :p

    haih.... x tau la depa ni..

    ReplyDelete
  10. Salam Akak DJ Lekat Lekit,
    Guna nama McD, ikut law mesti la kene bayar fee francais... fee tu dibayar pd siapa? wlwpon nampak semua sumber halal, tp Camner tu?

    ReplyDelete
  11. tang mekdi je la kan dik nampak sgt Yahudinya.. tang rokok macam la nampak Islam sgt. Isunya bukan pasal mekdi tp isunya jenis golongan boikot yg jenis ikut org tp dia sendiri tak pasti benda yg dia boikot, jenis manusia yg hangat2 taik ayam je boikot, padahal dia dok bfbaris jugak depan mekdi semalam, jenis manusia yg boikot brg yg x bg kepentingan pd diri dia jer bkn pd org lain. kalau mekdi ttp mana bebudak mekdi yg ramai2 tu nk keja. Rokok takde la org nak boikot sbb rokok benda yg plg susah kan org nk berhenti

    ReplyDelete
  12. kenyataan salah lagi dipersalahkan...
    cer pegi blog saya http://bloggerboyz94.blogspot.com/2012/11/boikot-barangan-israel.html

    ReplyDelete
  13. somehow ada "BEBERAPA" perkara yang Lekit katakan itu benar iaitu isu mengikut tanpa membuat kajian. ya saya pada mulanya mmg tidak boikot sbb saya tak tahu bukti sahih. tetapi saya seorang yg agak optimis dgn mencara bukti/fakta sebelum bertindak. jika ditanya pada saya, ya saya boikot McDonald atas alasan POLISI Macdonald yang ada menyumbangkan dana pada Israel. macamana saya dpt info? satu kajian termasuk info dari Dr. Hafizdi Noor dan beberapa laman web jewish organization. pada pandangan saya, jika sesiapa rakyat malaysia terutama islam/melayu/ yang berasa keberatan untuk menyokong. tak menjadi masalah kerana mungkin fakta/bukti yg mereka dpt tak kukuh. pada saya, saya melakukan research dan saya ambil tindakan yg sewajarnya. cuma pada pemboikot, jgn sekadar boikot dan selepas isu ini reda, anda kembali menggunakan produk yg anda boikot. Boikot sampai akhir hayat kita. Jangan salahkan Lekit sebab ada benar pada kenyataan dia, dan yg menyertai boikot, pastikan anda ada alasan/bukti dan fakta yang kukuh sebelum bertindak. pada yang sangsi boleh mulakan dengan mencari alasan/bukti/fakta "sekiranya" ingin kepastian. saya cadangkan boleh mulakan dgn carian di youtube "Dr. Hafidzi Noor". Jgn bergaduh ttg isu ini. tak menjadi maslah pada yg boikot atau tak. mungkin yg tak boikot mempunyai cara yg lebih baik (seperti menghulurkan dana pada tabung gaza, berdoa dan sbgnya).insyallah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com