MEMANG BERANI MAK BAPAK YANG PAKAIKAN ANAK KECIL BARANG KEMAS

10.10.14 Suria Lekatlekit 16 Comments

Sekarang ni ramai orang kaya raya. Lahir2 je dah bersalut emas bagi yang perempuan. Tak salah.. dah dia berduit nak bagi anak dia pakai barang kemas kau sibuk apahal. Kau yang tak berduit tu dok dendiam sudah. Tak payah nak dengki sangat dengan orang.

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Dok aih.. tak dengki pun. Cuma tu la nak ingatkan.. Penjenayah sekarang perikemanusiaan kadang2 sampai level 0%. Dia tak kira hang mak budak ka.. bapak budak ka.. apatah lagi budak kecik yang bercakap pun tak reti lagi janji dia nampak rezeki haram depan mata dia kalau ada peluang confirm dia gunakan peluang tu sebaik mungkin.

Tadi terbaca satu blog share kisah anak dia pernah di ragut secara senyap kat tempat awam even budak tu atas dukungan bapak dia. Si penyamun ni datang pelan2.. gunting rantai leher dia kemudian pas pada sorang lagi untuk bawa lari. Dan tuan punya blog ada share kisah anak seorang akak ni kena ragut kat pasar tani. Depa sedar pun lepas tu budak tu menangis & ada kesan kat leher budak tu. Yelah.. kena rentap macam tu confirm la sakit.


 Pinjam dari blog Mama3Farhanah

Dari kes tu cuba bayang kejadian tu berlaku tepi jalan. Budak kecik 2, 3,4,5 tahun ni kudrat & tenaga dia setakat mana. Buatnya yang ragut tu mat rempit sambil naik motor.. terseret kat jalan sementara rantai tu nak putus.. Korang pernah bayangkan tak semua tu?? Jangan ingat korang dukung rapat atau pegang tak lepas anak korang dah cukup protect. Kita ni manusia.. kadang seminit dua terleka jugak. Dan jangan fikir perkara yang kita fikir mustahil boleh berlaku tu takkan berlaku. Nak berlaku sekejab yer..

Ni bukan dengki atau jeles.. sekadar mengingati sesama sendiri. Kalau rasa protection korang tu memang tiptop sangat.. teruskan pakaikan anak korang dengan barang kemas. Tapi kalau rasa sayangkan anak.. ambil la langkah keselamatan. Memang cantik budak2 di salut emas. Tapi zaman jenayah yang kita tak boleh jangka akan berlaku ni.. fikir la sebelum terjadi.Sekadar ingat mengingati..

16 comments:

  1. dulu adik saya pun penah kena benda ni
    sampai sekarang trauma walaupun peristiwa tu dah lebih 20 tahun
    mak abah hanya berniat nak anak kelihatan cantik
    siapa sangka benda tu boleh beri kemudaratan pada anak

    zaman sekarang ni, ada ramai manusia yang perilaku pelik
    janji nak senang aje, tak kisah jalan mana pilih atau sapa cedera ataupun mati
    apapun minta dijauhkan sesapa pun yang kita kenal dari benda gini

    ReplyDelete
  2. Salam Mami Lala..
    Penyamun sekarang dah tak de moral.. elok la kita lebih berhati2 sekarang..cma sendiri takot nk pakaikan seri brg2 kemas..huhuhu

    ReplyDelete
  3. anak iolss memang tak pakailah kannn uolss...ha ha ha...lelaki takkan nak pakai...

    ReplyDelete
  4. Baby Fisha just pakai pakaian je...

    ReplyDelete
  5. betul. dunia sekarang ni macam2. kalau boleh elakkan pakaikan anak2 barang kemas. even kalau tak tulen sekalipun, baik tak payah kot rasanya. diaorang kalau dah nak, tak kira pun tulen ke tak. sekarang ni saya sendiri pun tak yakin nak pakai barang kemas.
    kalau yg tempat tersorok macam rantai ok lagi la kot, sebab orang tak nampak. kalau gelang, cincin ni susah sikit. dah terang2 orang nampak

    ReplyDelete
  6. as salam
    orang sekarang mmg pelik.thau mereka mampu tapi tak sesuai tgok keadaan jugalah.dh jadi kan susah wahualam.

    ReplyDelete
  7. Maisara dulu pun pakai..masa tu kita tak reti apa..kan?/dok seronok tengok anak pakai sebab nampak la kegadisan nya tu..konon!!heheh

    ReplyDelete
  8. Salam..sekarang ni mmg tak dpt nak elak benda2 gini...sebaik2nya tak perlu la bg pakai utk ank2 kecik...

    ReplyDelete
  9. Lama xde ank kecik pompuan x tau lah akan dtg camne. Ms qila dulu lahir2 bawak gi qatar negara org.. Kat arab mana org merani nk ragut2 ni. Tapi x de lah bg rantai gelang kemain besar. Seadanya je la. zaman dulu emas murah. Takat gelang baby 2-3 ratus dah besar dah. Zaman ni mahal giler rasa rugi kalau beli pastu bahayakan nyawa anak .. Huhu.

    Teringat lg zaman maisarah kecik 10-11 thn lepas. Gelang tgn akk letak kat kaki dia, konon xpe ank kecik duk ngan kita. Mkn cendol duk atas riba pun org blh tanggalkan kat kaki dia. Glurp !!! Berbulan2 terkenang2 gelang yg hilang tu. ralat sgt

    ReplyDelete
  10. anak saya tak pakai rantai leher..atau gelang..cuma ada anting2..cincin pengasuh dia bagi serba salah nak tanggalkan

    ReplyDelete
  11. Anak sedara saya pn pernah kena mcm tu jugak. Sama la, si penyangak tu suruh dia diam. Bila maknya tanya baru dia cerita balik, ada kakak gunting rantai tangan dia pastu suruh diam.

    ReplyDelete
  12. ish2,.. bahaya2.. sekarang nie peragut nie bukan kira budak kecik ke, org dewasa ke org tua ke apa.. salakan dapat kebas barang kemas kira dah rezeki sangat lah bagi diaorg nie..

    ReplyDelete
  13. Bahaya bg anak kecik brg kemas. Lg2 rantai. Mmg nmpak cantik, tp bahaya. Bukan setakat ragut, tp contoh ddk di taska. Budak2 kecik main tarik2.kan kesian anak tu. Mmg ada cikgu jga to dia manusia. Boleh terlalai. Sbb tu kat taska tak dibenarkan anak2 pakai barang kemas.

    ReplyDelete
  14. bahaya btul..kecik lagi kot..anak kwn ida kena ragut rntai die kt psar mlm..mak die tak perasan pun..

    ReplyDelete
  15. Takut saya bayangkan bila bayi terseret atas jln raya masa peragut tengah tarik rantai emas tu. Mengerikan!!!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!