CIKGU SHIDA DATANG BERAYA KERUMAH KU

6.11.12 Suria Lekatlekit 13 Comments

wah.. rasa lama jugak tinggalkan blog tak berjenguk langsung. Almaklum lepas raya ni streamyx pun demam ketupat dua tiga hari lepas. Hahahahaha. Bukan la nak cerita pasal streamyx demam ke hapa ni nak cerita pasal selebriti kegemaran sang lekit yang dah lama sang lekit tak tulis pasal dia. Mungkin dia pun rindu dengan kritik2 manja sang lekit, kan?? Hahahahahaha

Baca tajuk pun dah tahu kan.. Siapa lagi selebriti kesayangan sang lekit kalau bukan cikgu shida yang amat di rindui di blog ni. Lepas kes dia hangin kat blog melekit & post gambar sang lekit kat FB dia sampai mengutuk hebat sang lekit & penulisan sang lekit pasal dia kat blog melekit ni.. sang lekit pun terus insaf. Insaf sebab takde story best sangat nak tulis pasal cikgu shida. Takat nak tulis isu meroyan kat FB dia tu.. dah tak kuasa. Tapi isu kali ni best sikit

Carian google

Kau boleh selebriti datang raya kat rumah orang yang kononnya di anggap haters?? Tapi cikgu shida boleh ok. Buktinya dia datang beraya kat rumah sang lekit dua hari lepas. Terkejut akak tau! Tetiba cikgu shida muncul kat rumah daku dengan niat datang berhari raya. Tengok cikgu shida datang, sang lekit terus gelak tak hingat. Bukan apa tak sangka cikgu shida sudi mencemar duli datang beraya kat rumah den ni. Dah dia datang sebagai tetamu wajib la kita meraikannya. Tak kira la siapapun dia, tetamu kena la layan dengan baik kan.

Ok.. sang lekit layan je dia macam biasa, takde la nak kutuk kritik ke hapa ke. Tapi lepas dia balik tu dia update kat FB pulak kata dia beraya rumah hater dia. Motif kau nak bagitau orang, kan?? hahahahaha.. tak kisah dia nak buat apapun tapi yang pasti apa yang berlaku tu mustahil la realiti. Semuanya hanya mimpi. Hambik kau sang lekit.. sampai termimpi2 cikgu shida bila kau lama tak cuit2 pasal dia kat blog.

Aduhai.. tergelak sorang2 sang lekit bila bangun dari tidur. Takde benda lain ke aku nak mimpi selain cikgu shida. Apapun terima kasih yer cikgu shida sudi bertandang dalam mimpi ku ini. Senang2 datang lagi boleh kita bersalam salaman & bermaaf maafan.

** Suka gaya hidup yang urban (atau org melayu kata hidup ala2 orang bando gitu) boleh clik ni >> URBANSCAPES << & clik ni jugak >> LUAR SETINGGAN DALAM KONDO <<

13 comments:

  1. terkejut makk ingat dia dtg sungguh!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. owh tak habis lagi ek isu cikgu shida ni..huhu..
    lame tak dgr pasal dia.

    ReplyDelete
  3. Fobia cikgu shida...ahahaaa...

    ReplyDelete
  4. Huhu Trauma baca entri nihh.. hahah.. tekezut NH dengar cikgu shida datang umah sang lekit.. tapi tak mustahilkan..

    ReplyDelete
  5. wah ingat dia datang betul tadi, terkejut i..hehe

    ReplyDelete
  6. hak hak hak, haku pun terkejut. masuk dalam mimpi tu. jangan main-main :P

    ReplyDelete
  7. hahaha..hadui..sampai termimpi-mimpi mummy lala..gamaknye cikgu shida dok terlintas di hati nak datang beraya kat rumah mummy kot..tu yg mummy termimpi die tu..ekekeke..memandai je dahku ni buat teori cenggitu..:P

    ReplyDelete
  8. ingatkan betul la cikgu shida datang rupanya mimpi...hehehehe

    ReplyDelete
  9. aduhh mimpi rupanya. baru nak tgok gambar.. hee hee

    ReplyDelete
  10. ".. to love is to care, to care we must share..."
    get some and feel awesome at I AM GORGEOUS

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!