GAMBAR PAK GUARD YANG MEMBUNUH PEGAWAI BANK DAN MEROMPAK

23.10.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Terkejut jugak la baca & tengok gambar seorang officer bank yang di tembak kat dahi & mati di tempat kejadian. Ya.. Allah orang2 sekarang memang dah tak takut dengan undang2 dunia mahupun akhirat gamaknya.

Kebiasaannya mana2 premis mengharapkan security guard untuk jaga keselamatan tempat tersebut tapi bila kejadian pak guard tu sendiri yang membunuh & merompak tempat kerja dia kat sapa lagi la gamaknya boleh di percayai kalau orang yang di tugaskan menjaga keselamatan tu memberi ancaman.

Gambar dari rakaman CCTV

Semua ni sebab DUIT. Sebab duit manusia dah tak kenal dosa pahala. Lepas rompak kat mana agaknya dia lari. Kalau dalam Malaysia tak selamat la. Untuk apa merompak sampai sanggup membunuh kalau tak dapat nikmati hasil rompakkan tu dengan gembira & bahagia kan? Baik la berpeluh ketiak dengan gaji yang seciput at least dapat tidur lena & makan dengan tenang.

Berita penuh sila baca kat Harian Metro

Moga penjenayah kejam tu dapat di tangkap dengan kadar segera & takziah kepada keluarga mangsa yang di bunuh. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

11 comments:

  1. mmg ngeri lah tgk.hancur kot muka pmpuan tu..takziah buat family beliau.

    ReplyDelete
  2. Tulah sedih sangat baca berita ni..emosi saya terganggu dengan berita macam ni tau.

    ReplyDelete
  3. kerana duit sanggup membunuh...apalah nak jadi, dapat duit tu pun bukan boleh guna dok kena buru jer semoga cptlh jumpa penjenayah ni kalau tak merbahaya...

    ReplyDelete
  4. semoga cepat kena tangkap penjenayah kejam ni

    ReplyDelete
  5. kenapa perlu bunuh ? nak rompak, rompak je la...mangsa tu ada anak kecik2 lg.. huwaaaa sedih...

    ReplyDelete
  6. kalau tak salah, dah ditangkap kan..kat lapangan terbang..

    ReplyDelete
  7. takde laporan rasmi yang kata dia dah di tangkap cuma gosip2 kat laman sosial jer

    ReplyDelete
  8. Dah tak fikir panjang la org ni. terdesak mana pun perlu ke membunuh , rompak je xboleh ke? ggrrrr

    ReplyDelete
  9. saya ada tengok rakaman cctv tu
    tak paham kenapa mangsa dibunuh
    tak paham jugak pada sapa
    yang sebarkan gambar mangsa yang dibunuh
    kesian ahli keluarga mangsa

    harap kementerian pun boleh jelaskan
    kenapa warga asing menggunakan
    ic palsu boleh jadi guard
    bukan sebelum jadi guard ic tu kena
    check dulu ke?

    apapun tahziah pada keluarga mangsa
    semoga allahyarhamah ditempatkan
    dikalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete
  10. Video mengenai rompakan nih pun dah mula tersebar dah tapi saya takut nak tengok. Orang kata ngeri ._.

    ReplyDelete
  11. salam mummy lala..

    menaruh harapan yg tinggi agar penjenayah ni diberkas dgn segera..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!