HAI KUO TIAN KONG LA PULAK. KAU BOLEH?

11/07/2012 01:29:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Tetiba mood cakap cina ni pehal lak? Kau ada ada je kan sang lekit. Kau dah takde kerja lain ke nak buat? Ada.. Banyak kerja. Orang kata kalau fikir pasal kerja ni memang tak habis walau kerja kau cuma surirumahtangga yang memang ada keja manjang selagi mata tak tutup. Tapi kena jugak ada time rilex & buat sesuatu yang kita suka.. Kalau asyik buat kerja je pun boleh stress. Bila dah stress.. satu kerja apapun tak boleh buat, betul tak??

dua hari lepas sambil bersantai2 depan TV,sambil rehat2 badan & otak layan juga satu rancangan hiburan cina ni. Alah.. rancangan nyanyi2 tu. Super Idol. kalau ada sesapa pernah terlayan tahu la. Konsep dia sama je macam rancangan nyanyian realiti TV yang lain. Layan je la.. sebab ada sarikata kan. Tetiba satu peserta ni nyanyi lagu Beyond. eh.. eh.. lagu ni.. aku minat gila lagu ni dulu. Tak tau tajuk yang tahu kumpulan yang nyanyikan lagu tu je Beyond.

Carian Google
Sang lekit ingat firts time dengar lagu ni tahun 90an masa iklan mildseven kalau tak silap. Tapi tak full song la.. dorang mainkan kat korus je. Dengar korus tu pun dah jatuh cinta tapi masa tu mana nak cari.. tenet pun takde. Mesin taip ada la tapi mesin taip tak boleh google.. ye dak?? Kalau boleh rasanya dah lama aku google lagu tu guna mesin taip. Pasrah je dengar korus lagu tu masa iklan sampai iklan tu dah tak tayang lagi. Mungkin dah jodoh kami kot.. masa sang lekit umur dalam lingkungan 14 @ 15 tahun tak silap.. lepak minum2 kat bowling & tempat minum2 tu kalau tak silap Genting world tapi bukan la kat genting highland la.. kat dalam Mall bernama The Summit Bukit Mertajam Pulau Pinang, ok! Tu ler tempat lepak2 sang lekit dengan kengkawan dulu masa sekolah.

Tak tau mat @ minah cina mana mainkan lagu tu dari kotak muzik yang ada kat situ.. Terus terpana daku seketika boleh dengar full song masa tu. Punyalah teruja tapi nak mainkan lagi tak tau tajuk lagu & tak paham pulak bahasa cina kan? Jadi tunggu je lah kot2 kami berjodoh lagi. Sampai dah lama.. Sampai dah ada tenet tapi terlupa pula pasal lagu tu. Kerana 2 hari lepas dengar, terus semangat berkobar2 nak cari lagu tu sekaligus nak tau cerita di sebalik lagu yang kalau dengar mesti sampai ke hati kesyahduannya walau tak paham pun. Melodi & suara vokalis Beyond tu.. memang betul2 menusuk kalbu bila dia nyanyi lagu tu. Kau boleh.. tacing tapi tak paham apa dia kata. hahahahahaha.

Dan akhirnya.. impian yang sekian lama ini termakbul juga dengan bantuan google. Tapi google translate ni tak dapat detect full song. Tapi at least boleh la paham sikit2. Cukup la tu. Dan dari tau kumpulan yang dendangkan lagu ni dah tau tajuk & dah dapat pun Mp3 dari 4share. Maka dua tiga hari ni layan sampai cemuih HAI KUO TIAN KONG (Satu Masa depan yang cerah).

**R.I.P kepada mendiang Vokalis Beyond yang telah meninggal dunia dalam kemalangan di Jepun sekitar tahun 90an kalau tak silap. Apapun Beyond adalah salah satu kumpulan rock dari hongkong yang di tubuhkan pada sekitar tahun 80an.

Jom Layan lagu yang berjaya buat daku macam nak nangis bila dengar walau daku tak paham sepatah haram pun lirik dia. Terus tukar jadi Ah Lei Kit gitu.. hahahahaha

5 comments:

  1. Hahhaha... Lama lama boleh pahamcm eysraf nyanyi lagu power rangers! Hahhaha

    ReplyDelete
  2. hahaha..lucu la mummy ni..tak faham pun boleh tangkap lentok eh? wakaka..
    *gelak guling-guling*

    mummy! summit dulu pun tempat lepak saye pas habes sekolah masa tingkatan 6..nak tunggu bas balik home sweet home..hahaha..sekarang summit dah tak best..scary je..(-_-")

    ReplyDelete
  3. Syok lagu ni walaupun xfaham....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com