ADAKAH MENTERI KITA DAH NYANYUK?

9/24/2013 08:11:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Lepas minyak dah muncul isu gula naik harga pulak. Alasan gula naik untuk mengurangkan masalah penyakit diabetes di kalangan rakyat Malaysia sekarang ni tengah jadi bahan ejekkan & ketawa ramai manusia tak kira penyokong kerajaan (yang sokong tak membabi buta la..) apatah lagi yang tak menyokong juga tidak ketinggalan golongan yang takde berpihak kat mana2 parti kat Malaysia ni macam den.

Kadang2 statement2 menteri sekarang macam budak tak lulus SPM pun ada. Agaknya sebab faktor usia la kot membuatkan para pak menteri mula mengalami penyakit nyanyuk sampai tak mampu berhujah dengan bijak lagi?? Pertanyaan bukan tuduhan atau pitnah yer.. kang ada pak2 menteri saman den pulak mana nak cekau duit. dah la orang semekin.. kekekekeke

Tolonglah wahai menteri2 kesayangan rakyat Malaysia.. Tolong la kaji, tapis & fikir banyak kali sikit sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Atau lepas ni rakyat Malaysia kena suggest kat PM supaya pilih menteri2 di kalangan belia yang muda2 sikit supaya tak keluarkan statement macam orang nyanyuk. (ini rayuan jer bukan kutukan.. hahahahaha)

Mungkin dia pun pening kepala nak bagi alasan apa jadi terhasilah alasan paling lawak bulan ini.Jangan guna alasan kesihatan bila nak naik harga barang.. Takpe kalau itu alasan tahun depan minta pihak hospital keluarkan laporan pesakit diabetes nak tengok berapa peratus turun.-Gambar carian google-

Aku bukanlah pembangkang juga aku bukanlah penyokong tegar kerajaan.. Aku ni lebih kurang rakyat Malaysia yang takde pegangan parti politik la. Bukan nak jadi lalang.. sekejab sokong sana, sekejab sokong sini.. tapi apa yang baik dari penilaian & pandangan mata den.. den sokong la. Dulu den tak sokong perhimpunan bersih ramai yang tuduh den macai umno la bn bagai.. sekarang dah tak sokong kenaikkan harga barang dah kata den balaci pembangkang pulak. Suka hati la nak cakap apa.. aku cakap apa yang aku nampak & rasa betul je bukan cakap aku selalu betul tapi tak juga aku sentiasa salah.

Aku tak tau la menteri ni dia tak pernah jenguk kampung atau dia memang suka menyorok dalam kereta mewah dia jer. Kalau kat malaysia ni hanya jual kereta mewah.. Aku accept la statement dia orang2 kaya je pakai kereta. Satu lagi dia fikir orang2 bandar je pakai kereta. orang kampung semua hanya mampu pakai kereta lembu je kot. Jadi untuk apa proton jual kereta. Orang2 kaya bukan pandang sangat pun kereta proton melainkan orang2 berpendapatan rendah & sederhana je.Jadi adakah orang2 kaya saja pakai kereta kat Malaysia??

Berbalik pada isu statement tak berapa bijak sesetengah menteri kat Malaysia harap lepas ni semua bapak2 menteri lebih sensitif & bijak untuk mencari alasan bila nak naik harga barang. Bagi alasan yang logik & susah orang nak pertikaikan sikit. Kalau boleh jangan naik harga barang sebab tak payah keluar statement & bagi alasan kurang bijak. Lagi senang kan?? kekekeke .. Dan jangan keluarkan statement yang menunjukkan anda sangat2 tak pernah ambil tahu pasal rakyat sampai tak tau orang kampung sekarang majoriti semua berkereta even kereta tempatan sekalipun. Sebab kereta sekarang bukan lagi lambang kemewahan tapi keperluan yer pak2 menteri. Jadi yang pakai kereta kena isi minyak petrol bukan minyak angin atau minyak masak jauh sekali boleh di tukar kepada air. Jadi harap maklum & minta tolong paham. Sekian wasalam...

P/S : Cukup la 2 contoh menteri yang keluarkan statement yang tak sepatutnya terkeluar dari mulut seorang menteri. kalau korang nak cari banyak contoh korang google sendiri


 Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

5 comments:

  1. bagi dia, rakyat marhaen ni tarap2 kete lembu je..

    ReplyDelete
  2. salam sis
    momoy rasa sebab menteri tu hidup mewah sangat jadi tak tahu bagaimana rasanya bila harga minyak naik, gula naik dan apa2 lagi naik. sebab naik lah barang apapun mereka dah terlebih mamu
    so tak terkesan sikit pun pada mereka .

    ReplyDelete
  3. gila lah dorg ni.xsemestinya naikkan harga gula leh kurangkan diabetik.gila!

    ReplyDelete
  4. menteri-menteri sekarang tak nyanyuk, cuma kurang pandai jer. apa yg dorang tahu, poket dorang mesti penuh. dorang suka mengkayakan anak beranak. takde sorang pun yg ada tokoh untuk jadi pemimpin yg bagus.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com