MISTERI AIR TANGAN SEORANG PEREMPUAN

27.10.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Tajuk ni macam kisah seram jer... misteri bagai ni. Apa yang misteri sangat air tangan perempuan ni. Air tangan dia rasa sirap bandung ke? Atau ada air keluar dari tangan dia tu yang misteri bagai ni. Apa cerita misteri sangat tu??

Sumber google

Asal sebut misteri jer semua tarik selimut baca sambil peluk bantal bagai. Tak semua misteri itu menyeramkan ok! Ni entri terilham dari satu status yang di share blogger ben ashaari pasal masalah seorang suami yang kawen dengan seorang isteri dengan hantaran cecah belas ribu. Lepas kawen tinggal dengan mertua.. Hari2 mertua je masak sibini langsung tak masak. Maybe si suami kecik hati teringin nak merasa masakan isteri macam suami2 yang lain so dia cuba cari penyelesaian camna nak buat. Tapi bukan aku nak bagi penyelesaian ok cuma entri ni terilham dari status tu je.

Bila baca komen yang banyak ada yang cakap tanggungjawab memasak ni bukan tugas yang patut di pikul isteri. Yer betul. memang dalam islam tak kata tu tanggungjawab isteri tapi kenapa dalam budaya & adat masyarakat kita letak tanggungjawab tu pada isteri? Air tangan seorang wanita bergelar isteri & ibu ni sebenarnya penuh misteri. Sedap ke tak sedap ke.. Masakan mereka macam ada keajaiban. Mungkin tak sedap pada orang lain.. tapi sedap pada tekak suami & anak2 nya. Mungkin dia bukan chef hebat tapi tetap mampu mengenyangkan suami & anak anak dengan masakannya. Mungkin masakan dia cuma biasa2 jer tapi tetap mampu buat anak2 rindu dengan air tangannya bila berjauhan. kadang2 kita makan masakan mak orang lain tak sedap mana pun, kita rasa mak kita masak lagi sedap tapi mungkin orang lain rasa masakan mak kita tu tak sesedap masakan mak dia jugak. So, itulah misterinya air tangan seorang perempuan bergelar isteri & ibu yang kesedapannya tak semua orang dapat rasa & nikmati, mungkin hanya orang yang di sayangi sahaja yang rasa.

Sumber google

Bukan kata perlu pandai masak tapi cukuplah sekadar tahu masak & ada perasaan ingin memasak buat suami & anak - anak, Insya Allah apa yang kita sajikan tu dapat melahirkan satu perasaan yang lebih dari kelazatan makanan tu iatu kasih sayang. Itulah pengikat ikatan kekeluargaan. Jadi.. bukan alasan masak bukan tanggungjawab isteri untuk kita tak nak langsung memasak. Masak lah.. bukan kerana tanggungjawab tapi kerana kasih sayang.

P/S : Macam kempen mari memasak pulak bila aku baca ending entri ni. Hahahaha


5 comments:

  1. hehe...ha'a lah macam kempen marilah memasak!
    tapi ada betulnya cik lekit
    saya jumpa ramai kawan yang duduk serumah dengan mak diorang
    selalu abaikan bab memasak tuk suami atau anak-anak

    tapi pada saya memasaklah mengikat ikatan kekeluargaan
    sedap ke idak belakang cerita
    bila dah terbiasa dengan air tangan kita, telur goreng pun dikatakan the best in the world!
    sebab apa tau, sebab dimasak dengan kasih sayang =)

    ReplyDelete
  2. kan?/masak je la untuk orang yang kita sayang..akak kalau balik kampung suami memang tak masak sebab suami nak makan rasa air tangan mak dia..tapi...sekali sekala akak nak la mak mertua dan adik2 ipar semua rasa akak masak..

    kalau kat rumah pulak, suami akak ni dia cemana pun mesti nak balik makan kat rumah.kat kedai tak sedap katanya..kalau akak kata malas nak masak baru dia makan kat kedai..tu pun kadang2 tak makan..dia beli roti la la,kuih la..Begitu lah penangan air tangan seorang wanita bergelar ibu dan isteri..hehe

    ReplyDelete
  3. Suami kak x kisah mkn kt rumh kr atau kt luar. Tapi bila kak masak.. sedap kr atau tidak.. suami kak mkn jr.. kekadang dia teringin nk itu ini.. kak masak setakat yg kak tahu jr.

    ReplyDelete
  4. Betul, masakan ibu adalah yang tersedap di dunia walaupun dia masak tu simple je.

    ReplyDelete
  5. Yalah, macam kempen ajak rajin memasak jerk! Tetiba terasa hati. Maklumlah air tangan kita jarang terjadi di rumah. Selalunya air tangan tukang masak luar yang dibawa masuk. Hahaha...

    Yalah, betul tu. Memang bukan tanggungjawab isteri memasak di rumah tapi demi ikatan kasih-sayang yang berharga berbelas ribu, haruslah fikir jugakan... Kalau tak nak masak untuk keluarga, nak masak untuk sapa pulak!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!