TUKANG SAPU INDONESIA SELONGKAR PETI SURAT ORANG

13.10.14 Suria Lekatlekit 10 Comments

Sekarang ni pendatang memang dia punya tahap kebal kat Malaysia dah macam kita pulak pendatang di negara sendiri. Nak2 lagi yang majoriti orang dia banyak kat Malaysia, macam indonesia ni. Kita tegur sepatah dia balas balik dengan maki berpuluh patah, padahal orang tegur benda yang di buat salah.

Aku bukan kata semua pendatang Indonesia tu macam tu.. ada jugak yang ok. Contoh aku pernah kenal seorang akak ni masa dia kerja tukang cuci jugak. Baik & rajin orangnya.. kalau terserempak kat memana sentiasa tegur. Tu salah satu contoh orang indonesia yang baik. Bukan takde langsung.. ada tapi sekarang dah banyak yang naik tocang.

Alkisah ni sebenarnya dalam minggu2 lepas. Asben aku balik dari kerja cerita kat bawah tempat peti surat ada tukang sapu bangunan sini orang indonesia dok selongkar peti surat orang ambil segala kertas & surat orang nak jual. Lepas tu seorang lelaki cina tegur.. terus jadi bergaduh. Berani pulak dia melawan sedangkan dia dah ceroboh harta orang. Asben cakap mentang2 tangan dia kecik boleh masuk dalam lubang tempat orang masukkan surat.. dia main seluk jer. Abis bil2 & surat orang dia amik buat jual. Asben aku bukan jenis setakat bising kat belakang dia siap buat laporan kat pihak pengurusan masa kejadian tu sedang berlaku. Lepas tu aku tak tau dah apa jadi.

Sekadar hiasan. Carian google

Hari ni kat area blok aku (sebaris dengan rumah aku) tadi dengar bising kat luar. Suara orang bergaduh. Lelaki melayu & perempuan indonesia. Aku buka jugak la pintu tengok sapa bergaduh. Rupanya tukang cuci bangunan dengan seorang abang yang dah lama tinggal kat situ. Dengar dari apa yang depa gaduh, abang ni suruh tukang sapu ni sapu sikit sisa makanan yang depan pintu umah dia, yang si tukang sapu ni macam taiko, melawan tak nak sapu, dia kata bukan kerja dia. Abis hari2 kerja dia sapu habuk je ke pun aku tak tau. Lepas abang tu mengamuk nak pergi komplen boleh pulak dia sapu. Lepas tu cakap.. kalau report pun dah takde sampah tu dia dah sapu. Padahal sampah tu di koridor memang dia kena bersihkan. See... sebenarnya dia boleh buat tapi tahap keras kepala tu nak melawan jugak.

Tengok la betapa pendatang sekarang bertuan di negara kita sendiri. Kita kalau ke tempat orang rasanya lebih hormat penduduk tempatan. Yelah.. adat menumpang tak payah tunjuk taiko sangat tapi kat Malaysia sekarang.. Pendatang dah jadi Tokei. Kita pulak yang nampak macam menumpang.

10 comments:

  1. memang ada yang perangai macam ni..tak boleh ditegur..kalo dah nama kerja, tak kisah lah orang apa sekalipun..bila buat salah..tak perlu banyak bunyi..

    ReplyDelete
  2. btl2....kite plak tkt dgn dorg..kalo kite pegi negara dorg, kita jugak tkt kt dorg.pelik kan?? asyik jadi penakut je kite ni huhu

    ReplyDelete
  3. laa kesian nya surat2 orang tu nya dikebas
    ada sesetengah tu, ada yang baik
    misalnya tukang sapu indonesia di hospital temerloh.
    sopan santun, nak lalu depan kita pun dia takut-takut..
    tanda hormat..

    ReplyDelete
  4. geram plak baca nya. dorang mmg melampau... sebab kan perangai gini, yang baik jadi mangsa benci orang.

    ReplyDelete
  5. berani nya dia..sebab sikap pendatang macam ni la yang kadang2 jumpa mayat je kat dalam semak..diaorang ni berani tak kena tempat.kadang2 orang jadi dendam,jadi meluat..

    ReplyDelete
  6. Tu belum lagi yang mak bapak dapat PR tapi anak kerja kerajaan. Lepas tu boleh je masuk blaja kat uitm. Geram..

    ReplyDelete
  7. sakit hati lak baca perangai si pendatang xsedar diri nih... huhuhuhu

    ReplyDelete
  8. Dia orang ni bukan boleh bagi muka, memang naik lemak. Macam my sister punya maid. Bila balik kampung siap minta bilik satu sebab tak leh tidur atas lantai, nak tidur atas katil sebab badan sakit. Mak akak memang layan je, dah orang datang rumah kita tak kiralah siapa mestilah kita nak layan tetamu elok-elok. Tapi kita adik beradik bo layan ler. Banyaklah cikadak nak request macam-macam.

    ReplyDelete
  9. Ni semua salah kerajaan. Bagi muka sgt kat pendatang asing sampai diorg boleh naik tocang. Itu baru Indon. Belum lagi Bangla, Nepal, Siam, Myammar dan negro tu.

    ReplyDelete
  10. Melampau sangat dah ni. Naik risau plak kalau lalu sebelah diaorang. Tengok kita macam nak makan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!