TANDAS AWAM PUN TAK MUSTAHIL ADA GST

30.10.14 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kecoh  sejak semalam pasal blogger bakal di kenakan GST. Tapi kau tak payah nak bising sangat la lekit Ooi.. Kau fikir income ko dari blog puluh ribu sangat ke? Yer yer.. aku tahu income aku dari blog ni ribu sen jer.. gomen pun tak tergamak nak kenakan GST kat aku? Tapi tak semestinya aku terkecuali dari kena bayar GST jugak even bukan dari pendapatan di blog.

Kat Malaysia ni bila GST di laksanakan bagi aku takde sapa terkecuali pun dari membayar GST sebab ada barang keperluan yang di kenakan GST. Dan kalau asyik dok cari celah mana lagi nak kenakan cukai bagi menampung ekonomi negara aku rasa tak mustahil nanti orang lepak kat bus stop pun kena cukai jugak. Cukai guna kemudahan awam.. Dan tak mustahil jugak kalau tandas awam pun di kenakan GST.. yelah mana ada tandas awam free. Supermarket pun banyak tandas berbayar dah. Dengan GST boleh menampung kos merawat & menadah air empangan yang kering. Nak buat pembenihan awan bagi hujan bukan murah ye dak... dengan GST jugak boleh menjimatkan penggunaan air sebab masing2 tahan berak kencing. Tunggu balik rumah dulu.. Sebab caj masuk tandas dah mahal. hahahaha. Tu contoh jer.. kang bendul dok percaya pulak.

Nak cakap pasal ekonomi aku tak pandai tapi aku bercakap dari segi apa yang aku rasa jer bila GST di laksanakan. Sudah semestinya satu beban.. Perlu ke aku tahu kenapa kerajaan nak sangat laksanakan GST sedangkan beban aku sebagai rakyat macam tak di pedulikan. Yang sokong sangat GST tu aku tak nak la cakap apa.. tu hak memasing. Katanya selagi spender koyak boleh tampal & jahit takde masalah la kan.. Masih mampu beli benang & jarum even tak mampu beli spender baru pun. Kira ok lagi bagi depa..  Tapi aku tetap ada rasa tak puas hati bila terlalu banyak cukai kena bayar.

Ada orang kata.. bayar cukai tu tanggungjawab. Yer.. tanggungjawab yang sengaja di bebankan pada rakyat yang tak berapa kaya ni. Yang tanggung rakyat.. yang jawab menteri so sapa yang rasa lebih berat. Setakat jawab kenapa tu.. kenapa ni.. memang la tak rasa beban. Laju je baca skrip ye dak??

Sapa nak kondem entri ni terpulang.. memang aku tak pandai nak cakap berlandaskan ekonomi tapi aku tahu nak bercakap dari apa yang aku sebagai rakyat rasa.

Takde cukai yang tak membebankan tak payah sembang la. Dah nama cukai tetap kena bayar. Cukai sana sini.. barang naik harga sampai kain kafan pun makin mahal. Tak lama lagi ramai yang bungkus mayat dengan selimut letak tepi jalan sebab tak mampu tanggung kos pengebumian sebab semua mahal2 belaka. Hidup pun susah, mati pun susah. Kang ada pulak cakap.. Insya Allah selagi kita berusaha, doa & tawakal Allah permudahkan segala urusan hidup & mati.. yer betul tapi takkan selama hidup nak angguk je walau kita nampak ada yang tak betul & tak kena, ye dak??

2 comments:

  1. GST ni ada kebaikkannya dan ada keburukkanya tapi saya nampak lagi banyak buruk dari baiknnya.

    ReplyDelete
  2. teringat apek dalam madu tiga, hidup susah mati pun susah.... mati kena jawab soalan akhirat plak... hidup dibelenggu kemiskinan bila orang atas gila kuasa & gila duit... rakyat merana... hurmmm

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!