SHILA AMZAH KENA KURANG BERSOSIAL DI LAMAN SOSIAL

1.10.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Belum reda isu dengan pihak media melayu.. timbul pula isu lain pasal shila Amzah biar pun isu tu sebenarnya bukan hal dia tapi hal bapak dia katanya lari dari bayar hutang. Terbaru melalui laman sosial jugak shila amzah di katakan bersikap kurang ajar kepada sipolan yang di katakan ayah dia pernah hutang duit tu.. Alahai shila amzah. Memang musim kontroversi pasal dia la kot.

Sumber google

Aku tak nak kupas kupis isu pasal dia hentam media melayu ke, pasal hutang bapak dia atau pasal sikap kurang ajar yang di dakwa mereka2 tu cuma aku nak bagi pendapat la kan.. Mana tau shila amzah google jumpa pulak blog aku tulis pasal dia.

Bagi pendapat yang lahir dari kepala otak aku yang tak berjambul ni.. Aku rasa shila Amzah patut kurang aktif bersosial di laman sosial sehingga dia benar2 matang & boleh membuat keputusan apa yang dia patut post @ repost. Ketidakmatangan dia mengeluarkan kenyataan di laman sosial ni selalu buat dia terpalit dengan kontroversi yang sedikit merosakkan imej dia. Nampaknya shila Amzah belum mampu belajar dari pengalaman yang lepas.

Yelah.. kita pun kadang ter emo.. terlepas cakap tapi kalau aku takdenya Beautifulnara ke, Murai.com @ Rotikaya nak buat isu atas keterlanjuran kata kata aku sebab aku bukan sesapa tapi tak bermakna la benda tu jadi tak salah cuma effect dia tak macam shila Amzah la. Sebab dia dah pilih untuk jadi publick figure itulah yang dia kena hadap. Silap sepatah pun orang buat isu besar. So pada Shila Amzah.. kurang2 la post apa2 termasuk post gambar tanpa filter apa yang boleh @ tak boleh agar tidak terus menerus menjadi kontroversi. Sayang bakat besar tapi kontroversi pun sama besar jugak. Takut orang meluat pulak, kan?

Ini cuma pandangan blogger tepian longkang jer.. Kalau terbaca,rasa ada pekdah fikirkan. Kalau rasa pandangan aku ni sampah kau recycle bin kan. Bila2 kau rasa perlu ambil la sebagai guru. Peace!

P/S : Aku bukan la pakar motivasi atau kaunseling.. sekadar memberi pendapat comot untuk bacaan sesapa yang sudi.

7 comments:

  1. macam2 hal shila ni... dugaan untuk dia.

    entry terkini...What inside IKON connaught

    ReplyDelete
  2. yup.. fokus pada nyanyian sajer

    ReplyDelete
  3. banyak pulak isu dia... drop here!
    http://www.zahidahwahid.com/2014/09/elite-hotel-kuantan/

    ReplyDelete
  4. ye la..budak2 lagi...kot asyik menepak bawah ketiak ayah nye je..sebab tu kurang matang..mungkin dia kena banyak bergaul dengan orang lain...tengok orang lain hifdup macam mana..tak pun sebelum update apa2 status,cer tanya ayah nya dulu..heheheh..bunyi macam erepek je komen akak ni..:)

    ReplyDelete
  5. X minat dia dan x pnh amik tau pun...huhu

    ReplyDelete
  6. Xhabis2 pasal dia..lama2 org nek muak asik cite pasal je..

    ReplyDelete
  7. Begiti lah bangsar kita. Mencari jalan penyelesaian kurang lebih suka emo hentam sini sana. Apa mahu heran....sejarah kita gitu. Kupas aje lah. Itu fasal mudah aje takluk tanah melayu dari segi apa pun sampai lah sekarang. Baik Shila atau bloggers/wartawan yang dok baling 2 batu tu. Basuh batu baik2 letak plaster dan simen dah lama siap rumah. Standard ketam melayu dalam kotak.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!