GARANG SUNGGUH AKAK JUAL NASI AYAM DENGAN PELANGGAN

23.9.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Semalam hari minggu maka hari untuk melihat dunia luar. Yelah.. hari2 bekerja ni banyak terperap je dalam rumah maka hari minggu la hari yang paling di nanti nantikan surirumah macam den. Tak larat dah nak baca berita online & blog nak juga tengok kehidupan manusia di luar sana. hahahahaha.. statement macam tak pernah keluar rumah.

Mula2 destinasi pertama keluar dari rumah mencari makan untuk tengahari walau time tu dah masuk waktu petang. Pergi ke Taman melawati.. Singgah kat gerai melawati Nasi ayam hainan singapore katanya. Kat dalam kedai makan tu banyak gerai tapi saja highlight Gerai nasi ayam tu sebab kisahnya berkait dengan gerai nasi ayam.

Memang ramai orang semalam.. tak tahu la sebelum2 ni ramai ke tidak. Nak kata tak pernah makan kat situ rasanya pernah juga dulu2. Tapi tak sure la pulak memang hari2 minggu kat situ memang orang makan ke tidak. Bapak si lala pergi la order 2 pinggan nasi ayam. Ayam dia minta bahagian dada. sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain tak kira la KFC ke RFC ke apa je masakan yg ada ayam dia minta bahagian dada kecuali ayam yang dah di potong kecik2 (potong dadu) yang selalu kedai atau restoran guna untuk masak nasi goreng atau apa2 masakan panas. Masa order tu takde pulak akak nasi ayam tu cakap apa2.. bila sampai jer order bapak si lala tengok ayam tu bukan bahagian yang dia nak. Jadi dia panggil balik akak nasi ayam tu cakap...

Tersentak jugak dengan suara lantang & nyaring sambil sibuk hantar order nasi ayam meja yang berjiran dengan kami dia kata.. "ayam tak boleh pilih2. Ayam tak cukup." Memang ayat dengar tak apa2 tapi dengan nada suara & cara dia cakap tu boleh la kategori kurang ajar jugak la. At least ko cakap baik2.. minta maaf ke hapa takde la sakit hati. Ni suara mengalahkan petir dengan muka macam longkang tersumbat terus temperature naik Uols. Nak2 lagi memang suasana pun tengah panas.

Bapak si lala cancel je nasi ayam tu suruh akak tu angkat balik.. kami makan laksa yang ada jual gerai dalam situ. Lepas makan laksa berdesup ke Bukit antarabangsa makan Chinese food kat Haji shahrin low muslim Chinese food. Senang je nak minta ayam bahagian dada. Takde kena tengking.

Bukanlah nak jatuhkan bisnes orang melayu Islam.. tapi ini kita macam teguran la buat semua peniaga yer.. Even ko banyak pelanggan, ko sibuk.. ko penat.. ko tak patut nak tengking pelanggan sedangkan laki den tu tanya dengan perlahan & baik2 bukan dia maki pun akak tu. Ko patut bersyukur pada hari yang ramai pelanggan sampai tak cukup ayam ko nak hidang apatah lagi kakitangan nak layan bukan ko tunjuk muka stress bila ko penat. Kalau ko nak kerja rilex maka hari2 ko doa la kat Allah supaya jangan ramaikan pelanggan datang makan kat gerai ko supaya ko boleh kerja sambil bersantai & menikmati hari tanpa lengguh walau sehelai urat pun kat badan ko. Bila bisnes tak maju merungut bila ramai orang jadi berlagak. Maybe dia fikir setakat sorang customer lari tak rugi perniagaan dia hari tu kot. Amalkan la mentaliti macam tu yer.. 1 hari sorang ko buat kalau hari2 ko kira la sendiri. Meniaga pandai tak kan buat kira2 tak reti kot.

Lepas je makan.. pergi stesen Komuter kg batu.. park keta kat situ.. Amik komuter pergi sogo. Konon support hari tanpa kereta la.. walhal saja je nak mengelak jam alih2 tak jam la pulak. Takpe at least merasa budak lala naik komuter ni. Mak lala pun boleh kira la bapa kali je pernah naik pengangkutan awam kat KL walau dah dekat 7 tahun berhijrah kesini. Seronok la jugak sekali sekali naik sebab semalam tak ramai orang. Lengang je.

Abaikan rambut dah serabut tu. dah tak larat nak sikat.keaktifan beliau menyebabkan dia tak mempedulikan penampilan diri lagi

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

11 comments:

  1. Kurang ajar betul mulut peniaga camtu. Sentap nak menyuap klu akak

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy Lala..

    Alahai..klu CMa sendiri pun sentap jgk.mmg tak akan mkn mknn yg diorder.harus cari kedai lain.

    hihi..serabai ke..?nmpk comel jeee...
    eksited tak lala nek komuter? :)

    ReplyDelete
  3. amboi..garang nya..dia taukey nye ke atau pekerja nye je??patut kena buat tajuk gempaq ni..
    "pelayan Nasi ayam hainan singapore bersikap kurang ajar "
    ha...orang google je restoran tu terus pangkah nak pi makan..heheh

    ReplyDelete
  4. ada jugak kawan yg penah kena mcm akk.dye mintak kepak.last2 kena tengking.ayam ada 2 je kepak dik.haih melampau dorg ni~

    ReplyDelete
  5. patut jawab balik bahagian ayam memang semua takde lebih samada 1 atau dua je kak.. patut kena tanya dia tiap2 hari dia jual seko ayam je ke??

    ReplyDelete
  6. putus selera dengar camtu kan...
    tapi jujur saya katakan peniaga melayu adalah paling ramai fail bab customer service

    p/s - suami saya pula suka bab drumstick =)

    ReplyDelete
  7. haissshh..berdetak je jantung baca. dpt bayangkan.sakit hati la kalau d lyn mcm tu.. grrrrr

    ReplyDelete
  8. kitorang mmg kureng sikit ayam bahagian dada..

    peniaga kerek nak mampos cm tu kitorang mmg banned siap2.. ada hati nak berniaga tp garang cm singa lapar..

    agaknya akak tu dah lama tak dapat kot, suami dia period.. hahahaaha !!!

    ReplyDelete
  9. Elok pun kansel nasi ayam tu dua2 sekali... Kita sebagai pengguna kuasa kat tangan kita. Sekali kena rasanya utk gi kali kedua dah tak kot, itu akaklah.

    ReplyDelete
  10. nak berniaga kena maniskan muka
    jaga budi bahasa
    hmm...kakak nih... bleh jatuhkan imej negara kalau lah tetiba ada pelancong luar kat situ

    ReplyDelete
  11. Kalau cakap maaf dan terangkan elok2 takda sape yang nak marah la. Kalau saya pun confirm naik darah jugak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!